Never stop learning; in pursuit for a Master’s Degree

Bilamana jalan yang satu seumpanya terhalang dan tak nampak cahaya, jangan terus berduka. Jalan lain masih ada. Kalaupun pelan A tidak berjaya, masih punya 25 abjad lain lagi. Kalaupun sudah habis sampai ke Z, itu gunanya algebra. Apa lagi, tambahkan nomor pula di hujungnya!

Seperti gua pernah cheritakan sebelumnya, dengan keadaan ekonomi dan tukaran matawang asing-RM begitu lemah, tambah tiada lagi penawaran biasiswa seperti tahun-tahun terdahulu makanya gua perlu untuk ada pelan B. Mungkin kali ni surat tawaran The University of Sheffields gua boleh print-out dan gantungkan dalam frame sahaja. Mustahil untuk pergi ke sana dengan pinjaman lebih RM200k. Lalu universiti tempatan menjadi pilihan. Gua nekad, keputusan kali ni takkan sekali gua berundur. Niat dan tekad sudah bulat. Andai ditunggu lagi, usia makin menginjak tua.

Universiti Malaya menjadi keutamaan. Universiti yang menjadi idaman gua dari dahulu lagi. Universiti tertua di Malaysia, yang penuh dengan prestij dan punya sejarahnya tersendiri. Tambah pula, kali ini mod pengajian bukanlah sepenuh masa. Ya, mungkin agak terkejar-kejar dengan tugasan di tempat kerja dan kemudiannya belajar pula. Tapi andai orang lain bisa melakukanya, kenapa tidak gua? Kadang gua terlalu afraid of the unknown dan selalu self-doubt.

Memandangkan Sem I sudahpun berjalan, gua nantikan permohonan baru bagu Sem II dibuka semula. Beberapa universiti menjadi pilihan selain UM iaitu universiti alma mater gua, dan UiTM juga. Selain daripada reputasi tiap institusi, jarak dari rumah perlu diambil kira juga. Sebab kelas untuk program master separuh masa lewat habis kuliahnya. Perkara-perkara begitu jangan terlepas pandang. Dari segi tuition fees, UiTM memang yang paling murah. UM dan UKM sudah gua sedia maklum agak cekik darah.

Setakat hari ini, gua sudahpunya ditawarkan beberapa kursus. Semuanya berbeda bidang tiap satunya.

Insya-Allah. Moga semuanya dipermudahkan. Doakan gua.

Sebelum gua lupa, Selamat Tahun Baru 2016!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s