Garden & Library

Dalam banyak-banyak fairy tales, walaupun Cinderella itu umpamanya penghulu segala fairy tales tapi tetap gua suka Beauty & The Beast. Gua boleh tengok ulang-ulang, dan berkali-kali. Sebab apa? Sebab tak puas tengok library yang ada dalam enchanted castle tu. Rasa sangat best kalau sepanjang hari dapat duduk dan baca buku, takpun panjat tangga di rak untuk capai buku yang lebih tinggi kemudian slideeeeeeeeeeee..whoah! Ohsem!

Having a mini library at home pun pada gua sangat ohsem. Kalau dengan standard keluasan rumah sekarang, memang susah nak dedicate-kan satu bilik untuk letak rak-rak buku, let alone nak ada window reading nook. Rata-rata orang akan pilih satu bilik yang paling kecik untuk dijadikan sebagai stor, atau gunakan sepenuhnya semua bilik untuk tempatkan anak-anak yang makin membesar.

window benchTapi gua tak kira. Gua nak jugak-jugak window reading nook!! Sambil-sambil baca buku, sambil-sambil menikmati keindahan dan kehijauan alam (lepas tu boleh kroihhhhhh kroihhhhh). I love this kind of quiet life. Mungkin gua dah sesak dengan kehidupan di kota dari kecik sampai dewasa. Teringin nak duduk jauh dari hiruk-pikuk kota, jauh dari udara yang sentiasa tercemar dengan jerebu, jauh dari keadaan rumah yang sentiasa berhabuk walaupun lokasi jauh dari jalan raya utama dan nun tinggi mencecah awan.

Sekarang gua coba berjinak-jinak nak hidupkan rumah dengan hidupan hijau. Umpamanya menghidupkan jiwa dan emosi gua yang sentiasa celaru yang dihimpit dengan rutin biasa. Cumanya gua masih risau kalau-kalau pokok tak mau hidup sebab gua dah pernah lalui pengalaman pahit dahulu. Gua pasrah.

Pokok cabai gua alhamdulillah masih hidup. Sabtu lepas gua dah re-pot pokok cabai tersebut sebab akar dah makin berselirat dalam pasu yang kecik. Sampai ke hari ni masih lagi hidup. Takbir! Kesian pulak macam tak boleh nak bernapas dengan aman dan tenteram. Pasu kecik tu jenis pasu plastik dan gua letak atas birai balkoni, asal angin kuat sikit kompom jatuh terbalik. Mujur tak jatuh ke bawah. Tapi habislah jugak beberapa dahan yang patah yang terpaksa gua lakukan cantasan walaupun dahan tersebut banyak gila bunga yang nak keluar jadik cabai.

Hari-hari gua sembang sama pokok cabai. Siram beliau dengan penuh kasih sayang. Sebab orang kata, kena rajin sembang dengan pokok barulah dia nak hidup dan berbunga/berbuah dengan jayanya. Agak-agaknya, lepas ni gua tak payah beli cabai dah kot? Nyeh nyeh nyeh.

Kebetulan hari Jumaat gua pergi IKEA, terjebak pulak dengan Rai yang nak beli pokok Lotus Bamboo. Nanti katanya boleh tengok pokok siapa masih hidup lepas sebulan. Lalu gua pun sahut cabaran. Gua dah potong bahagian yang banyak anak pokok dan re-pot ke dalam pasu yang lain. Harap-harap beliau mampo untuk teruskan hidup bersama-sama gua.

Gua tengah ushar pokok herba lain yang nak ditanam kat rumah. Kalaulah pokok cabai dan lotus bamboo tu tak berakhir di tong sampah, alhamdulillah. Perasaan bila tuai cabai tu..priceless! Ho ho ho. Bayangkan kalau ada pokok cenohom, rosemary, Thai basil..perghhhhh perghhhhhhhh~~!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s