Juta

7,5j pekerja asing secara total, termasuk 1.5j warga Bangladesh yang akan dibawa masuk. Manakala 6.5j adalah jumlah tenaga pekerja tempatan.

I am not against the immigrants. Tak boleh dinafikan, kalau teda depa-depa semua memang kita belum tentu ada bumbung atas kepala, ada dinding keliling yang boleh dipanggil rumah. Belum tentu kita dapat makan sayur, ayam, lembu, kambeng. Sebab depa bekerja sebagai buruh di hampir semua sektor. Ladang, kilang, pembinaan, perkhidmatan, keselamatan.

Tapi bila dah terlalu ramai masuk ke Malaysia, bukankah patut ada suatu kajian menyeluruh tentang kesan kemasukan buruh asing? I am no expert in economics studies, tapi bukankah aliran tunai ringgit akan menderu-deru keluar apabila buruh asing hantar duit ke negara asal?

Macham mana pulak dengan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan? Sedangkan yang ada sekarang pun ramai menganggur.

Oke, fine. Rakyat Malaysia memang memilih kerja. Tak mau kerja yang kena perah keringat, berpanas-berhujan-berembun, yang busuk-busuk. Sebolehnya nak kerja dengan ekon, depan laptop. Baru ada kelas.

Tapi kalau sampai pelayan di kedai-kedai makan, terutamanya di kopitiam-kopitiam franchise hampir kesemua warganegara asing, lagu mana pulak tu?

Antara sebab gua makin kurang makan di luar (selain daripada rasa yang taklah sedap mana, tapi sepinggan makanan punyalah mahai) adalah kerna pelayan-pelayan dan pekerja di dapur adalah bukan rakyat Malaysia. Yang gua perhatikan, rakyat tempatan hanya kelihatan bekerja di Starbucks, Coffee Beans, Secret Recipe (dan mungkin ada lagi restoran/cafe franchise yang gua tak biasa pergi).

Coba pergi ke kawasan Kota Raya pada hari Ahad. Jangan berjalan kaki tapi telusuri tiap lorong dan jalan dengan kereta. Pernah sekali gua saja-saja lalu di laluan yang sama yang biasa gua gunapakai untuk ke Bukit Mahkamah/Jalan Raja Chulan (pada hari bekerja), cumanya kali ini di hujung minggu. Gua terkesima. Di kiri kanan penuh dengan buruh asing yang berliburan. Tak langsung seperti di Malaysia. Malah, kiri-kanan deretan kedai hampir semua peniaganya dipelopori warga asing. Billboard penuh dengan iklan penghantaran wang ke negara asal, dan panggilan murah IDD.

It gave me a chill. Tiba-tiba rasa takut nak berjalan kaki dalam situasi begitu apabila menjadi minoriti. Rata-rata mereka adalah lelaki. Sedang ada warganegara Indonesia wanita yang melintasi sudah ada yang berani mengekori. Masalah gangguan seksual, rogol, bukan sebuah momokan atau provokasi. Memang ada kes yang terjadi.

Tidak dapat tidak, gua tengok di bahu-bahu jalan. Sampah berterabur, ludah tersembur.

Tak mustahillah kalau penyakit jaman 80-an/90-an kembali semula. Tibi, umpamanya. Bukan semua yang masuk secara halal, bukan semua jugak yang mendapatkan suntikan vaksin dan pelalian.

Syukurlah Malaysia masih aman, kannnnnnnnnnnn?!

Tapi jujur gua mahukan Malaysia cepat-cepat kebah dari kekalutan segala percaturan pemimpin atasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s