homesick

Ingatkan dah tua-tua bangka ni dah habislah penyakit homesick. Ropanya nan hado!

Dolu masa kat matrik, jarak antara kolej dengan rumah dipisahkan dengan lautan walaupun dalam negeri yang sama. Mana tidaknya, rumah di pulau manakala kolej di Tanah Besar. Kalau Abah tak datang jemput pada hujung minggu, kompom masuk minggu kedua aja gua mulalah tak lalu makan. Nak buat apapun serba tak kena. Makanya, kompom-kompom gua akan gigih kemas beg untuk pulang ke pulau walau kena panjat tangga bas, lompat dari satu bas ke satu bas yang lain, naik feri, kemudian panjat tangga bas lagi untuk sampai ke rumah.

Dan sila sedia maklum gua bukan jenis light traveler. Barang gua tak pernah sikit. Semua benda kalau boleh nak dihangkut sekali. Oleh yang demikian, perjalanan gua pulang ke rumah itu bukan mudah sebab beg memang berat! Pada siapa-siapa yang biasa naik feri penumpang, memang tau jauh gila nak kena berjalan. By the time sampai kat port, nak tunggu feri sampai gua dah lencun dengan peluh.

Hyperhidrosis!

Habis belajar di kolej matrik, jauh lagi merantau dari rumah. Kalau dolu masih di negeri yang sama, tapi di universiti jaraknya memang jauh benar. Kalau dolu seminggu sudah tak mampooo bertahan, tapi disebabkan kejauhan maksimum gua dapat tahan sebulan. Masuk bulan kedua, dah rasa lain macham. Takat telepon aja tidak cukup. Gua perlukan sentuhan dan belaian manja. Ahahahahaha.

Dan makanan yang sedap-sedap hendaknya!

Sanggup naik komuter, tukar pulak naik lrt, kemudian jalan kaki, semata-mata nak naik bas di Pudu ataupun stesen Kuala Lumpur (situ ada bas Plusliner/Nice ke Penang). Masih lagi hangkut segala barang yang ada dari hostel bawak balik ke rumah. Lepas tu tambah lagi barang dari Penang bawak balik ke hostel. Neverending.

Sekali-sekala balik Penang sama dengan Nyonya. Tapi Nyonya jenis bas tak bergerak lagi dia dah membuta. Jaga sat-sat pun cuma nak tanya, “Sampai mana dah?”. Haru sungguh! Tapi kami dua memang champion. Sama-sama gagah perkasa, beg masing-masing seropa ada batu. Kalau ada orang nak tolong angkat masuk dalam bas kompom menyesal. Ha ha.

La ni homesick gua mai lagi. CNY aritu Mak dah turun mai KL. Tapi rasanya feeling dapat bernapas dengan udara Penang yang masin dengan air laut takkan sama dengan udara di KL (yang penuh dengan asap), bau rumah, bau anak-anak sedara, bau anak bulus, takkan dapat bawak turun mai KL. Last gua balik dalam Christmas tempoh hari. Ini dah masuk bulan Maret. Tambah pulak dengan kekangan kelas di hari Sabtu, lebih menyukarkan gua untuk lari pulang ke pangkuan ibu.

Nak buat gheja pun tak jadik apa dah ni. Hu hu.

4 thoughts on “homesick

  1. dulu zaman sekolah ada kawan jenis macam ni.. skit2 balik umah.. skit2 balik umah.. kami ajak lepak shopping mall dengan baju outing batik tu pun dia tak nak.. sebab dia kalau boleh nak cepat2 sampai umah.. mende ntah…! lama-lama kitaorang tak kawan dia dah.. sebab dia tak best.. skit2 nak balik umah.. :p

    *masa tu tak paham apa mende homesick tu lagi.. pffuuuttt..!!*

    • hamek kau! kan dah cakap, bola tu bulat. kah kah kah..
      orang suka balik rumah ni memang tak best, sebab asal coti je takde benda lain dalam kepala.
      nak berjimba bersama-sama (lagi ramai, lagi best..nak nak pulak jalan segerombolan pakai baju batik tu..), tapi dia nak balik rumah. orang cakap, asik nak kepit bawah ketiak mak.
      eh, best tahu ketiak mak tu??!!

      masa muda-muda, dapat keluar sama kawan-kawan umpama dapat kemerdekaan, kan?
      skang apa cerita? kah kah kah..

  2. Best kannn angkut sia ka.. Tupperware ka… Mak kt packing bekal.. jauhhhh nun perjalan.. Senget2 bahu punya angkut..: Belum lg tunggu rapid ka.. Bus ukm ka tuk balik Zaaba.. Hahaha..
    Cuti ja org sibuk plan nak p melawat sana sini ngan kwn2.. Kt??? Cr tiket blk!!! Ahahahaha lambat cuti panjang skit ja.. Tuang kelas jumaat tu.. Kira sunat klau lebih 3 migggu tak balik kannnnnnnnn!????!

    • naik rebeh bahu wehhhhhh duk hangkut barang. tangan sampai merah toksah cakaplah. hazab tapi puas..kalau melenggang ja balik penang, or balik dari penang memang rasa tak lengkap hidup.
      sampai la ako sure akan berangkut pi-balik. puahahahaha. old habits die hard.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s