Room of Requirement

I turned 30, proudly to say.

I am not afraid of the increasing numbers. Not afraid in a way of getting old, the wrinkles, and all. But of course, I do afraid of mati. Setahun tua lagi bermakna setahun lagi dekat dengan mati. Amal yang nak dibekalkan dengan kematian tu tak cukup pun dengan angka hidup selama 30 tahun tu.

I lost Tok.

Tok, my maternal grandmother.

September 2015.

Panggilan telefon yang paling gua takutkan selama ni akhirnya menjengah tiba. Panggilan perkhabaran tentang kematian.

Tok meninggal sebab sakit tua. 89 tahun tapi kalau ikutkan, usia arwah lebih lagi. Tahu je lah, hidup jaman Jepun mana ada data dan rekod yang tepat. Tarikh lahir pun agak-agak aja.

Arwah meninggal di Penang. Kebetulan, memang gua dah bawak arwah Tok dan Makcu tinggal di Penang atas persetujuan semua pada Disember 2014. Sebab susah nak ulang-alik dalam kejauhan Penang-Pekan kalau jadi apa-apa kecemasan. Lagipun di Pekan dah tak ada siapa-siapa, kecuali sepupu Mak/Makcu.

Gua tak sempat jumpa arwah buat kali akhir. Arwah meninggal lepas Zohor, sedang elok gua touched down di Penang Airport arwah dah selamat dikebumikan lepas Maghrib. Mak dah pesan awal-awal, dia takkan tunggu siapa-siapa. Jenazah akan disegerakan untuk dikebumikan.

Pesan Mak yang selalu gua ingat, jangan dikejar yang dah meninggal. Sebaiknya masa hayat ada yang patut dihargai. Kalau tak jenguk nampak muka, telefon apa salahnya? Kalau nyawa dah terpisah dari jasad, waktu tu nak menangis menyesal, ralat, dan terkilan dah tak ada guna. Jasad dah kaku beku. Masa masih boleh bercakap tak mau diendah. Kenapa saat Allah dah tarik nyawanya baru nak diajak berbicara? Takkan jasad bangun tercongok semula.

Alhamdulillah, arwah pergi dengan tenang. Rezeki dia, Allah permudahkan dari semua segi. Baik dari segi mandikan mayat, kebumi, semuanya lancar. Wajahnya bersih dan berseri umpama bayi. Memang sepanjang hayatnya, arwah jenis tak berdengki diri. Biar dianiaya, ditipu, diumpat-keji, arwah tak pernah simpan dalam hati. Arwah selalu pesan pada anak cucu, “Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.”

Arwah pergi dengan meninggalkan suatu lohong hitam dalam hati gua. Semoga arwah tenang di sana. Semoga arwah dapat berjumpa dengan arwah Tok Aki yang terpisah hayatnya hampir 30 tahun lamanya. Dan semoga arwah dapat berjumpa dengan anak lelaki yang meninggal saat bayinya.

Al-Fatihah untuk Fatimah Wan Chik.

Untuk gua yang tak pernah menerima berita kematian insan tersayang dan keluarga terdekat selama hidupnya, kematian Tok berikan impak. Rasa kehilangan yang tak mampu diucapkan. Allah. Bukan senang nak pujuk hati meredhokan pemergian. Tapi gua tahu, setiap yang hidup pasti akan pergi. Cuma masa, tempat, dan sebab kematiannya sahaja yang berbeda.

Di usia 30 tahun ni, tidak boleh tidak gua kembali menoleh semula ke belakang. Untuk 10 tahun yang lalu, sewaktu gua masih di usia 20-an apa yang gua lakukan? Apa yang gua capai, apa yang boleh dibanggakan?

Teda apa yang begitu signifikan. Itu untuk yang di donia fana, untuk yang akhirat sana? Malu bila tengok bahu kiri dan kanan sendiri.

Kali ini, gua tak mahu menoleh ke belakang dan menyesal lagi. Untuk tahun-tahun mendatang biarlah gua hidup berdasarkan mahu-Nya, atas redho-Nya. Nak betulkan diri jua, perlahan-lahan pun tak apa. Gua nak capai dan buat apa yang gua inginkan, supaya di usia 40-an nanti gua takkan berkata sekali lagi kepada diri, “What the hell you did in your 30’s?”

“Man surprised me most about humanity. Because he sacrifices his health in order to make money.
Then he sacrifices money to recuperate his health. And then he is so anxious about the future that he does not enjoy the present; the result being that he does not live in the present or the future; he lives as if he is never going to die, and then dies having never really lived.”

RoR

RoR2Lalu gua berikan wajah baru kepada sebuah bilik yang selama ini gua jadikan mini library dan bilik solat. Bilik yang mana gua susun segala memori yang gua kutip selama hidupnya, segala kesukaannya, bahan bacaannya, koleksinya. Sebuah kamar yang akan menjadi tempat gua berkubang menuntut ilmu, dan mengadap Dia untuk berjanji-temu.

Kamar yang gua namakan: Room of Requirement.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s