Never underestimate the power of a common man, and flowers!

And so after 11 years of relationship, there is something that will make both of you tak kesah dah; kentut di depan muka, sendawa bunyi speedboat, mahupun terlena dengan dengkuran dan air liur basi dalam kereta.

Even diam (dengan syarat tak berkelahi) pun rasa selesa. Entah, tu untuk Mr.K dan gua kot.

Sementara gua masih boleh kutuk beliau, gua nak gunakan peluang itu sebaiknya. Ha ha ha!

Kita ketepikan 100 roses deliveries yang pernah beliau berikan kepada gua dolu-dolu tu. Gua nak cherita pasal bunga lain. Bunga-bunga kehidupan yang gua kena tabah, sabar, dan redho dengan ketentuan fitrah beliau.

Dalam 11 tahun, ulang-alik Cameron Highlands itu adalah perkara biasa untuk Mr.K sebab ada ahli klorganya masih di sana. Oh, CH adalah hometown beliau. Tapi dalam 11 tahun itu, tak sekalipun dia heran nak belikan apa-apa buah tangan untuk gua orang pulau ini.Well, gua panggil dia orang bukit. Kah kah kah kah.

Geddit?

So gua tak kecik ati tiap kali beliau pulang dengan tangan kosong, sebab gua rasa itu perkara biasa. Jangan haraplah seorang townie akan belikan segala souvenirs/barang dari hometown-nya, sebab gua pun macham tu. Gua pun hanya duduk melepak di rumah tiap kali balik Penang, jarang-jarang nak pergi ke town semata-mata nak beli jeruk. Remember last time gua pergi CH masa jaman Nora Elena tengah meletop? Langsung dia tak heran nak ke mana-mana walau dah sampai kat atas nun. Nasib baik gua tabah.

Tapi hujung minggu lepas, rajin pulak beliau menerima pesanan buat kekasih gua walau takdak harapan yang gua letakkan. Sekadar memesan sayur, buah, herba, pokok-pokok herba yang boleh gua tanam, dan bunga. Itupun dibalas dengan “tak janji” sebab hanya singgah di Tanah Rata. Gua oke sahaja. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Ropanya timbul sabut gua. Tangannya berisi penuh kali ini. Ada sayur, ada buah, dan bunga. Cuma tak ada herba-herba. Itu sudah cukup baik pada gua.

Cuma soklan cepu emas gua untuk ampa-ampa semua. Apakah bunga yang menjadi kelaziman orang akan beli kalau pulang dari CH? -Ros, bukan?

Tapi ini Mr.K yang gua kutukkan. Bukan sembarangan orang.

Tiga plastik jambangan bunga yang beliau belikan. Saat dihulurkan, gua tatau nak senyum atau nak ketawa. Dalam hati berkata, “Bunga orang mati/sembahyang mana pulak dah orang tua ni beli?”

Tapi gua tetap sambut huluran jambangan-jambangan bunga tersebut. Semustinya bukan bunga ros. Bila gua tanya bunga apa, jawapannya mudah “Dunno. I just buy whatever they have.”

Nasib baik hati gua ni dah lama kena train untuk terus tabah menghadapi situasi-situasi sebegini.

Hujung batang bunga gua kerat-kerat. Sebahagian daun gua cantas. Serbuk cut flower food gua masukkan dalam pasu tinggi; gua asingkan warna-warna bunga mengikut koordinasi warna yang bersesuaian supaya tak terlalu caca merba. Satu gua letakkan di ruang tamu, satu lagi di kamar tidur.

Selesai menghias, gua tatap susunan bunga sekalian. Chantek di mata gua. Walau hanya bunga biasa, pada gua serinya melebihi bunga ros yang sering dipuja-puja.


Peringatan untuk diri sendiri jua, jangan mudah memandang rendah. Ciptaan Tuhan sesungguhnya semuanya indah. Lalu gua hantarkan ucapan terima kasih kepada Mr.K dengan pemberian buah tangan dari CH,

“..already arranged the beauties. They are lovelies.”

Jujur.

Sampai ke hari ini, gua masih mengukirkan senyuman dengan bunga-bunga yang masih kembang dan menghiasi pemandangan. Masih segar, kembang, dan berseri.

Jua lebih menghargai tiap pemberian yang diberi. Bukanlah jumlah harga atau barang yang perlu dinilai, tapi ingatan dan usaha yang diletakkan harus dihargai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s