Spring Cleaning: Novel [batch 1]

Gua tak pernah berniaga, tak pandai nak berjualan. Tambah pulak nak buat marketing, lagiklah gua failed big time. Memang takdak ciri-ciri usahawan langsung. Selalunya gua adalah pembeli, kalaupun barang yang gua beli tu tak pakai dan masih elok, pun gua tak reti nak jualkan pada orang lain. Sedangkan banyak aja orang di luar sana yang menjual pre-loved items.

Entah. Gua tak yakin. Tak yakin ada orang sudi nak membeli barangan pre-loved gua.

Tapi semalam, saat malam mula menginjak ke tengah malam.. Gua disapa melalui FB page belog ini, bertanyakan andai gua tak keberatan untuk menjualkan novel yang ada dalam simpanan gua. Fifty Shades of Grey triology yang dimaksudkan.

Gua singkatkan namanya sebagai ANAN.

Ingat lagi bagaimana gila gua mencarikkan novel trologi Fifty Shades of Grey, UK printed suatu masa dahulu? Semata-mata sebab Ian Somerhalder menyatakan minat untuk memegang watak Christian Grey. Berlari berkejaran gua berkali-kali ke toko buku. Sudahnya, bila dah beli haram langsung tak dibaca. Hanya tersadai di lemari buku gua bersama-sama novel yang lainnya.

Moto hidup gua kalau mai tang novel: Janji ada, kemudian baca. Let it just sit there and be pretty for me.

Tambah pulak kemudiannya Ian Somerhalder tak dapat pun watak tu. Dapat kat pelakon lain. Lepas tu pelakon tu tak jadik pulak, ganti dengan orang lain. Sekali orang lain tu berlakon filemnya macham takdak perasaan *batuk batuk*. Lepas dah tak berjaya, dan-dan takmo berlakon dah the next sequel.

Masa ni lah baru Malaysia kecoh pasal Fifty Shades of Grey. Novel dah masuk pasaran seawal 2011-2012 (gua beli masa 2012), tapi baru sekarang nak banned. Tu pun lepas filem tak lepas nak tayang kat Malaysia. Sebelum ni depa buat apa tatau?

Bagi yang nak mencari novel sebagai koleksi, memang tak dapat dah nak beli di toko-toko buku. Lalu ANAN mencoba nasibnya. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Untung ANAN malam tadi memang sabut. Sebab tanpa berfikir panjang, gua setuju sahaja untuk jualkan trilogy tersebut walaupun masih belumpun mukasurat pertama gua baca.

HAHAHA!

Kemudian terasa seronok pulak bila ANAN pun teruja sama untuk menunggu tibanya novel ke pangkuan. Gua tahu perasaan itu. Perasaan bagai nak gila mencarikkan novel yang diingini, kemudian selepas bersusah-payah mencari akhirnya menunggu masa untuk berada dalam genggaman. Perasaan itu memang mengujakan.

Oleh yang demikian, gua pelan-pelan nak let go kan beberapa novel yang ada dalam simpanan. Terutamanya novel Melayu. Masih banyak lagi yang belum gua baca, kalau nantinya gua rasakan mahu dijualkan, gua akan tepek di sini. Tapi untuk batch yang pertama, gua senaraikan dahulu.

novel_batch1**updated on: 6th January 2016

**Harga tak termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju.

Berminat? Boleh email kat driedroses.izzie@gmail.com

Beli banyak nanti gua kira timbang kati.

5 thoughts on “Spring Cleaning: Novel [batch 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s