menaip dengan mata fokus ke skrin telly, hanya jari-jemari yang menari

*smirk*

Kadang-kadang gua sendiri rasa gua pelik. Ada benda yang akan buat gua rasa jengkel tanpa sebab musabab yang kukuh. Kalau ikut trend hari ni, orang akan claim tebiat tu sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Tapi bahasa senangnya gua nak cakap, being bitchy!

Hahahaha.

Tapi ni rasanya takde kena mengena dengan OCD. This is just me.

..

..

Gua tak boleh tengok orang menaip dengan jari telunjuk SAHAJA.

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG sedas!

Gua tau takde kena mengena. Tapi saja nak cakap. Gua takleh tengok. Sama macham kau akan rasa bulu tengkuk meremang bila tengok berenga banyak-banyak nguet nguet urung bangkai atau sampah berulat.

Eh. Itu gua jugak tu.

Ataupun geli tengok semut kumpul-kumpul dengan telur banyak-banyak bawah tikar getah yang lembab.

Eh. Itu gua lagik tu.

Dulu kan, gua pun menaip dengan jari telunjuk sahaja. Lepas tu mak tegur, mak kata berlatihlah guna empat jari. Kemudian dia tunjuk empat jari di tangan kiri dari jari kelinking ke jari telunjuk; A-S-D-F, dan tangan kanan dari jari telunjuk ke kelinking; G-H-J-K. Kata mak, dulu dia sampai pergi kelas belajar menaip nak dapatkan ilmu menaip ni.

Dulu bukan macham sekarang, laptop ada sorang satu. Satu rumah ada sebuah komputer pun dah besar rahmat. Sebagai seorang anak yang mendengar nasihat omaknya, maka gua pun berpikir-pikirlah cara untuk berlatih menaip dengan bagus dengan menggunakan teknik asas yang mak ajarkan.

mIRC.

Hahahahaha.

Percaya atau tidak, memang gua gunakan mIRC sebagai tempat untuk gua berlatih menaip dengan betul dan laju. Mana tidaknya, nak kena balas dengan cepat dan banyakkkkkkkkkkkkkkkk chatters yang buzz gua. Kah kah kah.

Jangan tanya nickname gua. Takut ada yang kenal. Puahahahahahaha.

Lama-lama bila dah boleh menaip macham yang mak katakan, gua dah malas nak chatting. Bosan sebab chatters makin membosankan. Tipikal sangat depa punya intro; “hi. a/s/l.”. Gua hanya akan chatting dengan chatters yang punya intro selain daripada, “hi. a/s/l pls.”

There was once, sorang chatter buzz gua dengan, “Do you believe in magic?”

And the rest is history.

Gua kemudian banyak main kuiz kat channel #kuiz. Seronok sebab lawan dengan segala chatters yang ada, lawan siapa paling cepat tulis jawapan. Mula-mula memang payah nak kumpul markah dan ranking sebab tak tau jawapan sedangkan orang lain bukan main laju jawab. Lama-lama, baru tau depa ni dah hapal soklan dan jawapan yang bot ada.

Dolu punya cerita lah.

Tapi jangan suruh gua taip coding untuk programming. Kemahiran menaip dengan laju menggunakan 10 jari secara otometik tidak akan berfungi. Jangankan menaip dengan jari telunjuk, satu jari pun terketar-ketar! Tengok keyboard pun terus gua rasa nak pitams.

I just hate coding and programming. Sampaikan tengok screen Command Prompt dan Linux/RedHat pun gua dapat panic attack.

Cibais betul!

Ohoi! Gua nak cerita benda lain benornya. I DID MY LASIK!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s