Wedding Songs

Gua berjaya habiskan Gossip Girl dari season 4 hingga 6, kemudian sambung tengok The Vampire Diaries dari season 5 sampai season 6. Seru tu tak sampai selepas hakikat yang sohih bahawa Ian Somerhalder dah kawen dengan Nikki Reed. Dinda tak redho! Tetap jugak nak NIAN. Oleh yang demikian, gua tengok TVD pun ala-ala pelamin anganku musnah gitu. Habis tengok terus delete. Punyalah broken hearted. Putus chenta pun tak semacham ni tau!

Eh, gua mana penah putus chenta. Hik hik.

TVD dah makin meleret pada gua. Tapi selain daripada alasan kukuh nak tengok Ian Somerhalder tu, alasan lain adalah kerna lagu-lagu dalam drama TVD. Banyak lagu-lagu yang menjadi kegemaran gua dari drama ni.

Terkini lagu (cover version) sewaktu perkahwinan Jo-Alaric. Gua suka gila. Pastu gua pikir-pikir balik, apa ke sick gua ni sebab suka lagu-lagu latar di waktu perkahwinan yang berakhir dengan tragedi?

Macham lagu The Rains of Castamere; dalam Game of Thrones. Dimainkan semasa Red Wedding. Lagu tu saja buleh buat berdiri bulu roma (kalau hati tabah, sila tengok klip “Red Wedding”, takpun sila dengar yang cello version). Lepas tu dalam TVD pun sama, Jo kena tikam kat perut dalam keadaan tengah mengandung anak kembar. Shit shit shit!

Pastu gua teringat balik, mujurlah wedding song Edward-Bella takdak pertumpahan darah. So gua rasa, gua tidaklah sick mana. Hanya telinga gua yang pandai menghayati melodi dan bait-bait lagu sedap, gichewww!

Lagu Sam Smith untuk OST James Bond-Spectre sedap gila hoi!

Tadi sembang dengan Inche K, kemain gua bilang gua banyak gila wedding songs dalam list gua. Kompom susah nak buat pilihan. Anganan sangat, nak wedding songs bagai. Lagu omputeh pulak tu. Padahal kalau dah namanya walimatul-urus tu, tak lain lagu “kompang di paluuuuuuuuu pengantin baru..duduk bersandinggggg tersipu malu.”

Hik hik. Eh. Gua suka lagu-lagu kawen oldschool. Itu yang paling best. Cukup tak berkenan kalau pasang lagu tak kena dengan tema kawen. Nak-nak kasik lagu Pelamin Anganku Musnah, takpun Tenda Biru. Gila keji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s