Bini kesayangan

Cuaca panas membahang Ahad lepas. Tambah pulak dengan waktu jam 12 tengah hari. Matahari tengah terpacak tepat atas kepala. Pintu masuk ke parking IKEA dihadang dengan kon, tandanya tempat parkir teda yang kosong.

Mr.K yang memandu memang tidak gemarkan situasi begini. Pakkal je dia nak tukar duit di sebuah pengurup wang kerna dijanjikan nilai yang lebih tinggi berbanding dengan pengurup wang lain. Mujur akhirnya kon oren dialihkan, dan kereta meluncur masuk ke P1.

Kalau tadi sudah menunggu, kini tibalah pula misi menjejak parkir. Sudah 5 kali pusing, masih tidak berjodohan. Mr.K sudah mengeluarkan mandat, bahawasanya tedalah sesi makan tengah hari di IPC. Kerna beliau akan sekejapan sahaja, dan meminta supaya gua hanya tunggu di dalam kereta.

Entah kenapa gua nampak meatballs IKEA itu seakan punya sayap-sayap kecil yang terbang jauh dari gua.

Punah harapan!

Mr. K memberikan signal ke sebelah kiri di deretan parkir yang sudah sedia penuh. Butang “P” ditekan. Lalu bermulalah peranan gua sebagai penunggu kereta. Sudahlah perut lapar, terpaksa menunggu dalam kereta. Kalaupun udah selesai urusannya nanti, nak ke tempat lain untuk makan tengah hari pasti ambil masa memandangkan keadaan trafik di kota tidak dapat dijangka.

Nampak tak pengorbanan yang gua lakukan di situ?

Dalam 5-7 minit selepas gua mengambil gelaran penunggu kereta, sebuah van mula menghidupkan enjin dan meninggalkan kotak parkir.

Gua dalam dilema. Sama ada perlu berjuang untuk perut gua yang mula memberontak ataupun tunggu sahaja Mr.K selesai dengan urusannya. Manakan tidak perlu berjuang? Ini bukan kereta gua yang pendek dan comel itu, ini kereta Mr.K! Kalau kereta gua panjangnya kurang lebih 3.5m sahaja, ini panjangnya hampir 5m. Tau tak gua ini biasa bawak kereta compact?! Tapi kali ini adalah bini Mr.K!

Maksud gua, kereta yang panjangnya 5m itu, bukan gua.

Selalunya kalau gua pegang stering VW tersebut, suaminya ada di sebelah. Kali ini suaminya teda. Suaminya teda untuk buat pemantauan. Suaminya teda untuk jeling-jeling gua kalau kaki ini tekan accelerator dengan rapat. Suaminya teda untuk bising-bising kalau gua langgar lobang ataupun laju menghentam bumper jalan.

Suaminya teda!

Kalau gua nak pedajal pun bukan dia tau! Hahahahahahaha.

Tapi memandangkan gua tak sampai hati nak menghampakan perasaan perut gua yang bergejolak mintak diisi, perlahan-lahan gua langkau dari tempat penumpang ke tempat pemandu. Perlahan-lahan gua baca bismillah, dan jugak kalimah syahadah. Tak lupa jugak zikir.

Gua masukkan gear ke “R”, butang “P” gua tekan supaya handbrake dilepaskan. Perlahan gua undur kereta untuk mula ambil jarak. Gua lebih selesa dengan reverse parking. Skrin di dashboard bagi membantu dan memudahkan parkir gua tak reti nak tengok. Cermin sisi sahaja yang dapat dijadikan pedoman dan panduan buat masa ini. Teda juga bantuan arahan dari mulut Mr.K.

Makin kuat gua berzikir.

Mujur teda kereta yang berjujuk di belakang gua. Oleh yang demikian, gua tidaklah berasa cemas dan tertekan. Bini Mr.K mula memasuki petak parkir dengan jayanya. Saat alarm kedengaran makin kerap, terus gua tekan brake. Gear ditukar ke “P”, dan butang “P” handbrake gua tekan.

Lepas hazab gua!

Dengan bangganya gua menelepon Mr.K.

“I’VE GOT A PARKING!!!”

Usai makan tengah hari, Mr.K dan gua jalan beriringan ke kereta untuk pulang. Kunci kereta gua pulangkan sewaktu mula menghampiri kenderaan. Gua perhatikan gerak-geri Mr.K yang menuju ke bahagian belakang kereta yang memulakan pemeriksaan.

“You hentam bumper tak?”

Jilaka! Patutnya tadi gua toreh je kereta dia dengan duit 50 sen.

2 thoughts on “Bini kesayangan

  1. Kadang-kadang aku pun merasa seperti bermadu je dengan kereta laki aku. Tapi kereta laki aku idoklah VW. Kalau VW, aku rasa memang teda la aku nak bawak. Boleh mati sakit hati hahahaha. Padahal yang merepeat ujian memandu tu dia, aku lulus dengan cemerlang kottttt haha.

    • lelaki dan kereta berpisah teda. perasan tak kereta lelaki lebih kemas berbanding kereta perempuan?
      eh, kereta gua je kot yang macham tongkang pecah tu? hahahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s