Dah bukan rejeki.. (Bahagian I)

Kita orang Melayu selalu sedapkan hati sendiri dengan ayat, “Dah bukan rejeki.” Sebab kita percaya qada’ dan qadar, sudah ketentuan itu bukan bahagian kita. Percaya bahawa Allah berketentuan dan punyai aturan yang lebih baik untuk hambanya.

Tapi tak payah cakaplah, nak sedapkan hati, nak pujuk hati, bukan suatu benda yang mudah. Yang bukan boleh dibuat dalam masa semalaman. Kadang makan masa berbulan-bulan, ada yang bertahun. Hati mungkin terpujuk andai ada ‘penggantian’ yang mungkin dapat menggantikan benda yang dah menjadi bukan rejeki tu tadi.

Kisahnya, gua nak sambung Sarjana. Dah tua ganyut baru sampai seru. Maklumlah, nak sambung lepas habis Ijazah Pertama gua ini bukanlah orang ada-ada. Tujuan utama yang ada dalam kepala lepas terima skrol; kerja. Biarlah orang tua dapat merasa pulak hasil titik peluh anak mereka. Tak sampai hati nak membebankan lagi. Seboleh-bolehnya, gua tak mau susahkan siapa-siapa. Hidup biarlah berjasa. Bukan hidup bagi perabih harta.

Maka, kerjalah gua selepas bergraduasi. Teda langsung timbul waktu itu nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi kerna masih mahu mengutip pengalaman kerja sebanyak mungkin. Pelan asal untuk berkerja sekurang-kurangnya 2 tahun dan kemudian sambung ke Sarjana menjadi pelan semata-mata.

Hinggalah di pertengahan tahun lepas, 2014. Timbul keinginan yang membara semula untuk memulakan kembali pelan yang dah lama dipandang sepi. Umur pun makin meningkat, sedangkan had umur maksimum permohonan Sarjana semakin menghampiri. Lalu dengan dorongan keluarga dan rakan-rakan, gua memohon ke beberapa universiti.

1 .Luar negara vs Dalam negara.

Menjadi impian untuk mencabar diri belajar dan hidup di perantauan. Kalau ke luar negara, setahun sudah mampu menggulung skrol Sarjana secara sepenuh masa.

Kalau di dalam negara, musti gua akan mengikuti kursus secara separuh masa. Kerja dan belajar. Ramai orang buat tapi gua tahu diri gua macham mana. Mustahil itu tidak, tapi perlu pandai mengurus masa. Banyak kena korbankan.

2. Minat vs Permintaan.

Ajum pesan, kalau nak sambung Sarjana biarlah bidang yang diminati. Andaikata ada masanya terasa diri umpama tak berupaya meniti hari-hari yang sukar, ataupun terasa makin mustahil untuk menghabiskan program, minat akan masih mampu menjadi pembakar semangat.

Masalahnya, bidang yang gua minati semuanya gua rasakan tidak begitu mempunyai peluang pekerjaan yang luas di Malaysia. Hati bolak-balik, mau ikut minat atau permintaan.

3. Biaya sendiri/Pinjaman pelajaran vs Biasiswa.

Kalau dalam negeri, mungkin masih mampu untuk biaya sendiri. Insya-Allah boleh. Kena pandai uruskan gaji.

Biasiswa? Tawaran biasiswa kepada pengajian Sarjana oleh sektor-sektor korporat agak terhad sejak kebelakangan ini. Lebih tertumpu kepada undergraduate.

MARA? Ini perlukan satu bab khas yang akan gua ungkit kemudian. Please take note.

Pinjaman pelajaran? Ini bukan pilihan gua. Sebab gua sudah ada komitmen lain yang memerlukan pembayaran secara berjadual tiap bulan.

 

Lalu bermulalah kisah suka-duka yang gua gelar Master has given Dobby a sock. Dobby is freeeeeee!!”

Oke. Tak kelakar.

 

Didorong oleh perasaan yang mengagungkan bahasa penjajah English 1119, gua memilih universiti di United Kingdom untuk menggapai impian gua. Pemilihan universiti adalah berdasarkan;

  1. Kursus yang ditawarkan.
  2. Kedudukan dalam “World University Rankings”.
  3. Kos.
  4. University/Course Requirement.
  5. Lokasi.

 

Proses permohonan jugak adalah sangat renyah. Selain kena menulis personal statement yang panjang berjela, perlukan jugak dua(2) reference bertulis; ada universiti mahukan kedua-duanya pensyarah, ada yang boleh terima dengan seorang(1) professional reference (majikan) dan seorang(1) pensyarah.

Ada jugak yang memerlukan referee mengisi report secara bertulis dalam template yang telah disediakan.

 

Cardiff University.

Pilihan pertama gua adalah Cardiff University. Permohonan adalah sekitar penghujung 2014. Kursus yang gua pilih adalah MBA. Bak kata Ajum, “Course Shah Rukh Khan sangat!”. Geddit?! No?

Kalau dalam filem-filem Shah Rukh, kompom MBA adalah kursus yang sinonim dengan beliau. Contoh; Kabhie Kushi Khabi Gham.

“MBA is a tough job, Naina.” kata Rahul.

Geddit now?

Di Cardiff, tak perlu menduduki peperiksaan GMAT iaitu peperiksaan khusus untuk memasuki kursus pengajian MBA.

Kursus pengajian adalah selama setahun. Dengan disertasi. Tiada temuduga dijalankan.

 

Status permohonan: BERJAYA! (Conditonal Offer).

 

Tapi requirement Cardiff University adalah seperti universiti-universiti yang lain jugak iaitu memerlukan IELTS, iaitu ujian Bahasa Inggeris yang perlu diduduki untuk mengikuti pengajian di UK. Perlu lihat syarat IELTS yang diterima oleh universiti/kursus. Tahap lulus adalah berbeda; ada yang terima 6, ada yang mahu 7.

Puas negotiate dengan pihak universiti. Sedaya upaya gua mendapatkan pengakuan dan supporting letter dari UKM yang mengatakan mod pengajian semasa di Ijazah Pertama adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi ditolak dengan alasan yang tempoh gua habis belajar dengan permohonan adalah terlalu lama; hampir 7 tahun.

Lalu gua gunakan pula GCE-O sewaktu peperiksaan SPM dulu; A2. Manakala untuk English 1119; A1.

Punnnnnnnnnn Cardiff tak terima. Jilaka!

Akhirnya, gua terpaksa tolak kerna untuk menduduki peperiksaan IELTS adalah memerlukan kos RM650-RM750. Kalau tak lulus, perlu duduki lagi sehingga lulus.

Perlu ingat di sini, gua mahu memohon biasiswa dan MARA. Lazimnya permohonan MARA akan dibuka pada bulan Februari. Jadi masih tidak berkepastian di situ. Perlu diingat jua, tanpa duit semua tawaran ini tak bermakna. Walaupun tawaran dari Harvard/Oxford/Cambridge sekalipun.

Eh. Tak. Kalau Harvard/Oxford/Cambridge, kompom berduyun-duyun ramai yang nak sponsor. Herghhhh!!

Nak pujuk hati sendiri; “Takpelah. Welsh accent susah nak paham hoi!! Tak seksi pulak tu! Rela lagi Scottish accent!”

Kau mampoooo tak hidup denial macham tu? Kah kah kah.

.

To be continued..

2 thoughts on “Dah bukan rejeki.. (Bahagian I)

  1. Wehhh aku pun berangan nak pergi cardiff for my phd. Tapi skang plan tu dah terkubur kot hahaha!

    Cepat sikit sambung cerita. Sangap aku takde bahan bacaan harian hahah.

    • dah berkubur jugak angan-angan ako nak pi Cardiff. untonglah ko dah ada masters weh.. ako baru nak terkial-kial ni

      tu ha, ako dah upload bahagian ii. pi baca cepat! moga masuk dalam soklan exam lepas ni. ho ho ho

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s