Dah lama tak buat, sesekali macham seronok lah pulak

Diambil dari belog https://zaizaluvme.wordpress.com/. Kadang-kadang dengan diajukan soalan dan pertanyaan baru dapat kenal diri sendiri.

1. Bekas kekasih saya adalah…
Masih dengan kekasih awal dan harapnya biarlah jua yang paling akhir. Orang yang sama untuk 11 tahun tahu?!

2. Saya sedang mendengar…
Dance Me To The End of Love.

“Dance me to the wedding now, dance me on and on
Dance me very tenderly and dance me very long
We’re both of us beneath our love, we’re both of us above.”

Gila romatis lirik dan melodinya.

3. Mungkin saya patut…
Fokus dan sambung melengkapkan aplikasi dan permohonan masuk yang sepatutnya gua dah submit awal-awal. Asik bertangguh, memang takkan jadi!

4. Saya suka…
Tido. Stress -tido, tak stress pun tido. Lebih suka tido di siang hari dan berjaga di malam hari. Gua rasa, gua silap GMT lah.

5. Sahabat-sahabat baik saya…
10 jari pun tak habis bilangannya. Quality above quantity, gichew! Ada sahabat tak bermakna kena sentiasa berkepit, kena sentiasa mesej, kena sentiasa telefon. Sebab masing-masing ada kehidupan sendiri, ada klorga. Tapi walau dalam apa keadaan, kau tau dia ada untuk kau.

6. Saya tak faham…
Apakah relevennya Add Maths dan Calculus yang gua belajar sampai pecah kepala dalam kehidupan harian? Apakah kegunaan cacing-cacing kerawit (pengamiran) yang susah nak mampos itu? Kenapa pengiraan yang sepatutnya hanya ada nomor kemudian dimasukkan pulak abjad?!

7. Saya kehilangan..
Nenek gua. Masih tak mampu nak merungkaikan perasaan sedih dan berbuku dengan kata-kata, mungkin dalam penulisan semuanya dapat dihamburkan.

8. Ramai yang berkata..
Muka bulat.” Jilaka lah wei, kalau gua boleh pilih gua pun mau muka bujur sireh!

9. Makna nama saya..
Makna Izyan: Perhiasan. Gua tak pandai Arab tapi kawan gua kata itulah maksudnya. Izyana tu kiranya dengan fathah, kalau diwakafkan bunyinya Izyan. Kalau beliau kelentong gua, lu orang pun kena kelentong jugak lah.

Tapi, PERHIASAN?! Perghhhhhh!! Perhiasan mata? Perhiasan di hati teruna? Perghhhh..buleh buat lagu!

10. Cinta itu adalah..
C-I-N-T-A K-I-T-A. XPDC. Dulu kecik-kecik dah mula belajar mengeja c-i-n-t-a. Kau ada?

11. Di sesuatu tempat, seseorang sedang..
Mati. Melahirkan anak. Berak. Korek hidung. Have sex.

Benda random. Seseorang di suatu tempat musti sedang buat sesuatu.

12. Saya akan cuba..
Kurang bertangguh. I am major in procrastinating.

13. Ayat selamanya membawa maksud..
..hati ini akan selalu memujamu.

14. Telefon bimbit saya..
iPhone 5 dengan cover Gryffindor.

15. Bila saya terjaga dari tidur..
Gua akan menyesal sebab malam sebelumnya gua tak tido awal lepas tu nak bangun rasa macham nak kena paksa pergi berperang. Gua tak rela nak bangun dari katil yang memanggil-manggil untuk terus sama-sama bersenggama sampai jam 12 tengah hari.

16. Saya paling meluat apabila..
Apple polisher di dalam kelompok rakan sekerja. And walk the talk, please. Don’t just talk rubbish.

17. Pesta/Parti adalah..
Not for me. Even parti harijadi pun gua rasa awkward.

18. Haiwan paling comel yang saya pernah temui adalah..
Segala jenis species kucing kat Cat Cafe, Myeong-dong, Seoul. Kecuali Egyptian Cat yang cuma ada kulit tu ha.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya..
Gua hidup seadanya, tak kira dalam duka mahupun bahagia di setiap peringkat usia. Tapi kalau nak tulih jugak, gua nak kata semasa tempoh gua di Hogwarts tempoh hari lah!

20. Hari ini..
Hari Rabu.

21. Malam ini saya akan..
Tengok Dil To Pagal Hai kat TV2. TV2 kurang sikit nak potong-potong/iklan. Kalau TV3-suku, dalam masa setengah jam tu, 10 minit tayang filem, 20 minit tayang iklan. Belum kira potong sana-sini sampai tatau jalan cerita jadik apa dah.

22. Esok pula saya akan..
Kira berapa jam lagi nak tiba waktu coti hujung minggu.

23. Saya betul2 inginkan..
Bersekolah di Hogwarts.

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
“Macham mana kulit muka orang spotless aja? Tipulah kalau kata makan kolagen bagai. Puiiii~!”

25. Pusat membeli belah atau arked permainan..
Katil laaaa..katil.

26. Makanan Barat atau Jepun..
Gua buleh telan dua-dua. Tolak batu sama kayu aja beb!

27. Bilik yang gelap atau terang..
Tido dapat dimaksimakan dengan keadaan bilik yang gelap dan sejuk nyaman tanpa gangguan.

28. Makanan segera adalah..
Banyak MSG, banyak aji. Botak kepala nanti. Lepas tu kalau makan, kompom rasa dahaga semacham.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang..
OK.

5 thoughts on “Dah lama tak buat, sesekali macham seronok lah pulak

  1. Ok dah boleh komen! Buat rasa nak bukak post lama nak komen😛 kekekek..
    Kamo ada kawan lagi ramai dr saya! Kawan sy 5 jari xhabis.. ;/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s