Kopi O

Hari ni mata gua semacham ada gam melekat kat kelopak mata. Selalunya walau tak cukup tidur, masih boleh celik mata dan kekal sehingga habis waktu kerja. Tapi hari ni rasa hazab yang paling sengsara.

Mengantuk ini obatnya tidur!

Tapi takkan nak membuta waktu kerja? Gua tazzabar tunggu lunch hour, usah ditanya kenapa. Tapi nanti nak tidur dulu, atau makan dulu? Arini gua bawak bekal mee kuah utara. Mihmihmih. Semalam gigih bersilat di dapur sebab sayang keledek 3 ketul yang dah mula nak keluar pucuk. Kalau tinggal lama lagi, nescaya daripada 3 ketul keledek gua akan dapat tuai sekilo!

Berbalik kepada soal kantuk, dari tadi gua usahakan pelbagai cara menentang mata kelat yang bermaharajalela.

1) Basuh muka di toilet. Gagal. 2) Duduk lama-lama di seated toilet dengan harapan bolehlah pejam mata sepicing-dua masa tengah buang air kecil. Gagal. 3) Makan buah limau mandarin yang tak berapa nak masam, tak berapa nak manis, sedikit tawar, tapi masih rasa oren. Gagal. 4) Turun ke LG semata-mata beli Nescafe Black Roast. Maneh melecaih! Gagal.

Kopi kalau dah maneh sangat, dah tak sedap. Paling sedap bila tak taruk gula, langsung. Ataupun, cuma secamca gula perang.

Ahad lepas Angah berulang-ulang ajak makan Vietnamese Beef Noodles di The Curve. Sedap katanya. Gua ikut sahajalah. Kesian pulak sama dia. Gua tertarik dengan drip coffee yang disajikan.

Sangat comel bukan?Kopinya memang sedap. Pekat! Likat! Melekat!

Menjadi budaya di Vietnam, rakyatnya meminum kopi. Kopi tempatannya yang pernah gua coba sewaktu di Da Nang memang thorbaik! Cuma waktu tu tak addicted dengan freshly brewed coffee macham sekarang.

Gua masih ingat, gua suka kesegaran bau kopi but I am a tea person only circa 2012. Takut minum sebab gua punya gastrik yang bergantung kepada ubat. Minum instant coffee sering membuatkan keadaan perut dan serangan gastrik semakin teruk. Belum kira dengan palpitation. Gua tak ubah umpama pesakit Parkinson.

Tapi pelan-pelan dalam tahun 2013 gua coba minum kopi semula. Minum kopi kampung. Kopi Cap Bola Sepak (ni selalunya kalau balik kampung kat Perlis nun, kopi Cap Bola Sepak memang paling top). Ajaibnya, gua tak alami serangan gastrik seperti gua minum instant coffee, tidak jugak palpitation.

Gua coba selangkah maju ke hadapan lagi dengan mencoba freshly brewed coffee, Arabica/Robusta. Perut akan terasa sedikit pedih dan kurang selesa apabila kopi dicampurkan dengan krimer atau susu. Tidak pula gua lactose intolerant, pelik juga di situ. Lama kelamaan, lidah gua lebih sukakan Americano dengan extra shots. Less sweet, brown sugar only. Lama lama kelamaan lagi, terus no sugar. Sebab rasa kopi sebenar lebih nikmat tanpa gula. Lagi pahit, lagi sedap.

Dark, like my soul.

Even chocolate pun gua cuma makan dark chocolates. Tak boleh telan milk chocolates, too sweet for me. Tapi kalau dark chocolates, rasa pahit tu akan seimbangkan rasa manis. Masa cair dalam mulut, savor the dark chocolate taste in your mouth -meletop-letop macham bungan api!

Ponstan jua sudah banyak gua kurang pengambilannya tatkala diserang migraine. Solusi gua? Minum kopi (masih kena minum yang freshly brewed only). Efek memang lambat sikit kalau nak dibandingkan dengan pain killer, tapi sekurang-kurangnya gua dah tak bergantung pada pil setiap kali sakit. Hoyeh!

Tapi persoalan yang menghantui di benak gua sekarang ni; betul ke kalau minum kopi nanti boobies akan mengecut?

Nasi lemak gua ni dahlah saiz budak remaja. Kalau betul kopi akan mengecutkan boobies, tinggal areola sama nippies aja kot? Jenuh nak kena pakai push-up bra sumbat span wehhhhh!!

But hey, I still drink my teas. Gosh! I can talk about coffee, tea, and chocolates whole day!! Rasa macham nak tukar profesyen je! Bila cakap pasal coffee, teringat cerita Cuando Seas Mia. Best tengok kerja kutip buah kopi. Nak dengar tak gua bebel?

Trivia: biji kopi apa yang tinggi kualitinya?

I loveeeeeeeee tea.

Dulu kecik-kecik mulut kena sumbat dengan teh Boh, takpun teh Lipton. Bila dah besar, dah pandai cari teh untuk tekak sendiri. I love to study about tea and tea leaves. Macham mana depa blend, campur itu-ini untuk hasilkan satu jenis teh. Contoh; Earl Grey.

I even dream on going to Bukit Assam or Darjeeling because kat sana adalah ladang teh terbaik donia. It’s in my Geography subject (PMR 2001), dan sampai sekarang gua ingat chegu Geo Tingkatan 3 gua bilang begitu.

How to enjoy Earl Grey tea best? With milk, or lemon?

Jawapan: lemon (see The Da Vinci Code).

Sejarah Earl Grey buleh baca kat wiki.

Chinese tea pun gua suka. Jenis apa, belum habis study lagi.

Tapi yang paling gua suka; green tea.

Dulu minum Green Tea by Boh. Tapi lepas kanda Massabrina kasik green tea original dari Jepang, tastebuds dah tak boleh nak undo atau reset lagi. Green tea pun ada beberapa jenis. Lain kali cerita panjang lebar lagi. Oke?

Oh oh. Masa gua di Jepang itu hari, gua beli sakura tea jugak. Nanti gua cerita rasa dia macham mana.

Selain daripada avid Harry Potter fan, gua juga suka dengan tea set. Be it Japanese, Chinese, or English. Buleh berjam-jam gua duduk mengadap dalam kedai. Tambah pulak kalau ada kawan macham Adik Manis yang begitu supportive; beli dulu, janji ada! Macham mana nak hangkut bawak balik Malaysia, belakang kira!

.

i.Z.Z.i.e:

Jawapan: Arabica.

4 thoughts on “Kopi O

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s