Kesan negatif

Kesan negatif apabila sudah mula berjinak-jinak dalam hobi berkebun; tak sabar nak tengok pokok tumbuh dan tuai hasil. Kalau tanam hari ni, sebolehnya nak pokok tu besar esok jugak-jugak. Takpun, dengan harapan bangun dari tidur terus keluarkan buah masak ranum.

Kesan negatif kalau sudah mula berdiet/bersenam; baru bersenam 5 minit atau kawal makan baru sehari, dengan harapan terus turun 5kg. Spring pada penimbang tu kalau boleh menjerit, dah lama dia maki hamun sebab kau timbang berat tiap 30 minit.

Gua 54kg ni. Hahaha. Gila tak bangga berat dari 62kg dah turun sampai ke 54kg?! Bagi chance gua nak brag, hokey! Lagipun, dolu gua pernah cakap..kalau gua kurus kompom ramai makan hati! Kohhhh kohhhhh kohhhhhhh.

Gua rasa, gua makan macham biasa. Tapi mungkin sebab amalkan minum air lemon panas sama green tea yang  beli kat Jepang aritu hari-hari kot. Senaman, setakat buat kerja-kerja di rumah.

Air manis memang gua jarang minum. Kopi pun minum black aja, tanpa gula.

Cuma sekarang gua memang banyak makan di rumah dan masak sendiri/bawak bekal ke opis. Gua tak rajin bangun pagi nak masak, so gua akan masak siap-siap sebelum tidur. Esok pagi, tinggal panaskan dan masak nasik aja.

Gua seksaited nak cherita pasal pokok-pokok gua sebenarnya.

Gua kan tanam pokok cabai kan? Aritu kemain bangga tak yah beli cabai. Sekali pokok gua kena serang dengan bena. Bena tu macham kutu lah, tapi kutu pokok yang selalu ada kat pokok cabai. Macham mana gua tau? Gua siap join group berkebun kat Facebook hoi!! Tak pernah hayat gua nak join group-group bagai selain daripada group nak sambung belajar. Tetiba group berkebun?? AMAZING!!

Pastu gua bacalah macham mana nak buat racun organik untuk hapuskan bena ni. Lalu gua pun ikutlah, sembur dengan istiqamah kat daun-daun pokok cili gua. Dua-tiga hari lepas, jerebu dah kurang sikit kat area KL. Dapatlah sinaran cahaya matahari secara pancaran terik dan terus ke bumi. Shinnggggg. Agaknya semburan yang racun overdose ditambah dengan pancaran cahaya matahari, habis kering kontang dan gugur semua daun-daun. Putik-putik dan bunga-bunga yang baru nak tumbuh semua gagal diselamatkan. Tinggal cabai yang tengah membesar sahaja. Batang masih elok.

Gua berzikir makin kuat dalam hati. Sedih sat. Tapi takpe, gua kan selalu learned the hard way. Kalau tak salah, tak belajar gitu. Oh, pokok cabai gua itu gua namakan Cici. Tak sesuai nama kot? Kena tukar nama ni. Cibai? Eh. Termencarut pulak. Caca pulak kot. Entahlah. Gua pasrah.

Pokok Kesum yang gua namakan Cik Som pun jadik merah-merah/kering daunnya. Mungkin sebab jerebu kot? Lalu gua telepon bini Pak Zin nak mintak ilmu. Bini Pak Zin cakap, kesum kena sentiasa berair. Merah-merah/kering daun tu mungkin sebab gua kerat masa tengah period. Haha. Ye kot. Petua orang tua-tua. Kadang ada benarnya.

Cik Sally (selasih) pulak kena tanah kering. Tak elok sangat kalau banyak air. Bini Pak Zin cakap lagi, kalau dah keluar bunga tandanya dah tua. Elok kerat supaya daun baru boleh tumbuh.

Chuck Bass (sweet basil) belum lagi gua tuai nak buat pesto. Biar kasik dia lebat sikit lah. Kang tak pasal terbantut sebab kena kerat di usia muda. Belum baligh gitu.

Incik Ramlee (parsley) agak membimbangkan sebab tak bertumbuh dengan jayanya. Kena banyak zikir lagi kot? Cik Min (mints) macham hidup bahagia. Pun kena banyak air jugak.

Sekarang kawan opis gua baru kasik Incik Dan Humphrey (pandan). Gua syak, ini pandan wangi. Tau tak ada beberapa jenis pandan? Yang gua tau dua jenis. Satu kaler pucat lesi tapi wangi. Satu lagi kaler hijau gelap tapi kurang wangi. Nak tanam pandan peringkat awal ni memang mencabar sebab dah dua kali percobaan gua gagal.

Cik Nyet (kunyit) pun sama. Mencabar jugak. Daun pengasuh baru ada dua helai. Bertabahlah Cik Nyet. Kau tak tumbuh, memang kau monyet!

Gua nak anak pokok kari, sapa ada?

Di bilik membasuh, gua cuba cambahkan Serena Van der Woodsen (serai), Charlize Theron (corriander), lemon, limau purut, limau nipis, limau kasturi. Tengok, betapa besarnya cita-cita gua.

Gua dah siap ada nama ni kalau berjaya mencambahkan anak pokok limau sekalian;

Limau Kasturi – Hang Kasturi

Limau Nipis – Slim Shaddy

Limau Purut – Ruby (Barbara Mori)

Lemon – Nicholas Tse (nama lain bagi Nicholas Tse adalah “Lemon”)

Kiut!

3 thoughts on “Kesan negatif

  1. Kesan Negatif Bila Hobi Membaca sudah kembali…
    abeslaaaa dok meroyan sebab baca dari pagi sampai malam lepas tu habis stok buku lepas tu meroyan kat seben nak suruh beli buku baru tapi tak dilayan…. cesssss!!
    ai pun tengah2 berangan nak tanam pokok cili. tapi nak pegi beli pasu kecik tu berchentaaaaa….
    nak tengok kalau berbuah nanti boleh tau ai ni garang ke tak… ramai sangat orang kata ai garang :p

    tak salah ada gugel ritu pasal pandan sebab nak tau nama pandan tak wangi tu.. tak salah ai ada 7 jenis pandan.. tapi satu pon tak pernah kenal and dengar kecuali pandan wangi (means ai tak jumpa nama pandan biasa tu)

    • hey hey hey..i kan nak jual novel2 i yang lama tu. why dont you just buy from me? hihi

      ramai orang cakap kat i kat sg buloh banyak nursery and pasu murah-murah. but to think abt going there, pun dah costly jugak. minyak+toll+masa. therefore, i beli je lah kat bangsar walaupun tak semurah di sg buluh nun. janji i bahagia. lol!

      pokok cili kalau berbuah boleh tau garang ke tidak? macham mana tu? kalau pedas -garang? eh?

      7??!! nasib baik lah i kategori kan 2 je; pandan wangi/pandan tak wangi. settle!

  2. haaa… u ada novel lama2 nass alina noah tak?? ai tengah menggila carik balik novel2 lama dia skrg… nanti u senarai kan novel2 u kalau rajin, kut2 la ada yang ai berkenan… boleh la ai beli🙂

    itula pasal nyer… jauh hoih nak kesana… kat rumah ai area aeon 2u tu ada nursery kecik tapi ai macam segan je nak kesana semata2 beli satu pasu. ahahahahahha.. tapi tengokla by this month nak beli jugak!!!

    yupp.. org kata kalau pedas menyengat tu memang garang melampau. macam mak ai dia jenis tanam semua sayur2an kat kampung ai and pokok cili berlambak2 dia tanam dari semua jenis. and semuanya pedass nak matik hoih… oke mak memang garang no wonder….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s