concern katanya.. concern di jaman moden

Ogos 2015.

Gua singgah belog-belog yang menjadi kelaziman singgahan. Umpamanya, kalau orang lain bukak sokabar di pagi hari untuk baca berita-berita terkini dalam dan luar negara, gua pulak singgah di belog.

Tapi makin hari, belog makin sepi. Jarang-jarang belog mereka ber-update. Kadang-kadang satu entry untuk seminggu. Takpun satu entry untuk sebulan. Ada pulak yang dah private-kan belog, dan hanya membenarkan pembaca yang dijemput sahaja. Kecik hati gua.

Tahukah kalian yang gua perlukan daily dosage? Gua perlukan pembacaan yang berkadar langsung dengan kitaran masa 24 jam! Penat tau dak bila bukak belog ampa ampa suma, entry duk sama tang tuuuuu jugak-jugak! *hentak kaki*

Maafin. Gua kalau bebai memang otometik nak cakap Penang. Rasa puaih!

Janganlah duk kata gua pun 2×5. Gua lain, gua memang dari dolu sejenis manusia yang malas nak menulis secara isitiqamah. Penulisan gua bergantung kepada mood dan masa. Kalau ada masa, ada cerita, pun tak jadik jugak sebab kadang-kadang benda yang gua nak cerita tu berjela-jela. Tapi takdak mood nak menaip sebab lambat sangat nak bulih abih. Gambaq pulak nak kena transfer bagai. Pastu gua rasa, tidoq lagi best. Terus gua membongkang dan buat peta donia tanpa rasa bersalah dan tanpa penyesalan.

Hahahahahaha.

Alin, cepat tulih! Kami dah lama tunggu ampa punya update!

Faireen (bukan nama sebenar), cepat tulih jugak! Tolak tepi sat tesis tu!

Oh. Tau dak kalau kami-ampa tu, kiranya loghat Penang yang sangat sopan dan manja-manja ketui taik. Kiranya gua cakap; kami-ampa = saya-awak. Kalau aku-hang = aku-kau.

Depa dua ni rajin duk update belog. Tulih pulak panjang-panajng. La ni gua duk perhati, sebelum posa-raya dah hilang senyap sunyi.

Belog orang lain bukan gua tak baca. Baca jugaklah. Tapi kalau duk tepek iklan, duk tepek juai-juai, promo-promo, memang gua abaikan. Nak baca pun tadak mood. Gua masuk belog sebab nak tau pasai kehidupan ampa-ampa suma. Apa yang ampa duk lalui, apa ampa makan, apa ampa duk berulit dengan laki-anak ampa, ampa pi mana, ampa pakai apa..itu yang gua nak baca.

Nampak tak betapa kepochinya di situ? *tiup kuku*

4 thoughts on “concern katanya.. concern di jaman moden

  1. ooo emmm jiiii…
    nak terasa nih. tak kira nak terasa jugak. kehkehkeh

    well blog ai pon rojak semacam je…. dengan tabita la
    bistu camne situ je orang kenal. nanti tulis kat tempat lain orang dh tatau katne
    merundum income
    ecewahhhh

    • toksahlah kisah i punya preference ni..i kan pelik pelik sikit. itu belog u lagipun, macham mana u tulih, siap jana pendapatan dari belog u, well…asalkan u bahagia, oke? peace

  2. weeeiiii lawak weeeiii baca entri hang hat ni hahaha. aku kengkonon bulan posa tu nak la insap sat tamau cerita-cerita benda hat perangat hati aku ni walaupun menimbun hahaha. kengkonon suci sangat, sekali tu dia mai cerita kutuk bini kawan laki aku hahahaha. nanti aku rajinkan diri bagi hang ada bahan bacaan sikit nohhhh haha.

    • dah bacaaaaaaa!!! muqadimah dan bismillah ako di pagi hari adalah belog hang wehhhhhhhh!!! raya dah abis ni, stok ketupat kompommmmm banyak. cepat tulih kasik ako baca lagik!

      ako ni live a lonely live (gichewww!) so tadak story banyak. memang ako mengharapkan story de mory hang la wehhhh..story yang berwarna warni rencah kehidupan kekdahnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s