Good traffic gone bad

Haven’t I told you that I am a bit paranoid telling people where I live? I am not a good liar, so I don’t know how to make up stories. But I am a bit uncomfortable letting others to know mi casa.

But somehow, I still need to inform few people; like my boss, colleagues, and close friends. There were a few occasions I did not update my supervisor where do I live, as if I never pindah or whatsoever. As long as gua masih pergi kerja macham biasa, tak ada konflik di situ. Kecuali kalau nak buat claim pergi-balik (dari airport, contohnya) so terdedahlah maklumat sebenar kedudukan terkini markas operasi (operasi tidur?) gua.

Mukadimah panjang berjela sebenarnya untuk menerangkan betapa gua ini lebih gemar memilh lokasi markas operasi yang berhampiran dengan medan perang (read: opis). Sebab gua jenis tak boleh toleransi dengan kesesakan lalulintas. 1) Kesabaran gua sangat menipis. 2) Kondisi lutut kanan gua; osteoarthritis. 3) Gua taknak bazir masa atau ‘tua’ atas jalan.

Ada kawan-kawan yang tak kisah rumah jauh sikit, tapi sewa murah. Gua rela rumah mahal sikit tapi dekat dengan medan perang (rujuk justifikasi no.3). Tapi sejauh mana boleh lari dari kesesakan lalulintas di Klang Valley ni? Bila gua suarakan pada Mr.K, dengan nada sarkastik (seperti biasa) beliau akan bilang,

“Why not bina aja rumah tepi ofis?”

“Ofis you tak ada sewakan bilik dalam satu building ke? Tak payah susah-susah, keluar bilik-masuk lif-sampai ofis.”

I proposed to ride a bike. A scooter. But my proposal has been rejected without any review. Terus masuk bakul sampah.

He cannot comprehend how much I hate leaving home early in the morning just because to avoid traffic jam, and to get access for (the limited) free parking for staff. I also not fancy to pay RM15-25 per entry for carpark just to come a bit late (but still will be stuck in the traffic) to medan perang. Because in my mind, that RM15-25 per entry for parking fees macham-macham gua buleh guna. Bayar bill, beli beras, beli telur Gred C 30 bijik dua papan. Belum kira lagi tol yang jalan baru sejengkal dah kena bayor paling kurang RM2 (sehala).

Yes, I am a cheapskate liddat.

Solusi Mr.K adalah (selain daripada suruh park dan bayar dengan kadar sedikit rendah tapi kena jalan lebih daripada 2-3km dengan membawa laptop) -bangun pagi. Balik lewat sedikit supaya tak sangkut dalam rush hour di sebelah petang.

Tak suka jugak.

Gua insomnia. Tidur dalam 4-5am, pukul 6am dah kena bangun. By 6.30am kena keluar rumah. Just imagine bagaimana hazab nak paksa mata untuk tidur dan kemudian bangun dalam masa sejam baru lelap mata?

6.40am, kereta dah mula bersusun bumper-to-bumper. Kadang gua terpikir, pukul berapalah deme keluar dari rumah sebab sudah sampai ke kawasan rumah gua yang berhampiran dengan lebuhraya utama seawal begitu? Pukul berapa pulak deme bangun untuk bersiap-siap?

This is the ugly truth. The reality. Rakyat bangun pagi-pagi semata-mata nak mengelak trafik, demi mengurangkan kos pengangkutan dan tol. Jangan kata 6.30am, pukul 6am pun sudah ada yang memandu di atas jalanraya.

Pokok cerita kepada bebelan panjang berjela gua sebenarnya; minggu lepas trafik sangat behave. Sangat lancar. Sangat baik. Dari markas operasi ke medan perang ambil masa 10 minit.

Hari ni; semuanya tinggal sejarah.

7 thoughts on “Good traffic gone bad

  1. apa? sampai opis pukul 7am? aku pukul 7.45am baru bangun hahahahhahahahaha. the perk of markas cuma 3km daripada warzone. mesti berbulu je ko kan hahahah.

    rasa sayang kat tempat kerja sekarang sebab ni lah. dekat, jimat. lunch time balik makan di rumah sambil berbogel-bogel menyejukkan badan (eh? hahah), kemudian boleh nap lagi hahaha.

    tapi tu lah. bab privacy memang ke laut sikit. students sibuk tanya aku dok mana. maka aku tunjuk bontot, ni duduk kat bontot ni. hahahah. sebukkkkkk je tau nak tau. macamlah nak tolong aku mengemas rumah ke hapa haha.

    • dulu ako pernah duduk sedekat-dekatnya dengan medan perang. markas operasi dari berjalan kaki 20 minit (jarak perjalanan jadik jauh sebab kena u-turn), dipendekkan dengan perpindahkan markas yang cuma 5-7 minit jarak perjalanan (jalan berlenggang kangkung dan lemah gemalai). kalau bulan posa kena tang ABC pulak tu..memang ako balik rumah tanak nasik.

      ako benci ko sebab dapat bangun 7.45am!

  2. Dulu jenis x berapa kisah sangat duduk jauh mana pun ofis. tapi sejak dah pindah dan duduk lebih kurang dekatnya dalam 5 minit tanpa traffic jam memang heaven. dah meningkat usia malas nak fikir benda remeh temeh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s