Platform 9 ¾: Izzie’s most-awaited journey to Hogwarts [Parte 2]

Chombie nak sambung cherita beli barang sekolah.

Sebelum tu Chombie nak habaq mai, Wizarding World of Harry Potter di USJ ada Hogwarts, Hogsmeade, Flight of Hippogriff (rides), dan Harry Potter & The Forbidden Journey (rides).

Harry Potter USJ

Tolonglah percaya, satu hari di USJ sahaja takkan pernah cukup. NO! Let me rephrase; SATU HARI DI WIZARDING WORLD OF HARRY POTTER TAKKAN PERNAH CUKUP!! Afdhol kalau pergi 2 hari berturut untuk Wizarding World of Harry Potter sahaja, dan mungkin sehari lagi untuk explore USJ. Oh yeah!

Sebab apa? Sebab banyak benda nak buat!! Banyak benda nak shopping!! Banyak benda nak tengok!!

Masuk Hogsmeade sahajapun kanak-kanak riang dah menjerit kesukaan. Ayaq mata bergenang tak sangka. Bila tengok bumbung-bumbung Hogsmeade yang putih dilitupi ‘salji’, dan awan yang menutupi langit keseluruhan USJ yang seolah-olah turut bersama-sama memberikan keyakinan sepertinya sedang bermusim sejuk di sini. Tambah pulak dengan angin dan cuaca yang sememangnya agak sejuk walhal musim sebenar adalah musim bunga.

Nampak kat Dervish and Banges tu ada apa? -Baju sekolah.

Oleh itu???!!!

BUY ALL THE BAJU SEKOLAHHHHHHHHH~~!!!!

Remember the timed entry? Yeah. Ahli jemaah ingatkan sejam je masa yang dibenarkan untuk masuk Wizarding World of Harry Potter secara keseluruhan. Makanya selepas dapat tiket timed entry tu, terus down selama 15 minit. Ahli jemaah siap plan berapa lama masa untuk spend di setiap check-point.

Contoh: 20 minit beli baju sekolah, 10 minit beli wand, 20 minit masuk Hogwarts, 10 minit jalan-jalan.

Gigih tak? Memang gigih!!

Bila masuk Dervish and Banges, terus tak mampooo nak kawal diri. First time gua betul-betul shopping tanpa tengok tag harga. Sebab apa? Nak congak dalam kepala, nak kena convert ¥ ke RM akan masa makanya segala apa yang nampak depan mata, yang boleh tangan capai, yang gua mahu ada dalam koleksi gua..semuanya gua CAPAAAAIIIII~~~

Cuma robes, sweater, dan t-shirt sahaja yang cepat-cepat pergi kat suatu sudut dan serlom tang situ jugak-jugak.

The Monster Book of Monsters. Kemunculan pertama beliau adalah dalam Harry Potter and The Prisoner of Azkaban. “The book will attack anyone who attempts to open it. The only way to subdue the book is to stroke its spine, upon which the book opens placidly.”

Kedai-kedai di Hogsmeade ni tak besaq mana. Barang pulak banyak nak nak kena telek satu per satu. Masalahnya, ramai manusia yang masuk tapi bukan nak beli. Sekadar nak meramaikan majlis yang dah sedia ramai. Siap ada yang pakai robes, pakai muffler, amek broomstick kemudian ‘clik’ amek gambaq. Kalau orang tak ramai, tak kesahlah nak buat macam tu tapi ni kalau dah berlaga pungkok?? Akai ada?

Oh. Kedai-kedai kat Hogsmeade ni dibina dengan merangkaikan 2-3 kedai sekaligus. Kalau Dervish and Banges ni kalau tak silap gua, sekali dengan Gladrag’s Wizardwear & Owl Post.

Dah abis beli baju sekolah, kena carik wand pulak. Kalau ikut Pottermore, wand gua adalah 11 ¾ inch, English Oak wood, Phoenix Feather core, and surprisingly swishy.

Ke mana kita? -OLLIVANDERS!

Nampak gayanya, gua tak dapek la nak dapatkan wand gua yang 11 ¾ inch, English Oak wood, Phoenix Feather core, and surprisingly swishy itu sebabnya di sini semua wands yang dijual adalah replika daripada watak-watak dalam filem Harry Potter.

Yang di bawah ini adalah The Elder Wand. Gua tak beli sebab memikirkan kesan sampingan kepada akaun bank gua. Selain daripada The Elder Wand, wand kepunyaan Bellatrix Lestrange memang chantek, dan Hermione’s, dan Professor Snape’s, dan dan dan..

Ahh..sawan gua tak habis lagi ropanya!

Tau tak betapa susah gua nak contain diri sendiri sewaktu di sana? Mulut gua tak berhenti berzikir, tahu??!!

IMG_3762

Buat masa ini, gua memiliki wand Harry Potter. Yang lain-lain insya-Allah bakal menyusul. Tak kira, Chombie nak jugak-jugak!! *hentak kaki*

EXPELIARMUSSSS!!!

Kalau kat Dervish and Banges tadi banyak baju-baju atau barang koleksi yang habis, jangan khuatir sebab Ollivanders adalah side by side dengan Wiseacre’s Wizarding Equipment. Kat sini pun boleh dapatkan jugak semua keperluan lain untuk wizard dan witch.

Yang bawah ni adalah binocular, compass, dan magnifying glasses.

Quaffle dan Bludgers. Snitch dijual dengan lain harga. Ha! Tapi kachak sungguh ah trunk dia ni! Kalau belipun kena pikir patplohkali macham mana nak bawak balik.

Macham Mr.K tanya gua..

“Did you get your broomstick?”

“No. How am I suppose to carry back to KL?”

“Oh, kesian. Let me buy you a penyapu, ok? Nanti boleh terbang jugak.” Grinning.

Beliau memang begitu, suka menganjing sama gua.

Jumlah keseluruhan: ±RM3000. Tu pun ada lagi yang nak kena beli kendian ni.

What designer bags? Barang sekolah gua lebih bermakna oke! Rasanya gua akan pikir seploh kali kalau nak beli designer bags kot but not barang sekolah.

BARANG SEKOLAH, I CHOOSE YOU!

Coba tengok shopping bag yang gua galas di bahu ittewww. Sila jelly. Shopping bags dijual mengikut saiz (yang macham Mak Tiri Leanne (beg galas merah) bawak tu). Tapi disebabkan gua beli dengan terlalu banyak, staff tunjukkan satu lagi saiz shopping bag yang PALING besar, yang kurang orang beli tapi diperbuat daripada kanvas. Dan beg itu sangat ohsem sebab ada keempat-empat House emblems; Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff, dan Ravenclaw. Kalau takmau, staff hanya akan bungkus dalam paperbag. Bestnya kat USJ sebab staff tak kemut nak kasik paperbags biasa untuk bungkus kemudian. Cakap aja beli untuk hadiahkah orang, nanti staff akan bagi extra.

Hasil tangkapan tiap jemaah memang luar biasa banyak sampai orang tengok pun pelik.

Last sekali masuk Zonko’s dan Honeydukes. Kat sini jual toys yang pelik-pelik dan yang paling famous adalah Chocolate Frog, Pumpkin Juice, dan Bertie Botts Every Flavour Beans.

Cherita Bertie Botss Every Flavour Beans akan dikongsi kemudian. Untuk Adik Manis Yuu, Mak Tiri Leanne dan Chombie yang pernah ke Harry Potter: The Exhibition di Singapore dahulu, kami sudah sedia maklum rasa jelly beans tersebut. Tapi Jon dan Khairie belum lagi. Nyeh nyeh nyeh *evil grin*

Pumpkin juice? Manis, rasa kayu manis yang agak kuat. Again, gua memang tak kesah dengan rasa herbs yang kuat tapi gua tak boleh kalau manis.

Chocolate Frog? Milk chocolate dengan bentuk katak, tak seperti di Harry Potter: The Exhibition kerna di sini packagingnya lebih chantek dan kad di dalamnya jugak lebih menarik. Adik Manis pilihkan untuk gua, dan gua dapat kad Helga Hufflepuff. Puffy!!

Or..Cedric!!

Hasil tangkapan ahli jemaah sekalian.

Barang sekolah dah beli, lepas ni kalau tengok gua asik ulang-ulang pakai baju yang sama usah ditanya kenapa. Itu namanya gua pergi sekolah, oke?

Hogwarts ID card holder dan school sweater. Dua jenis sweater yang dijual, V-Neck cardigan sweater dan V-Neck sweater. Chombie beli dua-dua!! Sehelai ±RM400. Mahal sedikit kerna made in Scotland dengan benang bulu kambing asli. Robes also no cheap, ±RM435 sehelai.

Dalam hati duk pujuk diri sendiri, “This is baju sekolah… This is baju sekolahhhhhhh.. For Hogwarts!”

Kanak-kanak riang pakai muffler rumah masing-masing. We are ohsem liddat!

Tak dinafikan barang-barang sekolah memang agak mahal dan di USJ takde tax refund. Untuk sehelai muffler ni pun, harga dalam ±RM150. Tapi berbaloi sebab materialnya sangat berkualiti. Nasib baik jugaklah semua ahli jemaah beli kerna cuaca makin sejuk dan berangin, dan muffler ni sangat-sangat membantu dalam memberikan keselesaan dan mengekalkan kepanasan.

Bayangkan, pakaian Chombie semuanya dari material heattech dan wool. Bawah blouse (wool) hitam itu Chombie sudah kenakan heattech innerwear, leggings jugak adalah heattech, short pantskirt (wool), leather boots, dan ankle warmer (wool). Tapi masih tak cukup.

Oleh yang demikian, Chombie pun pakailah Gryffindor house muffler dan house robes yang ohsem itteww.

To be continued..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s