Sorry

Believe me, I missed you.

Bermula kalam penulisan, arakian beta ingin menceritakan betapa kurusnya beta semenjak-dua menja ni. Kurussssss pahala. Kalau kurus berat badan tu, kuruslah kot -tang jari kelingking sahaja.

Eh. Betul. Itu hari timbang dalam 55-56kg. Sekarang timbang (tanpa pakaian dan seurat benang kah kah kah) 52kg. Kalau timbangan biasa dalam 53kg. Orang bilang jangan timbang hari-hari. Tapi heran apa kau?! Lepas makan -timbang. Lepas berak -timbang. Penemuan gua; lepas berak kompom turun dalam 1kg. Jadi kesimpulannya di sini, berak + kencing = 1kg. Boleh tahan berat tuuuu (lalu gua membayangkan sekampit gula pasir Prai, juga sekampit tepung gandum Cap Sauh yang beratnya 1kg tiap satu). Oh, lepas ini tiap kali pegang kampit gula atau kampit tepung gandum sekilo takkan sama lagi. It cannot be unseen!!

Colleague gua bilang, bukan 100% stress kerna beban kerja tapi kerna bersekolah sambil bekerja. She has been there, and done that. Colleague gua baru grad MBA tahun lepas. Mata panda itu masih bersisa di lingkaran matanya. Beliau rajin, bukan macam gua. Tiap hujung minggu beliau pasti akan ke perpustakaan Shah Alam untuk ulangkaji dan siapkan assignment. Tapi gua? Azam hanya tinggal azam. Begitulah tiap kali, azam dan kesungguhan hanya wujud di permulaan. Di pertengahan dan pengakhiran azam dan kesungguhan itu makin luntur kerna sering disergahkan dengan bebanan kerja yang tak berkesudahan.

Memang benar kata orang, Masters ini lain benar pengalamannya. Segala perasaan gua alami. Betapa sukarnya membahagikan masa, tambah pula apabila mendapat tugasan di luar pejabat yang memerlukan gua berpergian. Terpaksalah berkorban. Untuk siapkan final semester project/paper work/proposal, sampai dah muntah-muntah, nanges, panic attack, anxiety disorder, depression, makan dan tidur tak tentu masa, tak boleh tidur, semua ada. Tak ubah umpama mayat bernyawa. Selagi tak selesai presentation, selagi itulah tidur tak lena. Exam pun hanya sempat baca buku sehari dua sebelumnya.

Lalu bisikan syaitan bermain di telinga, “Betulkah percaturan gua?”. Tambah pula Mak bertanya, “Adik tak silap jurusan ke?”. Mak.. Oh, Mak. Biarlah anakandamu ini sahaja yang self-doubt. Usahlah ditambahkan pula soklan-soklan yang bisa membuatkan anakandamu ini mati terkedang di tengah jalan. Doakan sahajalah hendaknya segalanya berjalan dengan lancar, mudah-mudahan.

Sudah seminggu lebih semester pertama ini berakhir tatkala kertas peperiksaan gua usai pada 14 Juni yang lalu. Lega, sungguh lega. Namun kelegaan itu tidak lama apabila keputusan akan diumumkan bila-bila masa sahaja. Markah lulus 65. Carry marks pun tak sampai 30/40. Menangis air mata darahlah di situ. Kalau dolu kemain mahu skor A, tapi untuk menjadi lebih realistik kini gua pasti akan bersyukur andai sudah capai markah lulus.

On a happier note, dua-dua subjek yang gua bentangkan punya tajuk yang lebih kurang sama, yang gua ubah serba sedikit mengikut bidang masing-masing. Satu, Research Methodology dan satu lagi Pragmatics. Kedua-dua professor memberikan komen positif dengan tajuk pembentangan gua, “Very interesting topic!” katanya.

Memandangkan gua dah lama tak berkongsi, ijinkan gua menceceh di sini. Seringkali gua ditanya, bahasa apa yang gua pelajari di Fakulti Bahasa dan Linguistik (FLL)? Walaupun gua suka benar belajar bahasa asing, tapi di sini bukanlah gua belajar bahasa tapi gua belajar mengenai linguistik. Apa bedanya? Ya, gua pun pening untuk menerangkan. Bukan gua sahaja yang punya permasalahan yang sama, bahkan professor gua jua begitu. Tiap kali kalau disebut mengenai FLL, laju sahaja orang bertanya mengenai bahasa asing apa yang diajar sedangkan bidang linguistik itu sebenarnya lebih luas (dan begitu banyak teori yang boleh membuatkan kau nak tikam diri sendiri!).

Mari gua ceritakan mengenai Pragmatics. Pragmatics adalah berkenaan dengan konteks, pengucapan, dan makna. Setiap apa yang diucapkan sebenarnya berkait rapat dengan teori-teori tertentu. Contoh: apology. Permohonan maaf secara terbuka (public apology), ataupun tidak sebenarnya merangkumi strategi-strategi tertentu dalam konteks Pragmatics. Setiap pengucapan, ayat yang diutarakan boleh ditafsirkan tiap satunya.

Sorry, but you are not sorry.

Bagaimana dengan satu perkataan ‘sorry’, boleh membawa pelbagai makna?

Sorry.

Sorry.

Sorry.

Sorry.

‘Sorry’ dengan intonasi yang pelbagai dan dalam konteks yang berlainan akan memberikan makna tertentu. Sebab itulah, bukan semua ‘sorry’ bermaksud kau meminta maaf. Boleh jadi kau menyebut ‘sorry’ dengan nada sarkastik.

Bahkan, tiada respon juga adalah sebuah respon sebenarnya!

Kalau teda exam, memang cabang ilmu linguistik ini seronok untuk dipelajari. Tapi disebabkan ada exam (tambah lagi dengan literature review, research project, presentation) terus dari niat nak timba ilmu Lillahi Ta’ala tu akan terpalit jua dengan “sahaja ako belajar untuk dapat markah tinggi and a masters degree”.

6 thoughts on “Sorry

  1. I feel you beb. I really feel youuuuu. Tak gampang belajar sambil kerja. Kemudian tetiba terberanak. Dah ternampak-nampak macam nak terkubur masters aku ni sobbss.

    And aku buat discourse analysis. Cabang banyak, otak lembab. End up aku rasa makin bodoh bila baca tak paham-paham hahahaha.

    • ako kan, bolak-balik pikior nak brenti ghoje sebab rasa rogi sangat tak sempat nak menelaah and kutip ilmu betul-betul.
      tapi apakan daya, ako jua perlukan duhet untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membayar segala hutang-piutang.

      wehhhhh..takleh susah lagi ke ko punya masters tu. ako ucapakan, selamat berjuang. sikit lagi wehhh.. tapi memang ya pun, lagi belajar, lagi rasa bengap. ako ingat, ako sorang cenggitu. banyak tengok tahik sendiri ke apa ni?

      • kalau aku anak jutawan, lama dah berhenti keroje wehhh. siap cakap kat laki, buat phd kena full time, aku tak mampu nak belajar sambil kerja. nak plak dapat bos iblis bahahahaha.

        moh le kita selamat berjuang bersama hua3..

      • samalah..ako pun berazam (untuk kesekian kalinya) kalau lah ada rejeki dan ada kemampuan untuk sambung phd, ako nak buat full-time. koser lah nak gheja pada masa yang sama. mau terberak dibuatnya.

        apa-apapun, nanti konvo jangan lupa campak mortar board!

  2. wahh.. menarik..!
    suka ayat ni : Bahkan, tiada respon juga adalah sebuah respon sebenarnya!
    really..? wowww..🙂

    selamat maju jaya.. yakinlah setiap usaha biar sekecil-kecilnya tetap ada habuan yang menggembirakan.. InsyaAllah..🙂

    • hi manusia berubah. u are new here, aren’t u? sebab i selalunya akan dapat komen dari kawan-kawan maya yang berapa kerat, yang i boleh hapal id masing-masing. thank you for dropping by hihi
      selalu seksaited lebih bila ada orang baru😛

      anyway, thanks for the wishes. amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s