Sebab tengah rajin menulis

We’ll see whether I can write as many entries as I could. Why so? Because as for now, I still have plenty of time to do so.

As for now.

Tapi gua ni malas nak menulis pasal isu-isu semasa. To be frank, dah terlalu banyak berita-berita yang meruntunkan jiwa, meruntunkan akal, dan meruntunkan kewarasan minda. Tak rasa ke yang kita umpama hidup di alam kemurungan yang berpanjangan? Oleh yang demikian halnya, marilah kita top-up semangat dengan berita-berita gumbira tetapi pada masa yang sama tidaklah pulak mata sebelah dibutakan dengan kesusahan dan kepayahan orang lain yang kurang bernasib baik.

>>Books?

I would love to write and share so many things about books and novels. Buku memang banyak untuk dibaca, tapi nak mencari masa itu yang payahnya. Actually, masa tu ada. Setiap orang sama 24 jam sehari. Mungkin gua masih gagal dalam menguruskan bab yang satu itu. But hey, gua dah habis baca Hogwarts Library: Quidditch Through the Ages, Fantastic Beasts & Where to Find Them, dan sekarang tengah baca The Tales of Beedle the Bard. Ini bukan apa, ini namanya persediaan untuk setahun lagi menunggukan filem Fantastic Beasts & Where to Find Them.

Ini kalau orang tanya, buku 3 serangkai ni memang gua tak dapeklah nak jual. Ini namanya koleksi sendiri.

Gua cadang nanti, nak pakai House Robes takpun Quidditch Robes bila nonton Fantastic Beasts & Where to Find Them kat panggung. Ha ha! Kira apa walaupun kisahnya kali ni pasal Newt Scamander! Yeah, imma crazy liddat!

Nanti kendian-kendian gua kongsi koleksi gua yang tak seberapa ada. Supaya senang kalau mengkome-mengkome travelling nanti, bulehlah gua kirim skali! Puahaha. Nampakkkkkkk tak strategi di situ?

Novel Spring Cleaning [Batch 2] akan gua update sesudah siap list yang terkini. Ada buku Vampire Diaries, 50 Shades of Trilogy, yang merupakan koleksi sahabat gua Adik Manis Yuulina. Kalau terlepas entry Batch 1, ada gua tepek link di sidebar untuk memudahkan rujukan.

>>The unfortunate events.

Mesin basuh rosak. Jadik gua ingat nak repair sahajalah. Yang rosak cuma control board panel. Button “START” tekan-tekan semacham dah short-circuit. Tunggu-punya-tunggu, Sabtu lepas baru sorang repairman (Pakistani) datang rumah. Lagi pulak gua tak berani kalau orang mai repair tapi gua sorang-sorang kat rumah. Nasib baik Sabtu lepas Adik Manis ada sekali.

Control panel board kena carik kat kedai sparepart. Senin baru gua tau, harga RM320 skali dengan pasang. Alang-alang dah RM300++, baik gua beli yang baru aja. Sayang memanglah sayang, sebab mesin masih elok, automatik pulak. Bukan rosak apapun. Lalu cariklah yang baru di kedai listrik dengan kadar segera (sebab baju dah di paras ketinggian banjaran Himalaya). RM780 untuk 7.2kg, Toshiba. Salesgirl kata gua rugi, sebab 2 hari sebelumnya baru habis buat stock clearance. Mesin yang sama dapat RM690 daripada harga asal RM890.

Tarik napassssssssssssssssssssssssssssssssss.

Hari ni gua check IKEA Family points gua. Sebab birthday month, selalunya first purchase akan dapat point berganda. New Year aritu pergi shopping sama Kanda Massabrina. RM800++ kat situ aja. Ingatkan dapatlah 1600++ point. Ropanya, first purchase yang gua swipe dengan IKEA Family adalah masa breakfast. RM15. Dapatlah 30 point~~

Tarik napassssssssssssssssssssssssssssssssssssss lagik.

>>25%

Sepertimana Tuan Penasihat dalam filem 3 Abdul, gua dapat 25% untuk sebarang pembelian buku di MPH Online. Makanya?

BUY ALL THE BOOOOOOKSSSSSSSSSSSSSSSSSSS~~~!!!

2 thoughts on “Sebab tengah rajin menulis

  1. kau makan apa sampai hormon rajin menulis ni melebih-lebih? ke ambik aura nak tulis thesis? hahaha. all the best beb sambung belajar. bersamalah kita berjuang sebab aku pun belum habis lagi study kah3.

    pasal mesin basuh tu, memang kalau panel board lingkup adalah lebih baik beli baru sebab harga panel board tu mahal nak arwah. mak mertua aku pun mengalami masalah yang sama dah dua kali; kali pertama masa masih dalam warranty, dan yang kedua baru-baru ni. kami dok kata mesin branded tapi cikai kualiti hahaha tapi orang kedai cakap puncanya water pressure too low pun boleh buat mesin jahanam. rumah mak mertua aku memang air tahap kecing tikus pressure hazabedah hahaha.

    and lagi satu aku macam terbuat konklusi, orang pakistan memang pandai repair barang letrik, kan? sebab kat area rumah aku ni pun orang pakistan yang conquer bab repair-repair ni hahahah.

    • Sebenarnya, panjang cerita mengapa kenapa bagaimana bila dan siapa yang menyebabkan ako merajinkan diri menulis ni. lagi satu, kena cerita ceriti secara intimasi (gitu!). oh, terima kasih bab sambung belajar tu. ako agak ketaq lutut sebenarnya. banya prep-reading kena buat tapi diri tak berapa nak rajin lagi. all the best to you too untuk meneruskan perjuangan!!

      tapi water pressure umah ako kuat wehhhh!! tapi mesin basuh tu pun memang dah dikira warga emas pun. tapi lagi skali ako nak cakap jugak, bukan pakistani sahaja, malah bangladeshi pun rajin buat keja-keja repair/betulkan rumah. ako syak, depa ni rajin cari rejeki tak kiralah asalkan dapat duit. itu yang betulnya. kan kan kan?

      babe, congrats dengan kandungan! semoga semuanya selamat hendaknya. amin~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s