Teda jodoh antara kita..

Gua akui, memang banyak benda-benda lagho yang sentiasa menjadi keutamaan dalam senarai bucket list gua. Doniawi semata-mata.

Tapi gua teruskan jugak cerita doniawi gua di sini ya. Sebab cerita dan saham akhirat tu rasanya tak perlu dicanangkan seluruh donia. Hanya untuk dapat approval daripada manusia?

Doniawi yang gua nak cerita kali ini adalah konsert. Ya konsert. Tahun 2015 ini rasanya gua tidak berjodohan dengan mana-mana konsert yang dianjurkan. Ada-ada aja aral yang menjadi penghalang.

.

1.  Michael Bublé

Hanya mampu melihat Inche K was having a blast di konsert beliau. Siap joget-joget sampai masuk ke skrin besar. Ya Sheikhhhhhhh! Adik Manis Yuu dan Mak Tiri Leanne pun turut berpergian. Mujur depa kasik video Michael Bublé duk nyanyi atas pentas, nak nak lagi memang gua dah pesan siap-siap yang gua mau video Michael Bublé duk nyanyi lagu Sway live. Kalau tak, mau dah gua jerit, “Batu belahhhhhhhhhhhhhhhh batu bertangkup!”

Sebab tak pi: simpan tabung buluh untuk LASIK.

.

2.  VAMPS in Jakarta

Ini yang paling buat gua meroyan dan merempan. Lu perlu tahu yang VAMPS ni Japanese Rock band yang tak pernah buat persembahan di Asia Tenggara. Nak masuk China pun jarang-jarang.

Siapa VAMPS? Ingat tak gua pernah pergi Bangkok semata-mata nak tengok konsert L’arc~en~Ciel? Ya, vokalis yang sama. Tapi VAMPS muziknya lebih keras gittewwww.

Tahun 2013 buat julung-julung kalinya VAMPS mencemar duli ke Asia Tenggara dengan membuat persembahan di Senayan City. Waktu ni gua dah merempan sebab; 1) tiket VIP kat sana murah gila! 2) Jakarta is like a playground to me. Rumah tompangan kedua.

Sebab tak boleh pi (2013): Pada waktu yang sama gua berada di Phuket untuk bercoti. Terus rasa tak best nak pergi Phuket. Masa tu je lah. Bila dah sampai kat Phuket tu boleh tahan tinggi gua melompat. Lalang sangat!

Tahun ni, 2015 sekali lagi VAMPS ke Jakarta. Sekali lagi gua meroyan dan merempan. Sebab; 1) tiket VIP dijual dengan harga yang murah lagik! 2) VAMPS membuat persembahan di Kota Kasablanka. Jarak antara Kota Kasablanka dengan kondo Mr.K di sana umpama kalau nak terberak pun boleh lagi sempat balik ke rumah. Dan tiap kali kalau gua ulang-alik KUL-CGK, Kota Kasablanka itu memang tempat wajib persinggahan sebab Mr.K malas nak pergi tempat lain yang jauh-jauh lepas tu sangkut sebab macet.

Sebab tak boleh pi (2015): konsert pada 4th May. Flight gua dari KLIA2 pada 5th May. Gua hampir ikut hati, bagitau Mr.K yang gua nak buat kerja gila. Kononnya macham nak perjudikan segalanya dengan ambik flight MAS CGK-KUL pukul 4.40AM. Sampai KLIA dalam 7:45AM, flight gua di KLIA2 pada jam 8:15AM. Setelah ditazkirahkan, gua ucapakan “Selamat Jalan Romeo” kerna gua sedar gua gila.

.

3.  VAMPS in Hong Kong

Tak cukup dengan luka yang masih baru, Adik Manis Yuu pula memberitahu yang kanda Hyde akan membuat konsert VAMPS di Hong Kong pada 8th May.

Sebab tak boleh pi (2015): kalau gua bagitau dokter gua yang gua nak postpone (lagi) operation yang dah ditangguhkan hampir 3 bulan sebab dolu tu nak beri laluan kepada plan berjalan-jalan, tapi kali ni sebab nak tengok konsert..gua khuatir nanti dokter majuk takmo layan gua dah.

.

4.  Backstreet Boys.

Ini dari jaman sekolah rendah dah tergila-gilakan Nick Carter dengan rambut belah tengahnya. Lagu BSB mana yang gua tak hapal? Tiap kali Angah beli kaset BSB yang baru, curi-curi gua ambik cover kaset yang siap dengan lirik tu semata-mata nak hapal dan sing along. Barulah stylo boleh sing along lagu omputeh dengan fluent! Kalau kat sekolah (rendah) gua yang rata-ratanya hanya menggunakan Bahasa Melayu sahaja, boleh nyanyi lagu omputeh dah kira sangat hebat.

Sebab tak boleh pi: gua dah terbang ke dan akan berjimba-jiimba di luar Kuala Lumpur di waktu kawan-kawan yang lain kompom akan sengih sampai telinga tengok BSB atas pentas duk terkinja-kinja.

Izzie haz sad.

8 thoughts on “Teda jodoh antara kita..

  1. ahhh.. patutla macam lama jek dah tak dengar larc’ en ciel tu.. rupanya hyde dh buat grup lain meh…
    masa mula2 tgk, ehhh macam kenal jek mamat ini… rupa2nya memang kenal sangatlaaaa….
    tetinggal ketepi betul la~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s