When September ends..[2]

There will be a lot of medical terms for the next few chapters. Kadang-kadang gua bersyukur sebab walaupun belajar takat Hayat peringkat Matrik, gua masih ingat benda-benda alah ni semua. Dan melalui pembacaan sendiri (bukan sibuk menjadi Dr. Google). Dan tengok medical drama. Plus kat rumah tu ada Alang dan Abang Zol yang kerja dalam medical line. Plus ada kawan-kawan yang dalam medical line. Ha ha.

Kisah bersambung dengan perkhabaran berita kepada klorga. Mak sedih, memang dia sedih. Bimbang sangat. Sampaikan dia, Alang, Makcu, Abang Zol sungguh-sungguh usaha pergi rumah kawan Abang Zol semata-mata nak mencari sarang angkut-angkut. Pada yang biasa dengar, perubatan Islam ada mengajar bahawasanya sarang angkut-angkut tu adalah sebaik-baik tanah yang boleh dijadikan ubat untuk kanser. Mak dengar ceramah di telly, berserta dengan potongan ayat Al-Quran yang dibaca untuk usaha menyembuhkan. Caranya, sarang angkut-angkut tu diasah pada buntut pasu dan dicampur dengan daun semalu. Lalu dilumurkan pada bahagian yang sakit. Kita manusia cuma mampu berusaha, tapi penyembuhnya hanya Allah Ta’ala.

Mak sediakan semua, gua cuma tadahkan badan sahaja. Entah. Bukan taknak berusaha. Tapi waktu tu tetiba jadi sayu. Macham belum apa-apa dah menyusahkan klorga. Gua tak salahkan takdir, atau mempersoalkan Tuhan kenapa sakit ini gua yang rasa. Sebab gua yakin, itu adalah bahagian gua. Kalaulah kena kat orang lain dalam ahli klorga, belum tentu kos perubatan dapat ditanggung sepenuhnya sepertimana gua ditanggung sepenuhnya oleh majikan tempat gua bekerja sekarang. Kos rawatan perubatan dan pembedahan gua tiada had. Rasa tak perasaan tu? Selalu gua berkata pada diri, ujian ini juga adalah dari Tuhan kerna DIA tahu setakat mana gua mampu menerimanya. Sakit juga adalah penghapus dosa.

Kuat? Gua tak kuat mana.

Gua pura-pura kuat supaya Mak tak berduka hiba.

Mak bekalkan campuran sarang angkut-angkut yang sebati dengan daun semalu, yang dijadikan umpama paste itu. Makcu bekalkan juga air Zaffran dan Air Anugerah. Mak coba cari air Zam Zam tapi tak berjumpa. Kebetulan Inche K yang baru pulang dari umrah, gua sisipkan kiriman andai masih berbaki. Untung sabut, timbul. Alhamdullillah.

Jujurnya, gua agak skeptikal dengan Air Zaffran dan Air Anugerah itu. Pada gua, apabila ayat-ayat Al-Quran digunakan untuk mengaut laba umpamanya menjual agama. Bagaimana air-air itu dikatakan dibaca dengan ayat Al-Quran sedangkan pembuatannya secara pukal? Tambah lagi apabila tokoh ugama yang menjadi ikon kepada produk-produk tersebut, lebihlah gua skeptikal. Air Zaffran contohnya, langsung jernih bersih. Sedangkan Zaffran itu adalah Saffron, yang mana rempah termahal dunia, lebih mahal daripada emas. Berapa banyak yang digunakan sebenarnya? Apa khasiatnya air tersebut andai warna jelas jernih?

Tapi gua minumlah juga demi menjaga hati orang tua. Kau jangan..durhaka nanti!

Pulangnya ke KL, ubat kiriman Mak terbiar dalam peti. 1) Kena buat sendiri. 2) Kulit gua gatal-gatal lepas disapu membuatkan gua lebih culas. Rasa bersalah memang menggunung sebab usaha semua orang mencari sarang angkut-angkut itu bukan kepalang, sampai mencari ke rumah orang.

Hari prosedur biopsy pun tiba. Jas Jamal sudi menemani gua dan untuk itu gua takkan lupa jasanya.

Prosedur gua dilakukan oleh radiologist, kerna mengikut Dr.A kliniknya tidak mempunyai mesin ultrasound. Prosedurnya sekejap sahaja, kurang lebih sejam dan gua hanya perlu dimasukkan ke Day Care ward selepas itu untuk pemantauan. Prosedurnya cepat namun menyakitkan.

Sebab gua tahu kau orang malas nak baca, maka gua akan ceritakan prosedur biopsy dengan bantuan visual. Dasar!

Mak-mak buyong yang biasa dengan scan ultrasound untuk tengok progress baby musti dapat membayangkan prosedur scanning tu. Sama sahaja. Pakar akan scan (dalam kes gua, scan kat tetek lah) untuk dapatkan imej lump yang paling besar (untuk surgical removal kemudian nantinya). Semasa posedur, hanya seorang pakar dan seorang jururawat yang membantu. Kata jururawat terbabit, saat paling sakit adalah semasa bius dan awal-awal lagi gua sudah bilang yang gua memang takutkan jarum.

Untung batu, tenggelam. Sudah gua tanya kalau boleh dibius seluruh badan. Gua rela tidak sedarkan diri. Namun, memandangkan ini adalah minor prosedur biopsy makanya hanya boleh bius kat tetek sahajalah. Ya, direct to my teteks pepol! TETEKS. Satu untuk kiri, satu untuk kanan! Sakitnya bukan kepalang saat ubat bius perlahan-lahan masuk ke badan gua. Terharu sebab jururawat tersebut faham benar kesakitan yang gua tanggung walau tangannya kompem sakit menahan sakit genggaman gua yang sedang melawan sakit. Terharu sebab tiap kali makin kuat genggaman, makin diusap tangan gua seumpama memberikan sokongan moral. Pakar radiologi tersebut yang terkenal dengan personaliti yang tegas dan garang begitu berbeda sekali kerna beliau begitu memahami, sangat baik dan begitu bijak menggunakan psychology di dalam kamar tersebut. Tiap kali kesakitan yang amat gua tanggung, tiap kali itulah kata-kata semangat diberi. Tidak lupa juga beliau bijak mengalihkan topik dengan berbual-bual kosong.

Usai teteks gua dibius, tibalah masanya sample sel diambil. Dr.A ada menerangkan secara ringkas prosedur dalam alatan biopsy (sebab beliau tak gamak nak mejelaskan secara terperinci dengan muka gua yang sudah pucat lesi) tapi apabila berada dalam situasi kejadian, gua sangat berharap itu semua adalah mimpi.

Rajah di bawah menunjukkan prosedur biopsy. Ultrasound dipegang sebelah tangan, manakala sebelah lagi alat yang akan digunakan untuk mengambil sampel tisu. Dokter-dokter yang tahu nama alat tersebut, sila nyatakan di sini. Terima kasih.

Apa kau ingat kecik???!!! Ingat macham syringe biasa tu? Sila rujuk gambarajah ketiga, dimana saiz alat tersebut dipegang dalam genggaman.

Bayangkan jarum dia besaq mana???!!! Speaking about jarum..

Ya. Hujungnya begitu T____T

Hujungnya begitu sebab nanti sampel sel akan lekat di bahagian yang berongga seperti dalam rajah keempat.

Tak dapat bayangkan? Nah, visual!

Pakar bilang there will be loads of blood during the procedure, dan itu adalah normal. Selepas ubat bius mula menjalankan tugasnya, gua syukur sangat apabila tidak merasa sakit saat jarum besaq ‘naaaaala’ (orang Penang ja tau nih!) dirodok-rodok ke teteks gua. Bermula dengan belah kiri, tusukan jarum itu memang gua rasa saat tembusnya besi ke daging. Dan gua bukanlah ekzejeret bila gua bilang dirodok-rodok itu. Sebab kau kena paham, prosedur di bilik bedah/ER dan sebagainya perlu cepat, tak boleh berlemah lembut sebab it is a race against time. Kalau orang biasa yang bukan dalam medical line akan bilang yang doktor melakukan prosedur secara kasar dan tak berambi sedangkan kau tak tahu semuanya perlu dilaksanakan dengan cepat dan tepat apabila melibatkan nyawa.

Back to jarum yang dirodok-rodok. Ya, dirodok-rodok jarum ke tetek di sebelah kiri untuk sampai ke lokasi lump dengan berpandukan kepada mesin ultrasound tadi. Apabila sudah tepat, makanya satu bunyi ‘tap’ akan kedengaran. Kau tau bunyi dia macham mana? Macham bunyi staple gun. Sel akan terlekat di bahagian jarum yang berongga apabila dikeluarkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah kelima. Pakar akan terus masukkan sampel sel ke dalam tabung uji dengan larutan formeldehyde. Jarum ditukar, dan tetek kiri dirodok lagi. Beberapa sel diambil untuk setiap belah ye anak-anak. Bukan one-time only. Ulang lagi untuk tetek kanan pulak. Kena rodok lagi. Tiap kali dirodok, gua boleh rasa pergerakkan jarum yang tembus ke daging dan menjalar ke dalam teteks, cuma tak rasa sakit.

Apabila pakar sudah berpuas hati dengan sampel yang diambil, maka selesailah prosedur biopsy. Bahagian yang dicucuk dengan jarum memang masih mengalirkan darah, oleh yang demikian jururawat memastikan tekanan diberikan kepada kawasan luka dengan membalut teteks gua dengan bandage. Merasalah gua pada hari terbabit menjadi pengkid. Pengkid yang pakai balloon skirt, tahu! Memang dada gua flat habis. Bra waktu ni memang tak pakai dah, terus sarung blouse dan kemudian dibawa ke Day Care ward. Dr.A akan pantau seterusnya progress gua untuk hari tersebut.

Selepas jamah makan tengah hari ala kadar, Dr.A terus mendapatkan gua. Tergelak besar beliau bila gua berkata yang merasalah gua menjadi pengkid. Melihatkan kepada balutan, Dr.A berpuas hati lalu membenarkan gua discharge. Tak lupa juga dua papan painkiller yang turut dibekalkan. Bius akan mula hilang kesannya dalam masa beberapa jam, bandage perlu dibuka dan mengikut Dr.A nanti gua akan terasa kesakitan yang amat. Nasihatnya, pastikan alas perut dan makan ubat. Rehat secukupnya, usah lakukan sebarang kerja berat. Seminggu kemudian keputusan akan diketahui.

Gambar teteks gua dibalut dengan bandage dan menjadi pengkid gua kirimkan kepada Alang melalui Whatsapp dengan nada jenaka. Juga bertujuan untuk mengkhabarkan yang gua baik-baik sahaja. Namun, hati tisu gua ini tidak dapat tidak menjadi lembik tatkala jawapan balas Alang gua baca..

“Besar ke lubang dia? Sakitnya lah awak.

Harap bukan melarat lah. Biarlah takat ni aje.

Awak jangan susah-susah hati ye, tawakal.”

Mujur tak ada siapa tengok ayaq mata gua merambu-rambu.

Bersambung..

2 thoughts on “When September ends..[2]

  1. Salam izzie.

    I silent reader sejak dr post Nora Elena. Dulu if ada miss episode I dtg baca dkt sini. I must say I lg enjoy bc ur writing dr bc novel.

    Dulu I prnh check up dkt breast clinic bila notice ada small lump. It turned out xda apa2 but still after that episode, I jd sgt takut nk check sendiri. Unlike me, u berani n kuat. N I harap izzie kembali sihat. N tq for sharing ur experience. So that young ppl out there alert dgn perubahan n x btangguh pergi check-up.

    • W’salam Alys,

      Terima kasih tau sebab sudi baca. Dari jaman Nora Elena sampailah sekarang walaupun i dah jarang-jarang update.

      The reason(s) why i finally ready to open up sebab ramai sebenarnya kita yang menghadapi ataupun ada masalah, sakit, tapi tak tau nak buat macam mana. Percayalah, i pun tak berani. When it comes to procedures, surgeries, doctors, memang i takut. Tapi kalau i tak buat, nanti sakit makin melarat. Sekurang-kurangnya, i tau apa sakit yang sebenarnya.

      Selebihnya, i berserah kepada Allah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s