Sebut

Ada tak benda yang ampa rasa tak syok kalau ampa tengok/dengar tapi macham tak kena/tak betui pada tempatnya?

Tak, gua bukan nak bercakap pasai OCD. Sekarang semacham satu trend mendiagnosiskan diri sendiri punya OCD. Tengok kain baju yang berlipat tak bersusun elok ampa rasa tak senang, ampa claimed sebagai OCD (padahal sebenarnya ampa mungkin adalah sejenis manusia pengemas).

Oke, itu mungkin early self-detection. Takdak orang yang lebih paham diri kita melainkan diri kita sendiri. Nak nak pulak kalau jenih penyakit psikologi.

Dah. Gua nak cerita pasal tebiat gua. Mungkin tebiat yang tak berapa nak seronok, macham poyo, macham hang perasan hang baguih.

Gua tak bulih nak dengaq kalau ada perkataan yang sebutannya tak betui. English & Malay.

Baik. Gua bukan chegu bahasa. Jauh sekali ada sijil atau pengiktirafan yang menunjukkan gua ini layak untuk perbetuikan kesalahan sebutan orang lain. Gua akui itu. Cuma, sebagai seorang manusia yang mempunyai kepelikan dan tidak sempurna, tiap kali kalau ada sebutan yang silap kompom gua seperti terkena renjatan elektrik *bbzzzzz*.

Bahasa Melayu gua tak baguih mana. English apatah lagi. Tapi gua ada satu benda gua suka dalam penguasan bahasa: sebutan/pronunciation. Kalau dulu, mana nak senang macham sekarang ni. Google sahaja online dictionary, bulih terus tau dan dengaq macham mana nak pronounce tiap patah kata. Dolu? Kena guna phonetic.

Kalau English pulak, gua adalah kipassusahmati sama British English 1119. Baik ejaan, mahupun sebutan. Gua tak impressed dengan American English. Gua suka dengan cara percakapan British aristocrats dan royalties. Punya kelas yang tersendiri. Depa tak cakap laju-laju macham naik keretapi. Sebutan jelas.

BE: British English.

AE: American English.

 

Pretty >> BE: ‘T’ disebut dengan jelas.

BE: prit-i (i seperti “igau”)

AE: pwed-i

 

New >> Sebutan yang kedengan seperti ‘U’

BE: ni-you

AE: nu (nu seperti ‘nun jauh di sana’ atau ‘NU Sentral’)

 

Tube >> Sebutan huruf ‘U’

BE: ti-you-b

AE: tu-b (tu seperti ‘tuba ikan’)

 

Strawberry >> sebutan ‘berry’

BE: straw-bri (bri seperti ‘BRIM’)

AE: straw-beri (ber seperti ‘berak’)

 

Itu sebahagian contoh BE vs AE.

Gua syak, gua banyak tengok dan baca novel Jane Austen ni. Haha!

Ada orang suka American English, mungkin American English ni lebih cool dan urban dengan slanga American. Mungkin jugak sebab dah biasa dengar dalam drama series/filem yang banyak dari Hollywood tu. Tapi gua kan oldschool, suka cara orang-orang lama cakap, sebab tu gua suka jaman Victoria hoi!

Tambah pulak skang ni semacham tercetusnya British Invasion dalam donia perfileman. Pelakon-pelakon dari UK lebih memonopoli drama-drama bersiri dan filem. Eh. Ke sebab gua yang selective, asik tengok drama/filem BBC ataupun yang ada pelakon British? Harry Potter, Sherlock, Pride & Prejudice, Game of Thrones (produced by US tapi menggunakan British accent), Kingsman: The Secret Service, James Bond, Lara Croft, Cinderella (2015), banyak lagi hoiiiiii~~!!

Dan pelakon-pelakon mereka rata-rata punya latarbelakang dalam teater. Kan gua penah cakap, orang yang asalnya main teater ni penghayatan dan lakonan depa beda!

Cukup gua bebel takat tu. Kali ni gua nak kongsi sebutan yang betul yang selalu orang Malaysia salah sebut. Mungkin ada yang rasa offended kalau orang perbetuikan sebutan depa, macham “hang pasai apa duk bajet baguih nak pebetui-pebetui sebutan orang?” tapi percayalah, selagi kita tak berusaha nak perbaiki kesalahan sebutan kita, selama tu lah kita asik duk sebut dengan sebutan yang salah. Kalau ada orang gelak ampa sebut salah waktu tu, ampa jangan sentap naaaaa.

Gua tak gunakan phonetic yang betul, sekadar menggunakan sebutan dalam perkataan yang biasa digunapakai sebagai panduan. Kalau ada chegu-chegu yang membaca entry ini, andainya gua telah melakukan ajaran sesat harap dibetulkan kesalahan ini. Kita sama-sama belajar ya!

1. Salmon.

Sebutan yang betul: sae-men (sae: seperti setan/men: mendaki)

 

2. Almond.

Sebutan yang betul: aa-men (aa: seperti alangkah/men: mendaki)

 

3. Invitation.

Sebutan yang betul: in-vitae-syen (vi: seperti victory/tae: seperti teh)

 

4. Question.

Sebutan yang betul: kues-chen (chen: seperti cendawan)

 

5. Pronunciation.

Sebutan yang betul: prenan-si-ae-syen (pre: seperti rendang/nan: seperti roti nan)

 

Cukup dulu takat ni. Tiba-tiba sel-sel otak takmo nak berhubung pulak. Nanti kalau rajin, gua tambah lagi kot kot lah teringat. Benda yang duk tringat-tringat ni selalunya waktu tak terjangkakan macham tengah duk mandi/berak/solat/sebelum tidoq.

4 thoughts on “Sebut

  1. Mebi dia guna english lain kot. Tu yg lain sebutan nyer. English sepanyol ke jepun ke kali. Heehehehe. Iolls pon kdg sebutan tu tersasar jugak if nak cpt…. adehhh takuit nk ckp la gni… nnt u kena renjatan. Hahahaha

    ai suka america eng sbb british is agak susah. Tp ai suka british if yg ckp tu bila dia ckp mcm besh like need for speed tu… ai suka british dia… tgk pd siapa yg bcakap

    • aler…aler jangan ler sampai camtu skali. takdenye i buta perut bajet best nak betulkan betulkan sebutan orang sebab sendiri pun tak betul jugak.

      tapi satu benda, i tetapppppp suka british english walau naik bersembur air lior kalau nak bercakapnya!

  2. mai mengajaq tempat aku wehhh. letih dah aku dok membetoikan sebutan bebudak ni haha. tapi sebab aku pun kampung mari, kadang lidah aku pun terpeleot jugak sebutan tu mesti hang berbulu ja satgi dengaq aku cakap cam kampung mari hahaha

    • malu hoi malu dengan teacher english nehhhhhh!! toksah lah wehhh..ako pun kampung jugak. perasan nak cakap macham the Queen of England padahal lidah mulut makan belacan.

      tapi kalau betui nak suh mengajaq jadi teacher kat tempat hang, ako mauuuuuu!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s