Dah bukan rejeki.. (Bahagian II)

Lalu gua teruskan mencari universiti yang memenuhi kriteria gua iaitu tidak perlu menduduki IELTS, dan boleh menerima GCE-O.

Dalam masa yang sama, menanti-nanti bila MARA nak buka permohonan untuk pembiayaan Sarjana. Sebab dah masuk bulan Februari tapi masih tak ada khabar berita. Sedangkan dana utama untuk anak Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara selain daripada JPA adalah MARA. Nampak tak kebergantungannya di situ?

Macham gua kata sebelum ni, perlu satu bab khas untuk kisah MARA.

 

The University of Sheffield.

Sheffield sangat bagus sebab terima permohonan dari Malaysia dan akan mengecualikan IELTS, DENGAN SYARAT; CGE-O kena dapat A.

Status permohonan: BERJAYA!!! (Un-conditional Offer).

Dari segi lokasi, Sheffield terletak di utara England dan lebih hampir dengan bandar Manchester.

 

University of Birmingham.

Mohon jugak di Birmingham to keep my options wide open. Birmingham sangat dekat dengan Warrick. Sebelah-sebelah gitu. Memang ramai komuniti Islam dan orang Malaysia. Shy pun masih di Warrick University, Coventry. Insya-Allah awal tahun depan habislah PhD mokcik tu kat sana. Untonglah!

Birmingham kurang lebih berada di tengah-tengah antara London-Manchester.

Birmingham memang kasik gua ketaq lutuit. Sebab dalam banyak-banyak universiti yang gua mohon, Birmingham akan menemuduga calon-calon yang layak melalui Skype video conference! Dua(2) orang wakil dari Birmingham Business School akan menemuduga calon berdasarkan tarikh/waktu yang telah ditetapkan dan dipilih calon.

BERTERABUQQQQQQQ CHOMBIE SPEAKING LONDON~~!!

Tak sia-sia chombie banyak tengok filem/drama dengan British accent, dapatlah jugak telinga ni menghadamkan apakebenda yang disoalkan.

Status permohonan: BERJAYA!

 

Status Un-conditional offer itu adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana, permohonan biasiswa (contoh: JPA & MARA) hanya menerima permohonan dengan tawaran un-conditional dari top 100 universiti di donia. Selain itu juga, kalau nak clear CAS, VISA, kastam, apajadah lagi, semuanya perlukan tawaran un-conditional.

Semua gua buat sendirian berhad. Ada yang gunakan agen untuk proses permohonan. Ada agen yang tidak mengenakan sebarang bayaran dan betul-betul membantu pelajar dalam proses permohonan. Seterusnya membantu seandainya ada perkara-perkara yang tidak jelas dalam sebarang proses permohonan VISA, kerna prosesnya pun agak renyah.

Selesai bab permohonan masuk ke universiti. Cuma perlu fikir-fikirkan universiti mana yang menjadi pilihan. Mari kita cherita bab dana.

Macham gua bilang sebelum ni, sektor korporat semakin kurang menaja pelajar Sarjana dan PhD. Lebih tertumpu kepada undergraduate. Kalau adapun, sangat terhad dan hanya menawarkan biasiswa bagi pengajian di peringkat dalam negara. Ini adalah kesan daripada ekonomi yang semakin tidak menentu.

JPA. Tak layak. Tak salah hari tu cikai-cikai pointer yang layak untuk apply sekurang-kuranya 3.5 kot? Kthxbai.

Nampak benor gua punya pointer Ijazah Pertama tak tinggi. Hello! Ijazah Pertama gua adalah kategori teknikal oke! Selalunya kalau bab permohonan biasiswa ni akan ada dua kategori kelayakan; Degree (technical) or Degree (non-technical). Kalau pointer minima untuk Ijazah Pertama dalam bidang teknikal 3.0, contohnya..kelayakan Ijazah Pertama bukan teknikal lazimnya lebih tinggi sedikit, 3.5 gitu. Sama jugak dengan permohonan masuk ke universiti. Ada yang bahagikan kepada dua jenis kelayakan sebegini.

Tapi nak buat macham mana, dah bukan rejeki gua. JPA tak buat lagu tu.

MARA.

Let’s talk about this one. Tapi seboleh mungkin gua akan tuliskan berdasarkan pengalaman gua selaku orang yang tertunggu-tunggu bilakah permohonan akan dibuka.

Februari –teda. Maret –teda. April –teda. May –teda. Juni –teda.

Kemudian muncul di berita-berita tempatan dan luar negara tentang skandal pembelian tanah/bangunan di Australia. Sebelum itu, nama MARA terpalit dek kerana seorang pelajar yang ditaja bawah MARA disabitkan dengan kesalahan pedophilia. Kemudian timbullah segala cherita-cherita tidak enak yang dikaitkan dengan MARA, satu per satu.

.

To be continued..

2 thoughts on “Dah bukan rejeki.. (Bahagian II)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s