Hati yang tertinggal di Korea

2012 di pertengahan musim luruh gua ke sana. Selepas itu, andai gua menonton Running Man dengan Apieq kompom gua akan jerit dengan nada yang naik satu oktaf, “Cu dah sampai sini!”, “Cu pergi hari tu!”, “Cu jalan kat sini!”. Disertai dengan memek muka Apieq yang dah naik meluat dan jelly. Tapi gua tahu dalam hati beliau, gua ini sentiasa menjadi idola dan ibu saudara kesayangannya. Cuma beliau suka sorok kenyataan itu. Olololo. Comel!

Gua tak pernah cerita pun pasal Seoul kan? Mula-mula dulu memang seksaited nak cerita sebab banyak nak kongsi, banyak tempat menarik dan subhanallah punya chantek nak tunjuk, tapi lepas tu bila memikirkan banyak gambar nak kena pilih, dengan tempoh percotian 12 hari kat sana..terus jadi sejarah yang terlipat dalam memori gua sahaja.

Malam ni gua nak cari gambar di Stockholm, tapi stumbled upon folder Seoul yang gua copy dari Leanne dan Lela. Gambar yang mungkin gua tak pernah tengok lagi sebab sebelum ni gua cuma copy dari kamera kanda Massabrina dan adik manis Yuu.

Terus rasa rindu menggebu-gebu dengan kenangan dan makanan enak-enak di sana. Gua tepek mana yang gua rasa menarik tanpa ikut kronologi. Rasa nak kongsi.

P1090753

P1090737

Memandangkan tempat tinggal kami di Myeongdong, lepas check-in terus aja ke Myeongdong night market. Tiap-tiap malam bukak dan sini memang sangat happening. Standard harga barang adalam KRW10,000 ke atas (MYR33.30). Tapi barang berkualiti.

Cuaca sejuk dan sangat berangin tapi tak pakai gloves. Memang beku lah untuk orang yang tak tahan sejuk macham gua ni. Hot pack pun dah tak rasa kepanasannya langsung.

P1090999

Hari berikutnya nak berjalan-jalan. Kami tak amek ground tour, semua sendirian berhad sahaja. Adik manis Yuu dan Seoul dah macham balik kampung. Dyla (white hoodie) kebetulan buat praktikal kat area Lotte World jadik makin meriahlah rombongan Cik Kiah. Mak Tiri Leanne dan Lela pun dah pernah 2 kali ke Seoul. Memang pergi dengan otai.

Pengangkutan utama adalah LRT dan kaki. Banyak sangat berjalan. Tambah pulak muka bumi Seoul yang berbukit dan banyakkkkkkkk tangga. Kasut memang kena pakai yang paling sesuai dan selesa. Walaupun gua berjaya sambar sepasang boot yang chantek, murah, handmade dan made in South Korea tapi gua tetap pakai Skechers Go Walk kaler shocking pink tu sebab sangat selesa untuk support osteoarthritis gua. Jalan dari pagi sampai ke malam pun alhamdulillah takde masalah sebab insole sangat lembut. Cuma kena pakai winter socks.

Dan perhatikan baju yang gua pakai. Tebal nak mampos sebab enam lapis. ENAM LAPIS! Sampai sakit bahu gua sebab pakai baju terlalu banyak lapis dan tebal dan berat.

IMG_20121110_165135

Budak-budak Gryffindor. Ada sorang budak Slytherin tapi tak masuk dalam ini gambar.

Bentuk “J” yang adik manis Yuu pegang tu adalah aiskrim. Teruja sebab bentuknya agak..eksotik. Sejuk-sejuk boleh pulak makan aiskrim, kan?

IMG_20121110_160845

P1100002

P1100133

P1100088

P1100160  IMG_20121114_161206

Sepanjang di Seoul, kami memang makan makanan tempatan. Sumpah sangat sedap walaupun agak mahal. Padahal pergi makan kat kedai-kedai biasa yang bagai nak reban pun ada, dengan ahjumma yang langsung tak pandai cakap English tapi sangat friendly dan teruja bila ada orang luar yang datang ke kedai mereka. Sebab diaorang tak biasa terima pelancong, terutamanya dari Malaysia.

Insyaallah, makanan halal. Kedai-kedai ni cuma hidangkan makanan laut. Dan kami tak was-was.

IMG_20121111_132524

Kat Trick Eye Museum. Sejenis perangai yang suka dengan benda pelik-pelik.

P1100121

Muka sangat seksaited sebab turun salji walaupun sekejap. Lepas tu dah cair. Setiap hari sebelum keluar, memang akan semak dulu cuaca dan suhu. Dan payung memang akan sentiasa dibawa bersama-sama. Untong sebab payung boleh pinjam dari guesthouse aja.

20121115_091028

20121115_093245

Hari ketiga (kot?) dah berjaya sambar satu trench coat dengan harga yang sangat berbaloi. Sangat selesa, sangat stylo (semustinyalah kan sebab what do you expect dengan penduduk yang memang sangat trendy, dan baju-baju kat Seoul memang lawa-lawa), dan gua berjaya beli dengan harga RM60! Makan hatilah!

P1100472

Seoul memang sangat berangin. Dan anginnya sangat sejuk. Disebabkan rambut gua adalah sangat halus tapi sikit, dan panjang jadi terlalu mudah untuk menjadi kusut. Bila bersiap-siap untuk keluar setiap pagi, kanda Massabrina akan dandankan rambut gua dengan dandan lipan.

Awwww..sweet, kan?

IMG_20121110_135500

Pokok buah pisang kaki atau dalam English: persimmom. Masa ni memang tengah musim. Dulu gua biasa makan buah pisang kaki yang dah dikeringkan sahaja. Rupanya yang segarpun sedap! Pokok ni dalam perkarangan Istana zaman Joseon. Gua lupa apa nama istana ni.

IMG_20121116_141933

P1100391Kawasan istana adalah terlalu besar untuk dijelajah. Terpaksa berhenti berteduh seketika sebab hujan renyai dan sejuk.

Beg beli di di kedai berdekatan dengan Ehwa Womans University. Harga beg-beg di situ semuanya KRW10,000 setiap satu. Gua beli 10. Sebab tak mampooooo nak kawal diri bila tengok pelbagai jenis rekaan beg yang menggodakan iman dan jiwa.

IMG_20121116_134227Tak dapat bergambar dengan oppa di Korea, dengan pengawal istana pun jadiklah!

Lelaki di Seoul memang tinggi dan wangi. Tengok tu, gua takat dadanya sahaja. Kalau berdiri sebelah Hyun Bin oppa, Sukkie oppa dan sewaktu dengannya pun gua rasa gua takat dada depa ja. Kalau peluk, terus muka dapat disembamkan ke dada (sambil tangan akan pukul-pukul manja dada bidang tersebut). Awwww..

IMG_20121116_161300

Lepas habis menjelajah istana, kita sambung jalan lagi.

IMG_20121117_112518

Kawasan Sungkyukwan Universiti. Banyak bangunan-bangunan lama dan tradisional yang masih dikekalkan di dalam kawasan universiti ini. Kalau pernah tengok drama Sungkyukwan Scandal, di sinilah rakaman dan penggambaran dijalankan. Kebetulan masa kami di sini, ada sebuah perkahwinan yang dijalankan dengan penuh tradisi Korea. Kiranya kitaorang dah jadi wedding crasher hohoho.

izzie in sungkyunkwan univ

Tempat seterusnya: Haneul Park. Kena panjat beberapa ratus anak tangga untuk sampai ke puncaknya. Penat tapi berbaloi bila dapat saksikan sendiri keindahan pemandangan di sini.

P1100644

IMG_20121118_172234

IMG_20121118_170321

Dan jugak untuk kami yang masih kanak-kanak di dalam hati, EVERLAND! Gua tak jumpa pulak gambar rollercoaster yang laju hampir 200 km/j yang gua naik kat sana. Nanti carik balik.

20121115_103749

IMG_20121115_143533

Ada zoooooo!!! Adakah gua boleh menjadi Disney Princess sebab burung-burung ni tak takut untuk hinggap dan di atas telapak tangan gua?

IMG_20121113_120149

Wajib dilawati: Nami Island. Gambar gua peluk Kang Jung Sang/Bae Yong Joon tak dapat dijumpai. Mungkin bukan dalam folder ni. Tapi sumpahhhhhhhh..gua rendang sungguh dibandingankan dengan ketinggian oppa.

IMG_20121113_133137

IMG_20121112_211029

Pemandangan biasa menjemur stokin di dalam bilik. Kalau di Jepun tandas duduknya berada dalam suhu yang suam, teknologi Korea Selatan pula menjadikan lantai di rumah dalam suhu yang panas. Jadi bolehlah kita gunakannya untuk kebaikan sendiri.

20121119_165946

Dah nak balik. Banyak gambar tak jumpa. Han River cruise, 63 Building (ni siapa yang tengok My Girl tahulah significant 63 Building ni), Namsan Tower, dan banyak lagi tempat yang gua kena selongkar semula.

IMG_20121119_175945

Nanti kalau jumpa, gua sambung lagi tepek kat sini.

5 thoughts on “Hati yang tertinggal di Korea

    • Though autumn & spring are my favourite seasons, but i really love winter.
      I sanggup tahan kalau dapat pergi ke sana dan menikmati segala keindahan Seoul lagi sekali.

      Jom adik manis, jom!

  1. okay nangis.
    i immediately recognize all the photos and all the memories that came with them.
    *duduk bucu bilik gelap nangis tanam cendawan*
    X-MAS TAHUN NI JOM?!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s