CEO of Unlucky Co.

Gua ini adalah graduan Teknologi Maklumat. Namun gua dan gajet tidaklah sampai tak mampooooo dipisahkan. Cukup ada telefon yang bisa menerima masuk sms/Whatsapp/Call-In/Call-Out/basic camera phone function, sudah cukup buat gua.

Biasanya gua akan gunakan apa yang ada. Untuk beli telefon sekadar untuk mengikuti trend semasa, so not me. Lagi satu, gua cheapskate. Tak gamok nak keluarkan 2-3 ribu semata-mata untuk barang yang akan boleh jadik obsolete (rujuk iPhone) dalam masa beberapa tahun. Setakat mana daya nak cope dengan perubahan teknologi donia gajet-gajet ni? Baru beli hari ni, esok depa announce next month/quarter/year akan keluar model baru.

iPhone 5 gua udah terlalu nazak. Berakhirnya hayat beliau apabila button standy/on/off langsung tak mampu berfungsi. Home button ditekan-tekan pun langsung tak lagi memberikan tindakbalas. Kalau gua nak tengok mesej/buat call, terpaksa gua cucuk charger supaya backlight appear. Mujur touchscreen masih berfungi. Kalau gua berada di luar, dan tidak punya akses untuk mencucuk charger (semata-mata nak appear-kan backlight), terpaksalah gua menjadi batak. Kalau ada orang hantar mesej atau telepon gua barulah boleh digunakan iP5 tersebut.

Hazab bila ada urgency atau emergency. Terasa hidup begitu bergantung kepada benda kecil ini. Mana nak carik public phone booth di jaman ini?

Gua tak dapat menunggu lagi. Terlalu sukar rasanya. Walaupun bisa gunakan Galaxy Tab 2 buat sementara, tapi apabila semua data dalam iP5 serupa juga macham tak punya apa-apa.

Celcom-Maxis-Digi-Umobile. Semua gua jelajah untuk dapatkan bundle package yang paling menguntungkan. Calon akhir adalah Celcom vs Maxis. Tapi bundle package Celcom tidak begitu mengujakan. Menggunakan sistem 100 minutes + 100 sms, kemudian ditambah dengan optimizer. Harga pakej data+voice: RM100±.

Maxis: RM128± dengan tiada had panggilan ke mana-mana telco (kecuali international/1800/1300), dan tiada had sms. 3Gb data.

Harga device: lain cerita. Bermakna, tambah lagi dalam RM135±.

Semua tertakluk kepada kontrak, terma, dan syarat.

Lalu gua MNP (Mobile Number Portability) lagi sekali dan pulang kepada asal; Maxis pada 29 Disember 2015.

Malangnya ofis gua di atas kayangan. Maxis tak pasang booster/rectifier untuk menguatkan network di bangunan medan perang gua ini. Kalau ada orang telefon, sms, Whatsapp, belum tentu akan dapat sebab selalu sangat “No Service”. Tidakpun, putus-putus dan berkeladak sahaja suara di balik sana. Solusi? Kena mintak Management Unit untuk request Maxis pasang booster/rectifier tersebut. Knowing this Management Unit, jangan haraplah!

Minggu lepas Inche K bilang Celcom ada pakej baru. First Gold for limited time only. 5GB (weekdays/carry forward for unused data) + 5GB (1.25GB every weekends/cannot carry forward unused data), unlimited calls/sms, for RM80±.

Kalau gua nak MNP lagi, kena bayar penalti: RM1211.28.

Ayat sedapkan hati (sambil nanges di bucu katil): tak begitu bertuah dalam harta donia dan wang ringgit, tapi insya-Allah kaya dengan kasih sayang dari klorga dan sahabat.

Gichewwww!

.

i.Z.Z.i.e:

Habis jugaklah 2-3 pasu pokok herba gua telingkupkan malam tadi lepas cakap sama Maxis Customer Service. I am still a spitfire -_-“

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s