Paip

Nama gua naik dan kena attend satu conference. Kalau unit gua ni, gua sorang je lah. Bila dah nama gua seketul je yang naik terus jadik macham tak best. It is never been my forte to mingle around, be it in jamuan makan-makan, majlis-majlis, tambahan lagi conference/training.

Introvert.

I don’t mind eating alone tapi kalau nak kena bersembang dengan orang baru dengan topik yang tertentu, gua rela makan mengadap dinding. Atau makan laju-laju sampai tercekik kendian masuk dalam ballroom cepat-cepat.

Makanya pada hari Senayan itu, 7:10AM gua sudah sampai di parkir. 8:25AM sudah clock-in, 8:35AM gua turun dari atas kayangan (pejabat gua tinggi melangit) dan dengan lemah-longlainya mengatur langkah selepas mengambil laptop dari kantor. Dalam minda separa sedar, conference itu gua andaikan di Pullman KL yang mana bersebelahan dengan kantor gua. Kerna mengikut pengetahuan gua yang cetek ini, Pullman satunya di Putrajaya. Satu laginya di Bangsar. Itulah yang dikatakan Pullman KL itu.

Terdetik di hati untuk sekali lagi menyemak email untuk mengetahui ballroom berapakah sesi itu nanti. Tiada kalendar dari pihak penganjur yang diberikan. Di situ tertera; Pullman City Center. Jalan Conlay.

JALAN CONLAY.

CONLAY.

C-O-N-L-A-Y.

C.

O.

N.

L.

A.

Y.

BUKAN JALAN PANTAI BAHARU!

Jam kini waktunya: 8:45AM.

Shoot!

Berderau jantung gua.

Pantas gua Google di mana kedudukan Pullman City Center berdasarkan alamat yang diberikan.

Cibais! Dekat Pavillion nun.

Rush-hour ni, tengok memanglah tak jauh mana tapi kalau dah namanya City Center, sesaknya boleh tahan nak mencarut sampai 7 keturunan.

Laju gua atur langkah ke parkir semula.

Dipendekkan cerita, gua sampai di sana pada 9:40AM.

Dipendekkan cerita lagi gua tak suka washroom hotel, dan mana-mana washroom yang takdak paip. Pakai bidet pun gua tak sior, apatah lagi yang ada tisu semata. Makanya lagi, segala hajat kecil (hajat besar biasanya sangat behave kerna kondisi washroom tidak memihak kepada keselesaan abadi) tidak dapat terlaksana dengan jayanya.

Hidup paip jamban!

TAKBIR!!

2 thoughts on “Paip

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s