Archives

Sebuah coretan di bulan Juni, 2017

Agak lama juga tidak menulis sebarang contengan di maya ini. Mengambil iktibar dan sedikit peringatan kepada diri sendiri, dengan bidang tugas yang gua jalankan sekarang ini adalah lebih baik kurangkan bahan tulisan meskipun penulisan di alam maya. Kerna ia mampu dijadikan bahan bukti. Bukti bertulis.

Apa yang gua mahu ingatkan jua di sini, bukanlah suatu ugutan. Lebih kepada mengambil sikap berjaga-jaga. Apa jua yang ditulis, ada yang membaca. Ada juga yang akan jadikan ia sebagai maklumat tambahan yang kemudiannya mungkin akan ‘makan tuan’.

Percayalah, ada sahaja manusia yang memerhati tiap gerak geri dan langkah kita dalam tak sedar, setiap pertuturan, setiap ekspresi dan gerak tubuh. Lebih buruk lagi ditambah pula dengan ‘assumption’ sendiri dan seterusnya membuat spekulasi.

Gua ini mudah alpa. Sering juga beranggapan semua manusia itu baik hati budinya. Orang sekarang bilang, husnuzon. Malah, kawan-kawan yang gua ada, yang gua boleh bilang (tak abis pun jari tangan nan sepuluh puntung ini) semuanya berani gua cakap suci hati dalam bersahabat. Tiada agenda tersirat, tiada motif tertentu.

Tapi itulah. Terlalu naif dalam menilai manusia adalah satu kelemahan gua. Apa yang mampu gua mohon dari Allah hanyalah menjauhkan diri ini dari manusia-manusia yang punya niat tak baik mahupun yang punya hasad dengki. Perit apabila dituduh macam-macam di belakang, ditikam, dan disebarkan cerita yang tidak tepat malahan diburuk-burukkan pula.

Ahh.. Ayuh kita berbicara tentang hal yang lebih menggumbirakan.

Salam Ramadan.

Lekas benar rasanya, sudahpun berada di 10 malam terakhir. Masa berlalu pantas. Rasa tak terkejar. Atau inikah yang dikatakan faktor usia? Pulang dari kerja sudah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan baring atau ketiduran di pembaringan. Tiada langsung aktiviti berfaedah. Hari-hari yang dilalui dirasakan begitu sia-sia. Apa sumbangan gua kepada dunia selama hidupnya? Melainkan tiap hujung bulan dapat gaji dan pusingan hidup itu tetap sama sahaja.

Ahh.. Masih lagi dalam topik yang kurang menggumbirakan.

Baik. Gua coba lagi.

Tahun ini gua coba untuk membaca semula. Buku yang kian menimbun di Room of Requirement perlu ditelek. Bukan hanya ditambah setiap kali ada jualan BBW. Percaya atau tidak, BBW Box Sales baru-baru ini berjaya jua akhirnya gua tidak menjejakkan kaki ke sana. Betapa sukar untuk memejamkan sebelah mata dan menahan diri, tahu??!!

Setakat ini, baru berjaya habiskan 3 buah buku. Hajatnya satu buku tiap bulan. Tapi nampak gayanya pembacaan terlalu perlahan. Ada tidak ada, gua baca tatkala menantikan pesawat sewaktu di bandara. Ataupun membaca di dalam pesawat.

Ada satu keratan tulisan yang gua ingin kongsikan. Yang gua kira begitu tepat dan kena. Tidak tahulah sama ada diambil dari pemerhatian penulis ataupun dari pengalaman beliau sendiri. Panjang sedikit, ya. Bunyinya begini;

“Memang berbeda sekali perasaan jiwa laki-laki dengan perempuan, sebagaimana berlainnya kejadian tubuh kasarnya. Laki-laki dan perempuan sama-sama mencukupkan kehidupan dengan percintaan. Tetapi filsafat kedua belah pihak dalam perkara cinta, amat berbeda, laksana perbedaan siang dengan malam, tegasnya perbedaan Adam dengan Hawa.

Laki-laki bilamana telah menentukan cintanya untuk seorang perempuan, maka perempuan itu mesti jadi haknya seorang, tak boleh orang lain hendak ikut berkongsi dengan dia. Jika perempuan itu cantik, maka kecantikannya biarlah diketahui olehnya seorang. Jika suara perempuan itu nyaring, biarlah dia seorang yang mendengarya. Sebab itu, kalau ada orang lain yang hendak memuji kecintaannya, atau mengatakan suaranya nyaring, atau menyanjung budi baiknya, semua itu tidaklah diterima oleh laki-laki yang mencintainya tadi. Bertambah banyak orang memuji kecintaannya, bertambah timbullah cemburu dalam hatinya, sebab perempuan itu untuk dia, buat dia, tak boleh buat orang lain.

Tetapi takdirnya ada orang yang mencela, mengatakan perempuan yang dicintainya itu buruk tidak serupa perempuan lain, kalau ada orang yang menunjukkan belas kasihan kepadanya, sebab dia telah memberikan cinta hati kepada seorang perempuan, yang kecantikannya tidak patut mendapat penghargaan setinggi itu, kalau ada orang mencacat, merendahkan, maka semuanya itu bagi laki-laki yang bercinta tadi, akan menambah patri cintanya dan menambah harga perempuan itu di matanya.

Tetapi cinta perempuan kepada laki-laki sebaliknya dari itu. Laki-laki pada pemandangan perempuan adalah laksana dukuh emas yang tergelung dilehernya, atau gelang bertatah berlian yang melilit tangannya, perhiasan yang akan dibanggakannya kepada kawan sesama gedangnya. Seburuk-buruk kecintaannya akan lupa dia keburukan itu, kalau laki-laki lain atau perempuan lain memujinya dekat dia, mengatakan dia seorang laki-laki yang tangkas berbudi, ternama, termasyhur dan lain-lain sebagainya.

Maka nyatalah bahwa cinta perempuan kepada laki-laki lebih banyak berdasarkan ketakburan daripada kenafsuan. Pengakuan orang lain atas kemuliaan kecantikannya atau tunangannya atau suaminya, bagi seorang perempuan adalah sebagai satu kemenangan di dalam perjuangan.”

Penulisnya? -HAMKA.

Ada benarnya, bukan?

Foodie me

I enjoy eating.

Who doesn’t?

Dulu kerap makan di luar. Kerap sangat. Sebab malas masak. Sekarang pun masih malas masak. Dulu cerewat pasal makanan. Sekarang pun masih cerewet pasal makan. Dulu kalau tak sedap, gua akan buat muka. udu/garpu/pisau akan terus diletakkan, pinggan ditolak sedikit. Sekarang, gua telan kunyahan pertama. Kunyahan kedua ditelan lagi. Kuis-kuis sedikit memancing hidupan darat atau lautan yang ada di balik timbunan karbohidrat atau apa sahaja yang bertimbunan. Kuis-kuis juga tumbuhan yang ada sebelum pinggan sepenuhnya gua tolak ke tepi. Coba untuk makan dan alas perut selagi tekak mampu menelan.

Faktor usia barangkali. Terasa sayang untuk membuang terus rejeki. Sedangkan Mak selalu pesan, nangis nantinya nasi kalau tidak habis dimakan. Kalau nasi, nasi lah. Kalau mee, pasta, atau apa sahaja..apa sahaja lah. Yang penting, semuanya akan menangis kalau tidak dimakan sehabisnya. Buang rejeki.

Sekarang bukan enggan makan di luar lagi. Terkadang tekak ini seakan enggan menerima masakan yang sama berulang kali. Tambah pula harga makanan sekarang ini agak kurang masuk di akal.

Gua perhatikan perniagaan berniaga makanan semakin galak kebelakangan ini. Baik yang membuat delivery, lunch box, mahupun food truck. Bagus ya. Kerna perniagaan makanan itu lazimnya pasti akan ada yang membeli kalau rasa setimpal dengan harga. Tambah pula di ibukota, bukan semua punya masa untuk berjam-jam dihabiskan di dapur untuk menghidangkan, dan kemudiannya menjamah makanan yang kurang dari setengah jam untuk segalanya selesai di meja makan. Penat penyediaan sebelum dan pembersihan selepas belum dikira lagi.

Itu hari gua terlihatkan seorang teman lama mula berniaga makanan. Sewaktu awal permulaan, makanannya dijual dengan harga RM3. Dalam beberapa sejam, post di media sosial itu sudah dikemaskini dan harga meningkat kepada RM3.50. Hari ini gua terlihat lagi dengan post yang baru, harga makanan sudah menjadi RM4.00.

Sekejapnya harga makanan boleh dinaikkan. Permulaannya begitu murah jualan, mungkin mahu bermula dan masih tidak dapat menjangkakan sambutan dan jualan. Agak bila sudah mula mendapat sambutan, harga dinaikkan sedikit. Dan apabila sudah mula ramai yang membeli, harga terus dinaikkan lagi.

Naik harga biar setimpal dengan kualiti dan rasa makanan. Jangan hanya kira mahu pantas mengaut laba.

img_0768

Semalam tekak gua kepingin untuk makan sesuatu yang manis. Lalu pantas gua ke pantry dan mencapai apa yang patut. Sebenarnya minda jua tidak berapa sadar, lebih kepada stress baking daripada keinginan untuk menjamah sesuatu yang manis itu. Mungkin melalui pukulan dan pecutan telur di dalam mangkuk besar bersama-sama telur secara manual itu sebenarnya dapat mengurang kegelisahan dan tekanan dalam diri. Seolah-olah ‘memukul’ segala permasalahan yang mengganggu benak. Hasil yang keluar dari oven saat bunyi loceng berdenting itu dapat memberikan kepuasan, tambahan pula segala adunan dan segala ‘pecutan dan pukulan’ di awalnya seolah-olah mengiyakan bahawa pahit akan manis akhirnya. Ah, seolah suatu pencapaian besar apabila hasil baking mencapai kepuasan tekak sendiri setelah percubaan beberapa kali!

img_0719

Minggu lepas Mr. K mahukan hidangan yang ringan tanpa nasi. Gua cadangkan roasted chicken with vege. Dia setuju. Masakan Barat ini yang lecehnya sewaktu penyediaan awal. Banyak benda yang perlu dibuat, dikupas, dipotong, diperap. Tapi apabila sudah masuk ke dalam oven, semuanya selesai. Dalam proses pembakaran kurang lebih sejam, banyak yang boleh dibuat pada masa yang sama. Sebab tak perlu kacau di kuali supaya makanan tidak hangus dan berkerak, tak perlu sentiasa timbuk santan di belanga supaya santan tidak berbiji.

Dah lama rasanya tak masak begini. Walaupun untuk makan sendiri, baik untuk sorang mahupun berdua..proses penyediaan dan masa tetap sama. Cuma kuantiti yang berbeda. Namun effort yang kau letak tu tetap sama. Paham tak? Memang letih. Masak memang meletihkan. Kadang-kadang bila dah siap semua hidangan, selera dah mati. Kenyang dengan bau masakan yang sedari tadi. Tambah letih lagi.

Gua dah lama tak masak begini. For the pas few months, gua hanya makan apa yang sempat tangan capai. Lapar-kenyang tak ada beza. Kalau dah lapar sangat tapi dah badan dah tak larat, gua capai susu. Sebab otak berkira-kira, masa untuk memasak itu lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih utama. Tidur, contohnya.

Bila gua dapat semula memasak tanpa memikirkan dan begitu kedekut dalam berkira-kira soal masa di dapur, gua terasa sedikit tenang. Tapi di dapur gua sahajalah, sendiri. Tidak boleh ada campurtangan pihak asing ataupun orang lain dalam rumah yang mengganggu. Sepertimana gua membaca, begitulah jua gua memasak.

Gua tak pandai mana. Nak bagi orang makan masakan sendiri pun tak yakin. Untuk tekak sendiri, bolehlah. Nak jamu, takut tak kena di tekak orang lain. Kadang pada tekak kita dah oke, belum tentu orang punya rasa yang sama.

img_0728Kalau tak kerana Naan Cheese Tandoori di Kapitan adalah yang terbaik seantero donia, takkan gua sanggup berhadapan dengan perangai kekwat pekerja-pekerjanya dengan servis yang tahap terjun gaung. Sebab utama gua sanggup menelan segala amarah adalah kerna kesejahteraan perut dan kebahagiaan tembolok itu lebih penting. Lalu terpaksalah gua terima segalanya.

Gua sampai ke tahap dah tak tahu nak makan apa. Baru-baru ni balik ke Penang pun seolah-olah tak beriya-iya mintak Mak masakkan itu dan ini. Tidak pula menggila mencari makanan dari pagi hingga ke malam hari. Pulang ke Kuala Lumpur, masih dengan tekak yang sendu. Makan sekadar untuk tidak lapar. Sekadar untuk memberikan tenaga sepanjang hari.

Perlahan-lahan Allah tarik nikmat makan di usia 30-an.

Dah kata dah..

Pastinya by the end of September, cerita-ceriti takkan sempat dihabiskan punya. Jangan tanya sebab apa, kerna jawapanya tetap sama. Sibuk? Bukan. -Malas!

Kononnya gua nak bercerita kisah bersiri berkenaan sakit yang gua hidapi, sampailah perlu melalui surgery. Rentetan daripada peristiwa dan perubahan diri, hingga membawa kepada depresi. Tapi biasalah, procrastination at its best!

Nanti agak-agak gua kalut nak tulis literature review, ataupun project paper yang kena submit dalam masa kurang daripada seminggu gua yakin waktu itulah kerajinan untuk menulis belog akan hadir. Kerajinan untuk mengemas rumah jugak akan datang tanpa dipinta. Lalu, kisah bersiri itu kita KIV dahulu sehingga suatu masa yang tidak diketahui. Kah kah kah.

Hari ini kita bercerita tentang post-surgery.

Selama hampir satu bulan selepas pembedahan, gua tak mampu nak bawa kulit cengkerang kura-kura (read: beg laptop). Terpaksa ke hulu ke hilior dengan trolley bag. Kalau staff bertanya kenapa, jawapan gua; “Backpain.” Mujur juga pada waktu tu bekerja di Ibusawat makanya kurang sikit bertembung dengan manusia. Kalau di HQ mahu jenuh nak menjawab. Kalau beli barang dapur, memang tak berdaya nak angkat. Terpaksa ulang mengangkut berkali-kali. No more one trip, such a pussy!

Like I said, I played it cool. Kawan-kawan nampak seolah-olah gua sepertinya tiada apa-apa. Katanya gua kuat. Walau tanpa ahli keluarga dan sanak-sanak saudara, gua hadapinya satu per satu. Dari check-up, hinggalah ke surgery. Tapi sebenarnya, apa lagi pilihan yang gua ada? Waktu sakit memang menguji segalanya. Waktu itulah dirasakan betapa perlunya ahli keluarga untuk menjaga walaupun sebelum ini hidup sendiri bukanlah apa-apa. Sakit, tetapi terpaksa bangun dari pembaringan kerna ingin meneruskan kehidupan. Baik memasak makanan untuk alas perut yang kelaparan, ataupun perhatian daripada insan yang mampu memberikan comfort dan belaian saat sakit menjalar ke segenap tubuh badan.

Gua telankan segalanya dan ukirkan senyuman.

Namun saat refleksi susuk tubuh kelihatan di cermin nan kosong, tidak dapat tidak mata ini pasti tertumpu ke arah kesan parut yang bertanda. Tanda yang akan dibawa hingga ke mati. Sebuah cerita yang akan menjadi peneman setia yang sepi. Parut yang mengingatkan sebuah pertarungan yang tidak lagi selesai dengan satu pembedahan.

Bersambung (lagi)..