Jepang..gwe datang!!

Dear Shy,

Masihkah Shy ingat di Tingkatan 4 Mutiara (2002), sewaktu matapelajaran Bahasa Inggeris yang diganti dengan seorang guru yang pakai ankle boots..beliau pernah menugaskan kita semua untuk menulis tentang tempat idaman yang ingin dilawati? Kemudiannya beliau meminta sesiapa yang ingin berkongsi untuk tampil ke hadapan dan bercerita mengenai tempat idaman tersebut?

Ingat?

Ingat tak Shy mengajukan soalan, “Iz nak pergi Japan just to see bunga sakura? Seriously?” apabila Iz berkongsikan dengan Shy tempat yang menjadi idaman Iz.

Sebab waktu tu, Shy tahu dan Iz juga tahu yang Iz terlalu dipengaruhi dengan filem Aaron Kwok/Cecillia Cheung; Para Para Sakura. Babak menari tarian Para Para di Ueno Park sewaktu hanami sangat memberikan impak kepada Iz. Sampaikan Iz sanggup beli CD tarian Para Para Sakura dan belajar sendiri melaluinya.

Dan kenangan di zaman sekolah rendah, sewaktu Iz belajar menari Tarian Sakura untuk persembahan Hari Penyampaian Pelajar Cemerlang. Waktu Iz di Tahun 1. Cikgu Daisy memilih beberapa pelajar untuk menarikan dan berlatih Tarian Sakura, pegang bunga sakura dan pakai kimono. Tapi sebab Iz dapat hadiah pelajar cemerlang, Cikgu Daisy tukarkan tempat Iz dengan pelajar Tahun 2. Iz tak dapat pakai kimono nipis tersebut. Sedihnya terasa sampai sekarang.

Ingat bagaimana Iz terlalu taksub dengan Himura Kenshin? Sampai Chun Jie pun sudi sketch karektor Kenshin dan kemudiannya Iz tambah dengan shading, dan sanggup laminate dan menjadikannya sebagai bookmark?

Shy..semua itu akan menjadi kenyataan. Bukan lagi hanya angan-angan.

Insya-Allah.

Love,

Izzie.

2 thoughts on “Jepang..gwe datang!!

  1. Dan sila ambil gambar anda sedang menari tarian para-para sakura tersebut di Ueno Park pada kunjungan anda ke sana nanti.

    Ye, pastikan anda menari dan ambil gambar dan jamu mata I di sini. Heh.

    I yang menanti dengan penuh kesabaran,
    Hahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s