When September ends..[1]

Belog ni adalah satu medium yang dalam tak sedar mengenalkan kau dengan orang asing yang bukan dalam ruang lingkup rakan-rakan kau yang sedia ada. Boleh jadi akan mengeratkan kerna umpamanya kau dan dia seolah berkongsi suatu persamaan yang tidak dirancangkan.

Gua jua begitu. Malahan, andai perkenalan itu bertambah erat ada masanya gua lebih mudah meluahkan segalanya yang memberat di pundak gua. Kerna apa? Kerna gua merasakan mereka-mereka itu tidak berada dalam ruang lingkup kehidupan gua hari-hari, lalu prejudisnya tidak seperti teman-teman yang sering melihat dari jauh namun jarang bertegur sapa. Yang hanya memerhati dari jauh, dari ruangan news feed di Facebook, penulisan di belog, mahupun gambar-gambar di Instagram. Kerna gaya hidup gua secara tidak langsung sepertinya dinilaikan berdasarkan personaliti dan pembawakan diri dalam kehidupan hakiki.

Paranoia? Mungkin iya.

Bertahun lamanya gua simpan. Mana satu yang harus didahulukan? Mana satu yang harus gua ceritakan?

Kita mulakan dengan perkisahan lewat 2014.

Bahagian tubuh yang menjadi somboliknya seorang wanita sepertinya bertukar menjadi musuh. Umpama gunting dalam lipatan. Selepas beberapa pemeriksaan, kedua-dua payudara gua yang sebelumnya di bulan Maret 2014 hanya disahkan sebagai cysts bertukar kepada lumps. Memandangkan juga dalam susur galur keluarga di sebelah bonda punya sejarah kanser payudara di mana sepupunya bonda yang gua panggil Mak Teh, meninggal kernanya maka boleh gua bilang yang DNA is a bitch.

Lalu Dr.A mengatakan, “I don’t want to take any chances.” Tambahan pertumbuhan dari cysts kepada lumps itu terlalu rapid, kurang dari 8 bulan. Bila dipersoalkan, Dr.A menyatakan dengan keadaan badan gua, sebarang suppliment mungkin tidak sesuai sepertimana orang lain. Lalu gua nafikan, gua tidak mengambil sebarang suppliment tambahan, pil hormon (kecuali deretan senarai ubat yang sering gua ambil untuk sakit-sakit yang lainnya; osteoarthritis, gastritis, migraine, pain killer). Seloroh Dr.A mengatakan pada usia gua yang masih 20-an (ketika itu), terlalu banyak sakit dan ubat yang gua telankan.

Lalu ingatan kembali semula. Sebelumnya (namun kini tidak lagi) gua pernah mengambil EPO dan juga kolagen tambahan yang kononya untuk kulit yang putih dan anjal. EPO adalah pil hormon, ketahuilah untuk orang yang menghidap kanser contohnya pil hormon atau hormon tambahan (secara semulajadi seperti mengandung yang akan menambahkan hormon estrogen dan progesterone) akan menyebabkan pertumbuhan sel kanser akan menjadi lebih cepat. Lalu Dr.A menyatakan, kesan sampingan dari pengambilan suppliment tersebut bukan terjadi sekelipan. Lalu beliau nasihatkan lagi supaya berhenti untuk segala pengambilan.

Keputusan telah diambil. Pembedahan perlu dilaksanakan. Namun untuk langkah keselamatan, Dr.A mahukan lebih kepastian. Adakah lumps tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, prosedur biopsy perlu dilalui. Dr.A juga menjelaskan, beliau hanya boleh mengeluarkan lumps yang bersaiz besar sahaja kerna tidak mahu merosakkan tisu-tisu lain sekadar untuk mengeluarkan lumps yang kecil-kecil yang lainnya. Namun, pemantauan kerap perlu diteruskan kerna pertumbuhan lumps itu perlu direkodkan, sama ada ‘nakal’ ataupun tidak.

I played it cool.

Dengan personaliti Dr.A yang begitu ceria, sukar untuk aura negatif berlegar. Sokongan moral dan kata-kata semangat daripada beliau begitu membantu. Namun saat kaki keluar melangkah dari kamar konsultasi, betapa hati bagaikan dirobek. Bukan pemandangan biasa apabila deretan pesakit adalah wanita muda, ataupun pemakaian serkup yang menutupi kepala oleh wanita bukan beragama Islam. Pernah jua gua terdengarkan tangisan pesakit dari kamar konsultasi Dr.P apabila mendapat berita kansernya sudah di peringkat ketiga walaupun sudah menjalani chemotherapy.

Otak ligat memikirkan, adakah perlu gua khabarkan kepada klorga? Kerna semahunya gua enggan mereka bimbangkan gua. Selagi gua boleh simpan dan bertahan, gua bertahan. Pastinya bonda akan sedih dan risau. Tambahan pula gua sebatang kara di sini. Namun kata Dr.A, sokongan klorga adalah perlu kerna gua tidak bersuami. Selepas pembedahan, gua perlukan perhatian dan juga bantuan. Kerna walaupun pembedahannya adalah minor namun impaknya kepada fizikal dan mental adalah besar. Fizikal umpamanya gua tidak boleh mengangkat benda-benda yang berat, risau nanti akan bentan. Lalu bagaimana gua mampu untuk menguruskan diri sendiri andai angkat tangan sendiri pun sakit nanti? Pembedahan pula di kedua-dua belah!

Lalu perkiraan dibuat. Gua maklumkan kepada Dr.A berikan gua masa. Kerna pada awal Februari 2015, gua akan melalui pembedahan Lasik. Dicadangkan beliau untuk melaksanakan biopsy pada pertengahan Februari. Seterusnya, tarikh pembedahan akan diputuskan selepas keputusan sel diketahui.

Gua masih punya masa untuk memikirkan bilakah waktu terbaik untuk memberikan perkhabaran kepada bonda.. Lalu gua putuskan, di penghujung Disember 2014 akan gua maklumkan.

Bersambung..

(..because I am dramatic, liddat!)

4 thoughts on “When September ends..[1]

  1. Izzie!!!!

    Omg… seriously? selama ni you simpankan sorang-sorang….
    tak nampak pun sebarang keresahan. ai ingatkan you tak apa-apa bahagia-bahagia saja
    tetiba rasa nak nanges laju-laju
    walau pun kita tak kenal rapat, walau pun hanya sekali berjumpa
    tapi ai rasa kita macam dekatttt sangat, macam dah lama kenal berdua.

    InshaAllah… semoga ai sentiasa tak lupa titipkan setiap doa usai solat untuk you
    ai nak you sembuh… nak jumpa you lagi.. nak sembang2 lagi.. nak luah perasaan lagi
    *ai pon selesa bercakap dengan orang yang ai tak kenal dari yang mengenali*

    semoga tak ada apa-apa yang terjadi… semoga you sembuh kembali!
    i dont want to lose another kind friend becouse of this stupid bitch cancer
    you are strong, i know you can fight it!!!!

    #mengada sangat ai ni padahal part 2 tak baca lagi….

    • aww..sebak i rasa. terima kasih, sahabat.
      i ni lembik, hati tisu. cuba untuk kuat walaupun sebenarnya tak kuat mana
      it took me years to share about my illness, because i don’t know where to start, tambah taknak orang fikir i tagih simpati atau perhatian
      but over the years, mana-mana teman yang tahu about my illness..i will try my best to encourage and educacte them about our breasts health
      there is no cure for breast cancer, only early prevention.

  2. belum habis cerita, tapi aku dah nak menangissssss. sejak jadi mak ni hati mudah nauuu tercalar. aku harap kau baik-baik je beb.. sihat hendaknya. aminn aminn aminnnn.

    • ya ummi ali, janganlah nanges. nanti ako join skali nanges wehhhhh..
      tak pasal kita nanges berjemaah pulak kah kah kah

      amin amin amin. terima kasih untuk doa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s