Izzie masak: Burrito

Gua jarang-jarang buat entry pasal masakan dan resepi sebab sedor bahawasanya diri ini tidaklah pandai masak tara mana. Makan pandai. Tapi hobi gua adalah menonton rancangan masak-masak, kemudian gua akan berasa lapar lalu berkuntaulah gua di dapur masak nasik. Tengok rancangan masakan Jamie Oliver, Ina Garten, Anna Olson, Gordon Ramsay, tapi tetap masak nasik gitu! Nampakkkkk???

Disebabkan gua kan konon-konon rajin bawak bekal pergi ofis, makanya gua selalu pikir apabenda yang boleh gua masak dengan cepat tapi sedap? Boleh dijadikan breakfast dan jugak lunch?

Lalu gua ingat adik manis Yuulina pernah buatkan grilled chicken and baby spinach in ciabatta (betul kan ni adik manis?) tapi nak dapatkan ciabatta tu manalah gua nak korek hari-hari kan? Oleh yang demikian, gua gunakan tortilla wraps jenama Mission yang mudah gua beli kat Giant.

Yang penting di sini, bumbu nak perap ayam tu. Gua gunakan dada ayam, tanpa tulang. Sea salt, black pepper, paprika, cajun, dan sedikit serbuk buah pala. Sebab dah ada, gua masukkan jugak dried rosemary dan thyme sebagai penambah perisa. Lumurkan semuanya ke dada ayam, dan akhir sekali gua tambahkan sedikit minyak zaitun. Nak senang, masukkan semua rempah dalam zipper bag dan perap ayam dalam tu aja. Tak payah banyak bekas. Masukkan dalam peti untuk 2-3 jam.

Kan gua cakap, gua akan pikirkan cara paling singkat nak sediakan semuanya? Makanya gua akan grilled ayam siap-siap sebelum masuk tidur, besok pagi hanya perlu assemble sahaja. Gua sayang tidur hoi!

Gua gunakan kuali ajaib. Gunakan api yang kecil dan tutup kuali sepanjang proses grill supaya ayam masak sepenuhnya. Bila dah masak, carik-carikkan ayam macham nak makan soto tu.

Ini rahsia adik manis; lepas carikkan ayam, masukkan sos Sriracha untuk menambahkan kepedasan. Kemudian grill sekali lagi untuk caramelize kan sos itu tadi. Cara gua pulak, gua masukkan sos Sriracha, sedikit EVOO, dan gaul semuanya. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Esok pagi baru grill sebelum nak assemble semua bahan-bahan.

Imej asal dari sini

Untuk tumbuhan-tumbuhan yang nak disatukan, terpulang kepada tekak masing-masing. Dadukan; timun Jepun, dan tomato. Boleh jugak tambahkan Romaine lettuce, dan hirisan bawang. Sangai sedikit apa-apa jenis kekacang yang ada; gua gunakan pumpkin seeds, kadang-kadang pine nuts. Ikut mood gitu. Kekacang akan tambahkan tekstur pada hidangan tersebut.

Toastkan sedikit tortilla wrap dalam non-stick pan. Agak-agak dah sejuk, sapukan apa-apa jenis sos sebagai base. Gua gunakan sos Thousand Island. Kemudian boleh mula campakkan segala jenis sayur yang dah siap potong tadi. Gua letakkan jugak avocado sebagai menambah rasa lemak berkrim. Tabur kekacang akhir sekali. Picit lagi sekali sos Sriracha macham dalam gambar, dan kalau suka, perah lemon.

Tortilla wraps Mission yang kat Giant tu tak besar mana. Jadi sayur tu jangan letak terlalu banyak takut tak boleh nak gulung pulak nanti. Kalau taknak gulung, suka hatilah makan terabur macham mana pun.

Tips kalau nak gulung jadikkan seperti burrito; lapik dengan aluminium foil di bawah kepingan tortilla supaya bila dah siap assemble semua bahan, boleh terus gulung dan bungkus dengan senang.

Dengan lebihan grilled chicken yang sama, gua gunakan untuk sediakan spaghetti in aglio e olio. Dengan segala perapan rempah yang dah sebati dengan daging ayam, nyata hasil spaghetti aglio e olio gua tidak mengecewakan. Orang malas memang sentiasa akan carik jalan pintas😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s