Masters of Linguistics

Bukanlah gua tak rajin nak menulis lagi tapi apakan daya, masalah kekangan masa (alasan biasa).

Kelmarin gua tonton The King’s Speech. Again. Pada gua, Colin Firth memang punya perfect pronunciation, diction, dan suara yang bisa gugur jantung gwe bila bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan British accent. Begitu juga dengan the late Alan Rickman (sob sob sob), Benedict Cumberbatch, Tom Hiddleston, dan panjang berjela lagi senarai yang gua ada. Bukan semua Brits bercakap sedap didengar. Tapi Kalau empat orang aktor ini, memang sahaja gua pasang movie di telly semata-mata untuk dengar suara deme dengan perfect British English 1119 gitu!

Dalam pengajian Masters of Linguistics gua sekarang, speech impediment adalah berkait rapat dan merupakan salah satu cabang pilihan untuk pilihan subjek elektif gua. Kalau dolu gua sekadar menonton, dan hanya mampu memerhatikan betapa hazabnya untuk seseorang yang gagap dalam pertuturan sewaktu pengucapan tetapi dengan ilmu yang baru gua tuntut ini betapa gua dapat kaitkan tiap teori dan dalam pengucapan harian, dan juga dalam speech impediment.

Andai gua punya pilihan, mahu gua berhenti bekerja dan fokus sepenuhnya pada pengajian. Kerna bidang ini bukan mudah seperti mana orang di luar sana sering beranggapan. Walau bukan teknikal, tapi tiap teori dan falsafahnya perlu dikaji dan dihadamkan. Bila gua suarakan kepada Nyonya, betapa Nyonya berbangga kerna gua tidak memilih untuk tinggalkan pengajian bila berhadapan dengan kesukaran.

Mana tidaknya? Cabang ilmu ini begitu menarik untuk diterokai. Banyak lagi yang gua perlu pelajari tapi kekangan masa dan tuntutan tugas hari di pejabat buatkan gua penat saat tiba masanya pulang ke rumah. Otak gua tiada rehatnya. Sentiasa berfikir mengenai tugasan kerja, dan tugasan kelas. What’s next? What to do after this? How to solve this?

Betapa banyaknya peluang-peluang lain yang gua tak dapat gapai. Contohnya; peluang mengajar selama 2 bulan di Vietnam, ataupun menghadiri conference berkaitan sign languages for speech and hearing impaired.

Walau chentanya gua untuk betul-betul mendalami ilmu ini, manakan bisa gua menindakkan betapa wang juga perlu untuk meneruskan kelangsungan hidup? Tanpa income yang stabil, bagaimana bisa gua mampu untuk meneruskan pengajian walau dibiayai dengan dengan biasiswa sebahagiannya?

Kerna hidup perlukan pengorbanan. Tiada yang mudah, tiada yang akan datang bergolek. Mahukan sesuatu, perlu diikhtiarkan sampai berjaya. Nescaya, kejayaan itu akan lebih bermakna dan lebih manis.

Andai dengan izin-Nya, gua ingin terus mendalami ilmu ini. Hati dan jiwa ini sering berkata, ingin buat sesuatu untuk masyarakat di luar sana. Untuk menolong komuniti yang punya masalah dalam pertuturan, dan juga menolong golongan yang kurang bernasib baik (pekak & bisu). Andai gua bekerja, gua mahukan kepuasan bekerja itu lahir dari perasaan yang benar-benar ikhlas. Gua harap, inilah jalan permulaan untuk sebuah pembaharuan. Andai ilmu ini dapat membantu, gua mohon dipermudahkan. Doa dari semua, gua harapkan.

5 thoughts on “Masters of Linguistics

  1. serioussss wehhhh… u have my utmost respect sebab further your studies in this field. linguistics satu bidang yang selalu orang underestimate tapi susah dan deepnya ya rabbb pening baca journals haha.

    aku doakan cita-cita dan impian murni hang berjaya. InsyaAllah, niat dah sangat baik dan sangat murni. may the force be with you beb. benda baik tak pernah mudah, tapi takkan pernah mustahil. teruskan berjuang, sahabat!

    • terima kasih wehhhh sebab memahami. walaupun bidang ni deep, tapi bukan semua akan end up jadik linguist. sayang sangat. mungkin market kita tak banyak..so terpaksalah depa buat apa-apa kerja yang boleh menyara hidup.

      tapi tolong explain sat, why oh whhyyyyyy kena baca journal berlonggok-longgok ni? sumpah tak paham!!

      • apa nak buat, orang sosial sains memang selalu dipandang sepi sikit sebab bidang kita ni abstrak sangat hahahaha.

        hahaha yayy aku ada geng. kalau baca journal tu, satu page ulang mau setengah jam sebab cuba jugak nak hadamkan hahaha. kadang rasa ehh ehh benaknya aku ni apa baca tak paham-paham ni hahahaha.

      • i have been in that situation wehhhhh. ako asal orang sains, sains tulen, matrik hayat, kemudian masuk bidang teknikal, kena buat calculus bagai nak gila, statistik, etc. masa tu memang pandang alangkah senangnya sains sosial ni nak banding bidang sains & teknikal. apa susah, baca ja lah!

        sekali, hamek kau!

        weh, apa releven baca journal in masters program? adakah sebab dah peringkat masters maka banyak penulisan mengenai topik tertentuk dalam bentuk journal dan bukan hanya pada buku?

  2. journals are more updated, lebih ringkas tapi padat, dan lebih spesifik berbanding buku. senang nak fokus hehehe. untuk rujukan ilmiah, buku and journals tak boleh melebihi tempoh 5 tahun. lagi latest lagi bagus. since proses nak keluarkan buku tu amik masa lama, jadi boleh jadi topik kita nak cover/refer tu takda dalam bentuk buku, hence journals are more practical heheheheheheh githcewww penjelasan skema sangat! hahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s