Gadis dan bunga

Kelmarin jiwa gua kacau lagi. Sebagai seorang wanita yang penuh dengan perasaan dan emosi, konsep jiwa kacau ini memang senantiasa berkait rapat dengan gua. Ditambah pula dengan pelbagai jenis asakan permasalahan, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat rumah tangga. Selepas diasak dan digasak, gua give-up. Gua perlukan sesuatu untuk menghidupkan kembali jiwa yang lara. Gua perlu lakukan sesuatu agar jiwa tak terus mati.

Malam sebelumnya, pukul 2 pagi gua susun-atur ruang tamu dan bilik bacaan. Entah, gua rasa macham something is off dengan susun atur baru ni. Kalau gua pergi IKEA buat panambahbaikkan kang, keluar duit lagi. Keluar duit akan membuatkan gua bertambah depressed. Oleh yang demikian, gua akan terima seadanya susun atur tersebut sampai gua dapat biasakan diri.

Bangun pagi pun masih dengan rontaan jiwa yang tidak keruan. Sampai ke tengah hari, bento gua langsung tak terusik. Bubur jagung pun tak bergerak dari kedudukan asal. Nampak tak betapa kroniknya di situ apabila MAKANAN pun gua endah tak endah? Homecooked food pulak tu.

If you feel hopeless in life, buy something beautiful. –Izzie Zin.

Gua perlu hiburkan hati. Tapi gua malas nak ber-retail therapy. Beli baju/kasut yang sudahnya hanya gua humban masuk dalam gobok.

Lalu gua ke Bangsar. Gua tahu mana destinasi yang mahu gua tuju.

  
Gadis dan bunga. Kena beli sesuatu yang indah untuk tatapan mata dan mengurangkan gundah di jiwa. Indah sungguh ciptaan Tuhan walaupun hanya sebentar keindahan ini dipinjamkan.

Serta pokok cabai.

Supaya gua boleh cabai mulut-mulut puaka.


Gua syak tangan gua panas. Tapi suka dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Bayangkan pokok hidup IKEA yang RM1.90 tu, yang kalau makcik cleaner rendam dalam botol plastik kendian letak dalam toilet opis tu pun boleh beranak pinak. Tapi gua? Dari sehari ke sehari, gua tengok pokok tu tak ubah macham hidup segan mati tak mau. Sudahnya mati jugak. Sepuluh kali gua beli, sepuluh kali mati.

Fine. Tangan gua panas. Tapi sentuhan gua punya listrik tau! Tak caya tanya Mr.K. Kahhhhh kahhhh kahhhhhh!!!

Mulanya nak beli pokok berdaun hijau. Tapi harga lebih kurang sama. Bedanya satu pokok daun, daunnnnnn sedaun-daunnya. Manakala satu lagi pokok yang dah sedia berbuah. Harga kurang lebih sama. Haruslah gua yang kiasu ni pilih pokok yang dah sedia berbuah!

Tube rose. Antara top 5 bunga-bungaan yang paling gua suka. Dan akan gua hadiahkan kepada kanda Massabrina sebagai penyeri di kamar sepi.

Oh kanda. Moganya dengan pemberian bunga-bungaan ini, tak ubah umpama dinda yang menemani kanda tiap saat dan ketika. Moga keindahannya dapat mengubati tiap duka, dan harumannya menyegarkan suasana. Bunga ini sebagai pengganti diri.

Dari dinda, untuk kanda.

Gichewwww!

Gua ni memang berjiwa halus. Suka dengan keindahan bunga-bunga di taman dan pokok-pokok menghijau. Kalaulah Malaysia punya taman indah dengan pokok bunga seindah begini DAN punya keselamatan yang terjamin di tempat awam, pastinya gua mahu berjongging di waktu pagi dan petang. Atau sekadar bersiar-siar di taman larangan.

Sewaktu gua di Jepang dan Korea, dah tengah malam pun masih lagi rancak rakyatnya bersenam di taman-taman. Langsung tak perlu risaukan soal keselamatan diri. Sudahlah taman semua chantek-chantek, nak berjogging sampai subuh hari pun buleh.

Tapi dengan keadaan sekarang, dengan jenayah sana-sini, kena pikir banyak kali kalau nak keluar ke mana-mana berseorangan. Kalau tak ada tujuan penting, sebolehnya gua elak. Malang tak berbau. Sebab tu gua tak berani nak keluar berjogging. Oleh yang demikian, gua jogging atas katil sahajalah!

Syukurrrrrrr Malaysia masih aman..sangat!

2 thoughts on “Gadis dan bunga

  1. aku memang ada isu tanam pokok. tanam kaktus pun mati baq hanggggggg. stress betoi haha. end up aku freeze kan benda-benda macam daun kari, daun kunyit semua tu hahaha. daun pandan aku blend amik pati, bekukan. peties dah macam peti ajaibbb. ikutkan hati dengan cili-cili tu aku nak bekukan jugak hahahah!

    • pokok kaktus tu memang, tak pernah nak hidup dengan jayanya!
      doakan ako berbahagia dengan pokok cili ako wehhh..sabtu lepas baru re-pot, kasik dia hidup aman sentosa dalam pasu yang lebih besaq. pokok lotus bamboo pun ako dah kerat, buh dalam pasu lain. harap2 niat suci morni ako ni terlaksanlah hendaknya. go green gitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s