Encik Suami

Gua dah bilang, sebarang kerosakan hati kau kena tanggung sendiri makanya barangsiapa yang tersentap atas sebarang penulisan gua, mohon bubuh plaster ke atas luka kau ya!

I want to speak my mind. Pandangan kita tak pernah sama. Please, let’s agree to disagree.

Kau dah kawen, tapi gua tak rasa comelpun kau panggil laki kau dan menulis setiap benda di Facebook dengan panggilan “encik suami”. Sebab nampak macham kau je nak comel-comel sedangkan laki kau tak panggil/tulis kau sebagai “puan isteri” pun! Haha!

Gua tengok laki-laki yang dah ada bini ni rilek aja. Takdepun nak canang panggil bini gitu-gini. Ada tak ada, “mem besar”. Itupun gua rasa biasa sebab filem P. Ramlee pun dah biasa sebut.

Geli weh panggil encik suami-encik suami ni.

Pengaruh tajuk novel banyak sangat, tu lah pasal!

Sama dengan peniaga online/komen-komen perempuan yang sikit-sikit panggil sis.

Mak gua tak beranakkan kau pun!

Sis sana, sis sini. Panggil nama ja tak buleh? Takpun panggil je kak.

Sama macham bro. Gua dengar macham beruk.

Hoi, meremang taik telinga gua!

7 thoughts on “Encik Suami

  1. harharhar… nasib jarang guna inche suami (alasan nak lari dari kena kutuk)
    dulu selalu guna inche somi dalam blog sebab rasa macam tak best nak panggil laki laki laki sebagaimana tak suka dengar perkataan bini instead of isteri.
    tapi sekarang ni dah jarang sangat rasanya guna nama tu sebab bila dah makin tua makin rasa tak kuasa nak cerita pasal suami sendiri macam budak-budak baru kawen maka tetiap hari nak kena update gambar laki. oke tu lagi musibat.
    rasa menyampah bila laki beli nasi lemak pon nak upload kat fb.
    so dapat rasa orang lain mesti meluat jugak kalau haku asik sebut doplohpatjam. makanya guna nama “inche somi” bila perlu je….
    eh tapi aiolls guna nama tu sebelum novel2 keluar tajuk “semua tentang SUAMI AKU…” tau.
    ahahahahaha :’)

    • ala.. i je yang alergik. orang lain dengar i kutuk-kutuk macham ni, kompomlah derang pun alergik dengan i.
      kang kalau i list down i punya alergik dengan trend orang skang ni, lagiklah kena kutuk bajet bagus. kah kah kah..

      • ahahaha kita memasing memang ada alergik.
        tapi bila kita suarakan alergik nanti orang cop kita ni takde life la
        life dorang so dorang pya suka la
        fb dorang dorang punya hal nak letak apa la pastu siap cakap kita ni yang hatinya hitam
        aduyai zaman sekarang ni takleh tegur sikit, terus tercuit melenting

      • kan.. serba tak kena. generasi kita adalah generasi yang cepat melatah
        terlalu banyak kemudahan, terlalu banyak pendedahan..dan katanya hak masing-masing
        siapa kita untuk persoalkan?

  2. hahaha sbb peniaga on9 ada yg xtulis nama, dia tulis id “tudung bawal murah” hehehe.. Dan dari pihak cust pulak itu tanda2 bodek, bajet bole dapat harga adik beradik 😂😂😂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s