Foodie me

I enjoy eating.

Who doesn’t?

Dulu kerap makan di luar. Kerap sangat. Sebab malas masak. Sekarang pun masih malas masak. Dulu cerewat pasal makanan. Sekarang pun masih cerewet pasal makan. Dulu kalau tak sedap, gua akan buat muka. udu/garpu/pisau akan terus diletakkan, pinggan ditolak sedikit. Sekarang, gua telan kunyahan pertama. Kunyahan kedua ditelan lagi. Kuis-kuis sedikit memancing hidupan darat atau lautan yang ada di balik timbunan karbohidrat atau apa sahaja yang bertimbunan. Kuis-kuis juga tumbuhan yang ada sebelum pinggan sepenuhnya gua tolak ke tepi. Coba untuk makan dan alas perut selagi tekak mampu menelan.

Faktor usia barangkali. Terasa sayang untuk membuang terus rejeki. Sedangkan Mak selalu pesan, nangis nantinya nasi kalau tidak habis dimakan. Kalau nasi, nasi lah. Kalau mee, pasta, atau apa sahaja..apa sahaja lah. Yang penting, semuanya akan menangis kalau tidak dimakan sehabisnya. Buang rejeki.

Sekarang bukan enggan makan di luar lagi. Terkadang tekak ini seakan enggan menerima masakan yang sama berulang kali. Tambah pula harga makanan sekarang ini agak kurang masuk di akal.

Gua perhatikan perniagaan berniaga makanan semakin galak kebelakangan ini. Baik yang membuat delivery, lunch box, mahupun food truck. Bagus ya. Kerna perniagaan makanan itu lazimnya pasti akan ada yang membeli kalau rasa setimpal dengan harga. Tambah pula di ibukota, bukan semua punya masa untuk berjam-jam dihabiskan di dapur untuk menghidangkan, dan kemudiannya menjamah makanan yang kurang dari setengah jam untuk segalanya selesai di meja makan. Penat penyediaan sebelum dan pembersihan selepas belum dikira lagi.

Itu hari gua terlihatkan seorang teman lama mula berniaga makanan. Sewaktu awal permulaan, makanannya dijual dengan harga RM3. Dalam beberapa sejam, post di media sosial itu sudah dikemaskini dan harga meningkat kepada RM3.50. Hari ini gua terlihat lagi dengan post yang baru, harga makanan sudah menjadi RM4.00.

Sekejapnya harga makanan boleh dinaikkan. Permulaannya begitu murah jualan, mungkin mahu bermula dan masih tidak dapat menjangkakan sambutan dan jualan. Agak bila sudah mula mendapat sambutan, harga dinaikkan sedikit. Dan apabila sudah mula ramai yang membeli, harga terus dinaikkan lagi.

Naik harga biar setimpal dengan kualiti dan rasa makanan. Jangan hanya kira mahu pantas mengaut laba.

img_0768

Semalam tekak gua kepingin untuk makan sesuatu yang manis. Lalu pantas gua ke pantry dan mencapai apa yang patut. Sebenarnya minda jua tidak berapa sadar, lebih kepada stress baking daripada keinginan untuk menjamah sesuatu yang manis itu. Mungkin melalui pukulan dan pecutan telur di dalam mangkuk besar bersama-sama telur secara manual itu sebenarnya dapat mengurang kegelisahan dan tekanan dalam diri. Seolah-olah ‘memukul’ segala permasalahan yang mengganggu benak. Hasil yang keluar dari oven saat bunyi loceng berdenting itu dapat memberikan kepuasan, tambahan pula segala adunan dan segala ‘pecutan dan pukulan’ di awalnya seolah-olah mengiyakan bahawa pahit akan manis akhirnya. Ah, seolah suatu pencapaian besar apabila hasil baking mencapai kepuasan tekak sendiri setelah percubaan beberapa kali!

img_0719

Minggu lepas Mr. K mahukan hidangan yang ringan tanpa nasi. Gua cadangkan roasted chicken with vege. Dia setuju. Masakan Barat ini yang lecehnya sewaktu penyediaan awal. Banyak benda yang perlu dibuat, dikupas, dipotong, diperap. Tapi apabila sudah masuk ke dalam oven, semuanya selesai. Dalam proses pembakaran kurang lebih sejam, banyak yang boleh dibuat pada masa yang sama. Sebab tak perlu kacau di kuali supaya makanan tidak hangus dan berkerak, tak perlu sentiasa timbuk santan di belanga supaya santan tidak berbiji.

Dah lama rasanya tak masak begini. Walaupun untuk makan sendiri, baik untuk sorang mahupun berdua..proses penyediaan dan masa tetap sama. Cuma kuantiti yang berbeda. Namun effort yang kau letak tu tetap sama. Paham tak? Memang letih. Masak memang meletihkan. Kadang-kadang bila dah siap semua hidangan, selera dah mati. Kenyang dengan bau masakan yang sedari tadi. Tambah letih lagi.

Gua dah lama tak masak begini. For the pas few months, gua hanya makan apa yang sempat tangan capai. Lapar-kenyang tak ada beza. Kalau dah lapar sangat tapi dah badan dah tak larat, gua capai susu. Sebab otak berkira-kira, masa untuk memasak itu lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih utama. Tidur, contohnya.

Bila gua dapat semula memasak tanpa memikirkan dan begitu kedekut dalam berkira-kira soal masa di dapur, gua terasa sedikit tenang. Tapi di dapur gua sahajalah, sendiri. Tidak boleh ada campurtangan pihak asing ataupun orang lain dalam rumah yang mengganggu. Sepertimana gua membaca, begitulah jua gua memasak.

Gua tak pandai mana. Nak bagi orang makan masakan sendiri pun tak yakin. Untuk tekak sendiri, bolehlah. Nak jamu, takut tak kena di tekak orang lain. Kadang pada tekak kita dah oke, belum tentu orang punya rasa yang sama.

img_0728Kalau tak kerana Naan Cheese Tandoori di Kapitan adalah yang terbaik seantero donia, takkan gua sanggup berhadapan dengan perangai kekwat pekerja-pekerjanya dengan servis yang tahap terjun gaung. Sebab utama gua sanggup menelan segala amarah adalah kerna kesejahteraan perut dan kebahagiaan tembolok itu lebih penting. Lalu terpaksalah gua terima segalanya.

Gua sampai ke tahap dah tak tahu nak makan apa. Baru-baru ni balik ke Penang pun seolah-olah tak beriya-iya mintak Mak masakkan itu dan ini. Tidak pula menggila mencari makanan dari pagi hingga ke malam hari. Pulang ke Kuala Lumpur, masih dengan tekak yang sendu. Makan sekadar untuk tidak lapar. Sekadar untuk memberikan tenaga sepanjang hari.

Perlahan-lahan Allah tarik nikmat makan di usia 30-an.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s