Satu dozen punya cherita pendek

1. Trying my best to avoid the temptation to buy more books. Susah sungguh nak tetapkan hati kalau dapat newsletter ada jualan buku-buku murah ni. Azam gua di bulan Oktober dan bulan-bulan seterusnya; habiskan dulu baca semua buku di rak, barulah boleh nak tambah yang baru.

2. Azam di atas terbatal secara otomatis sekiranya ada BBW Box Sales *kenyit mata*.

3. Bini Pak Zin kompom akan tambah, “Baca novel aje ke? Quran tu buat hiasan aje ke?”. Sentap? Marilah kita sentap secara berjemaah. Lidah bini Pak Zin memang setajam pisau, memang gua risau. Ku pasrah, ku akur.

4. Nak beli pokok lagi. Ternyata tangan gua tak panas. Anak cabai dah mula tumbuh. Re-pot pokok cabai, pokok selasih, pokok kesum, pokok sweet basil, lotus bamboo, semua berjaya hidup dengan jayanya. Tapi renyah bila gua balik ke Penang takpun bercuti. Macham baru-baru ni, gua terpaksa pulang ke Penang tergesa-gesa. Tak dapat nak siram pokok cabai. Dia punya merajuk, abis kuning daun, putik/bunga cabai semua terbantut. Jenuh gua nak kena pujuk sambil zikir terapi hari-hari kat pokok cabai gua.

5. Yang bestnya, tiap kali nak masak main petik sahaja. Ala-ala Jamie Oliver gichewww! Gua dah takyah beli cabai dahhhhhhh~~!!

6. Gua kehilangan. Nanti gua cherita. Kena pulihkan hati dolu. Hmmmm.. Kena zikir terapi untuk diri sendiri jugak nampak gayanya, bukan untuk pokok sahaja.

7. Selain pantang dengan jualan buku-buku, gua jugak lemah semangat when it comes to periuk-belanga dan kelengkapan dapur. I spent too much on beli barang-barang kelengkapan dapur, melengkapkan segala peralatan dan perkakasan sedangkan bukan guna semua. Yang penting; ada. Let it just sit there in the cupboard and be pretty.

8. 55kg, berat selepas raya. Itu adalah pencapaian terulung memandangkan kalau balik raya dan bercoti panjang di Penang adalah menjadi kelaziman berat akan mencanak-canak naik. Tapi kali ni, timbangan itu tidak menipu dengan menunjukkan ke angka 55.

9. Selain musim banjir, musim panas, musim panas gila, Malaysia jugak punya musim jerebu. Gua stranded kat Penang Airport pada Ahad lepas gara-gara jerebu terlalu teruk di Lembah Klang. Subang Airport tutup dan tiada penerbangan yang dibenarkan berlepas/mendarat. Pengalaman yang paling teruk, baik dari segi pengurusan syarikat penerbangan, pengalaman, dan kesan kepada kesihatan. Tiap kali jerebu teruk, tiap kali itulah gua akan terkesan dengan sakit tekak, pedih mata, dan sakit dada.

10. Pagi ni (29 September 2015), IPU yang dinyata adalah bawah bacaan 100, tapi bangunan sekitar Bangsar-Sungai Besi langsung tak nampak. Apa dah jadi?

11. Gua berjaya marathon 10 seasons of F.R.I.E.N.D.S. Now I feel old. I am going down the memory lane, therefore; Malcolm In The Middle, The Nanny, That 70’s Show, Scrubs, Everybody Loves Raymond, will be next to watch.

12. Gua bawak bekal pergi opis sekarang. Bento/sia/tupperware, segala jenis gua guna. Masak sendiri walaupun simple tapi kebersihan terjamin. Jimat pun iya. Nak jadik cherita, member opis gua arini makan cekodok pisang dengan handiplast dalam kunyahan beliau. Bahagian cotton putih mungkin dah tertelan, cuma bahagian getah elastik yang masih berjaya dijadikan bahan bukti. Gua syak, makcik yang adun dan goreng cekodok tersebut menggunakan tangan yang berbalut dengan handiplast. Bahan perisa tambahan.

4 thoughts on “Satu dozen punya cherita pendek

  1. ai tengah lompat2 bintang kegembiraan bila izzie hapdet blog… baca happy2 setiap nombor
    sekali terbaca nombor 12… bahagian putih mungkin dah tertelan. oke sekarang rasa nak muntah!
    OMGGGGG… gelinyer!!! apa ni buat keje tk senonoh sangat nih!
    insap nak beli cengkodok lagi dah…

    • haha..ada lagi ropanya orang yang rajin jenguk belog ni walaupun jarang-jarang berupdate. tapi kan, sebab tak ramai lah i boleh get to know more readers yang masih lagi membaca sampai ke hari ni. see, tak pasal boleh kenal dengan you eiza.

      kes handiplast tu memang takleh nak buat apa dah. kawan i terpaksa muntahkan semua balik yang dia makan masa lunch sebab tekak meloya bila teringat.

  2. blog u mmg ada dalam bloglist wordpress ai.. so tiap kali update mmg akan dapat noti.. time tu terus tak sabo2 nak buka and baca… hehe…
    suka ayat2 slumber u dalam ni tu sampai skrg ai masih setia mengikuti, nak nak kalau time u update tentang drama2, ai terasa mcm ai lak yg tgh malu2 rawrrr gentel2 bantal sambil tengok haha.
    ai ramai jugak kawan blogger yang tak penah jmpa tp kekal untill now… see apa kebaikan berblogging… hehe

    kalau ai… mau ai pon sama.. jolok sampai muntah. kalau tak jalan ai telan pil detox berbekas2 biar cirit sampai keluar tu. yuccckkksss!!!! pemenda ntah jual pengotor gitu.
    kat tempat ai yuu caterer yang selalu buat masalah…. tiap kali makan tiap kali tu jumpa lipas. kejadah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s