December 2015

Bulan yang paling gua suka. Bulan yang selalunya boleh coti panjang tanpa rasa bersalah sebab masing-masing nak habiskan coti dan tinggalkan sikit untuk carry forward ke tahun depannya nanti. Bulan paling banyak sales merata-rata sebab Christmas, dan belog gua turun salji. Kalau Christmas nanti, boleh atur ranchangan tv sebab banyak kartun akan tayang dari pagi.

Christmas kali ni gua coti panjang balik ke Penang. Tekak gua ni memang dah tak berapa nak lalu makan lately ni. Asik termenung mikir nak makan apa, nak masak apa. Makanpun rasa tak puas. Gua syak, gua kena mencemar duli kat lorong-lorong di Chowrasta dan Penang Road nanti. Jadik tong lagik. Belum kira apa yang Mak akan masak kat rumah. Afdhol rasanya kali ni gua bawak training shoes sekali, pusing Ayer Itam Dam tu. Turun dari dam, boleh pekena assam laksa kat pekan lama Ayer Itam, pastu beli egg tart sama cream puff kat bakeri. Takpun pekena roti teloq dengan teh ais paling surrrrr kat foodcourt market Ayer Itam.

Perghhh~~! Planning memang syiok. Tapi nak mangkit pagi tu kompom macham nak kena pergi berperang.

Calling for Makyon. Sila kosongkan jadual anda.

Cuma tak best, masuk tahun baru. Setahun tua lagi. Tup-tup gua dah 30. Bila ingat-ingat balik, rasa macham baru semalam gua pijak kaki dan mula kerja. Tengok-tengok, dah lebih tujuh tahun menghambakan diri. Pergi pagi, balik dah tak nampak matahari. Apabenda yang gua duk buat selama tempoh sedekat ni? Kena muhasabah diri dengan kadar segera. Takmo nanti bila capai umur 40 tahun, rasa tak accomplished apa-apa dalam hidup. Nanti rasa menyesal sebab banyak benda masih belum terlaksana.

Pernah rasa hidup terasa terlalu statik? Sebab manusia azalinya memang sentiasa mahukan perubahan. Kalau terlalu sama rutinnya, akan menjadi terlalu mundane bak kata orang puteh. Gua dah capai tahap otak beku. Perlu lakukan anjakan paradigma. Kalau ikutkan peranchangan, banyak benda baru nak ditempuh di tahun 2016. Selagi tak jadik, gua tak share lah kat sini. Kalau dah jadik nanti, kompom gua akan pukul bedok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s