Platform 9 ¾: Izzie’s most-awaited journey to Hogwarts [Parte 1]

Walaupun surat yang gua terima 18 tahun lambatnya, tapi gua masih gumbira akhirnya sampai jua surat yang gua tunggu-tunggu selama ini. Untuk sahabatku Ziah Weasley, jangan pernah berputus harap! Pasti nanti seekor burung hantu akan sampai jua kat Grace Garden tu membawa bersama-sama surat dari Hogwarts.

Oh. Gua adalah Izzie Lestrange (as named by Ziah Weasley). A true Gryffindor.

Sukar untuk gua ungkapkan dengan kata-kata. Sukar lagi rasanya untuk gua coba menulis dan menzahirkan semuanya di sini. Tempat yang paling gua ingin kunjungi..adalah Hogwarts. Membesar dengan donia magikal, tak pernah terlintas di fikiran yang akhirnya gua akan dapat peluang merasainya sendiri. Semuanya terealisasi apabila Universal Studio Japan telah membuka taman tema Wizarding World of Harry Potter pada 15 Juli 2014. Nak pergi ke US nun memang tak dapekkkkk.

Hari ke-tiga gua di Osaka, barulah berbondong-bondong ahli jemaah ke sana. Malam sebelumnya memang tak dapat nak lelap mata dengan lena, hati punyalah bunga-bunga. Pagi-pagi dah bangun sebab tak sabar rasanya. Rasa seperti kanak-kanak semula. Cuma kali ni, kanak-kanak yang ada duet lebih sikit yang nak pergi beli barang-barang sekolah kat Diagon Alley.

Kredit gambar kepada semua ahli jemaah: Jo Mc Leo (terutamanya, sebab gambor ohsem semua Jon yang punya), Khairie Rahman, Adek Manis Yuu & Mak Tiri Leanne.

Senario biasa di pagi hari. Kalau dilihat di Jepang, rata-rata rakyatnya yang keluar bekerja semuanya memakai sut. Jaket pula lebih kepada gaya korporat dengan warna-warna seperti hitam, biru gelap dan coklat. Tidak seperti yang gua pernah lihat di Seoul yang mana penduduk di kotanya begitu fashionable dengan jaket yang begitu berwarna-warni dan stylo, lelaki dan lebihlah lagi wanitanya.

Ahli jemaah sempatlah merasa kena hadouken dengan officer yang menjaga di platform sewaktu morning rush hour. Memang terkesima sebab tak sangka video penumpang yang kena tolak masuk ke dalam gerabak sampai jadik sardin sebelum pintu ditutup yang gua pernah tengok sebelum ni betul-betul gua sendiri alami. Nak keluar balik, tak dibenarkan pulak sambil laju-laju officer tu cakap dalam bahasa Jepang. Sudahnya, terpaksalah ahli jemaah terpisah sehinggalah sampai ke stesen yang berikutnya.

Gua dah tak ingat stesen apa dan macham mana nak ke sana. Banyak kot main tukar-tukar stesen. Yang penting, kredit dalam kad ICOCA haruslah berbaki secukupnya.

Muka-muka di bawah adalah muka yang tak sabar nak masuk ke sekolah.

Tengok! Train yang nak ke Universal Studio Japan semuanya dengan gambar Harry Potter. Chombie cried a lot! Pergi sana harus ada persediaan, selalunya pagi-pagi ahli jemaah akan singgah kat Family Mart untuk beli air dan tuna onigiri sebagai bekalan. Dalam cuaca sejuk dan berjalan kaki hampir 20,000 langkah sehari memang memerlukan bekalan yang secukupnya.

P/s: Beg biru adalah hasil tangkapan sewaktu berjalan-jalan di Shinsaibashi-suji. Boleh dijadikan backpack atau shoulderbag.

Chombie loves this photo so much! Dalam kesesakan dan kepadatan penumpang dalam train, masih nampak gojes! Kohhhhh kohhhhhh kohhhhhhhh. Haruslah gojes sebab baru nak pergi. Masa balik tu dah serabai. Nuh-uh, semuanya sebab tangan berseni Jon yang pandai snap dengan angle yang betul Coba kalau gua sendiri nak tangkap gambor, selfie 10 kali pun belom tentu ada satu gambor yang elok. True story!

Manusia adalah teramat ramai. Cuaca pulak agak sejuk dan berangin. 2 darjah Celcius dan ahli jemaah semuanya tak bawak jaket. Ho ho ho! Marilah kita peluk beramai-ramai dan berkongsi body heat. Aummmmm!!

Bear in mind, pada musim-musim tertentu pihak USJ akan melaksanakan timed entry untuk Wizarding World of Harry Potter. Maksudnya di sini, lepas beli tiket kat luar kena pergi kat suatu section untuk select entry time. Contohnya kalau pilih waktu 11:00am-12:00pm, selama sejam tu sahajalah waktu yang dikira valid untuk main rides dalam Wizarding World of Harry Potter. Nak beli Express Pass pun, dah sold out. Chombie redhoooo asalkan dapat masuk Hogwarts.

Sayangnya di USJ, staff yang bertugas tak dapat menjelaskan secara terperinci sebab masalah bahasa. Tapi takpe, kanak-kanak riang enjoy sahaja. We learned it the hard way lah and explore everything ourselves. Barulah thrill!

Happy kids are happy! Oh yeah, I don’t dress my age. Ha ha! Chumil kan?!

Pandang kiri kanan, sama ada akan jumpa manusia yang pakai Hogwarts House robes, House mufflers, takpun cape Survey Corps dari Attack on Titan (temporary attraction). Stress tau tak stresssssss????!!! Jalan waktu ni memang dah laju-laju. No! Bukan jalan lagik dah tapi memang dah berlari.

Tau tak perasaan tu macham mana bila dari kejauhan dah nampak Hogwarts castle? I cried! I cried!

Untuk makluman, kalau tengok gambor yang nampak belakang-belakang ahli jemaah itu tandanya Jon berdiri kat belakanggggg skali dan beliau tinggi dan beliau dapat tangkap semua pergerakan ahli jemaah yang berada di luar kawalan dari kejauhan.

Ini perjalanan nak mula masuk Hogwarts. Ala-ala Forbidden Forest gitu. Dah ada bunyi-bunyi musik yang kasik goosebumps, yang macham.. “Oh, ohhh!! Hogwarts is just few steps away!!”

Chombie simpan dolu cherita beli barang-barang sekolah, langsung aja dengan cherita minum butterbeer di Hogsmeade. Cuma Chombie nak habaq mai, muffler Jon sangat kachak! Never underestimate Ravenclaw House oke! Sekarang dah tergoda habis dengan beliau. Eh, maksud Chombie..muffler yang dipakai beliau. *blushing*

Nanti nak beli jugak sehelai!

Tapi takmo Slytherin. Mak Tiri adalah pure blood Slytherin. Sama sorang lagi, Kanda Massabrina. Takmo muffler Slytherin. Takmo!

Hogsmeade Village.

My butterbeer drinking partner, and my bickering partner. Beliau sebenarnya adalah Puffy (Hufflepuff) tau tapi beliau menafikan kenyataan tersebut lalu membeli muffler the House of Gryffindor. Matiklah chombie kena lahar lepas ni. Kah kah kah! Siapa-siapa nak kenal sama Inche K, you can drop your number oke? I will do the screening. FYI, he is tall, but not dark (obviously!). Matiklah kena lahar lagik!

Not to worry, kat USJ ada yang non-alcohol. Panas/sejuk. Boleh pilih nak beli dengan mug plastik atau nak plastic cup biasa sahaja. Semustinya ahli jemaah pilih dengan mug plastik sebab boleh simpan bawak balik sebagai souvenir.

Rasanya? Sangat manis dengan rasa halia. Rasa halia tu gua oke aja sebab gua memang takde masalah pun dengan ubat perempuan berpantang ni tapi manis tu yang tak berapa nak boleh telan. Mungkin kalau dengan alkohol, rasa manis/halia tu akan lebih sedap kot. Ada jugak suruh Jon coba try test butterbeer dengan alcohol tapi inche tersebut sangat sopan santun dan menghormati ahli jemaah yang lain. Auuuwwww. So sweettt~~!! *lep lep lep*

To be continued..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s