Solitude of 2015.. “I have 589 friends on Facebook, yet I am lonely”.

"Its been a month and 14days from this entry, and 24days passed 2015. 
Manaaaa youuuu? Hahaha. 
Anyway how’s Lasik babeh? I miss your writings, please make a comeback, gituuuu!" 
-Alin Faiz.

Ini kali kedua.

Kali kedua seorang stranger, yang gua kenal hanya di donia maya, yang hanya didekatkan dan dikenalkan melalui pembacaan serta penulisan. Tetapi entah kenapa, untuk kedua kalinya juga selepas Alin meninggalkan pesan..terus aja gua mencapai laptop lalu mula menulis tiap bait dan kata.

Mungkinkah Alin hits the right button? Kerna pernah jua teman-teman lain yang menggalakkan untuk terus menulis, tapi ‘feeling’ tu tak sampai. Lalu belog gua tinggalkan sepi. Ya, mungkin ada benarnya Alin telah menekat butang yang tepat.

..

Dear Alin,

Kalau ikutkan kepala ni, terlalu banyak benda yang nak dicurahkan as I am a mere storyteller. Kalau kena dengan orangnya, I memang suka bercerita dan mencurah rasa. Pada I, bercerita umpama sebuah terapi. Tapi kalau tidak kena dengan hati, langsung tak mau bercerita walau apa yang dimakan tengah hari tadi.

I juga suka menulis. Namun sering punya kekangan malas dan suka tidur. Ataupun bila I dah baca novel, I tak boleh berhenti. Sama jugak kalau I dah mula marathon drama series dan movies yang banyak gila I download sampai tak cukup external hard disk yang I ada dengan jumlah keseluruhan 2.5T. Lalu terpaksa tambah lagi 1T. Macham mana I nak terus konsisten menulis? Banyak godaan lain.

Hari demi hari I makin rasa sesak. Sesak dengan segala perkongsian di ruangan media sosial. Sial. Kita semua berkongsi, dengan kata mahu berkongsi kegumbiraan. Tapi bukankah setiap perkara punya had dan batasan? Mungkin I tak paham niat “berkongsi kegumbiraan” yang rata-rata dilaungkan oleh mereka semua itu.

Dan kemudian I terfikir, apa yang patut I kongsi supaya I takkan buat benda yang I tak suka seperti yang dipaparkan merata-rata.

Tak ada.

Sebab I pun buat benda yang sama.

Lalu I diamkan diri. Simpan tiap cerita.

Lately, I lebih banyak kongsikan perasaan menggilakan dan meroyankan tiap kali ada watak di layar yang mampooo membuatkan I gila. Okelah, to be fair..I spam FB dengan royanan I yang berkadar langsung dengan watak lelaki yang kachak dan menggoda.

I makin suka cara ni. Lay low.

Menulis di belog, dahulunya seronok. Seronok apabila orang-orang yang membaca itu langsung tidak I kenal. Yang boleh berkomunikasi walaupun tak pernah bersua muka. Yang tidak memberikan sebarang judgement berdasarkan gaya hidup I. Yang memberikan komen-komen membina, yang turut sama berkongsi minat dan yang sewaktu dengannya.

Lama kelamaan I tak rasa kebebasan menulis itu lagi. Beberapa kali belog ini bagai dijadikan tempat pengumpulan maklumat untuk tiap aktiviti hidup I. I makin lemas. I jadikan penulisan sebagai salah satu medium untuk I bersuara, melontarkan perasaan dan rasa, tapi sering disalahertikan dan diputarbelitkan tiap makna dan jalan cerita.

I benci bila orang-orang di luar sana yang kenali I, menjadikan belog sebagai tempat untuk mengetahui tentang I sedangkan bila bertembung muka, langsung tidak kesahkan untuk bertanya khabar.

Mungkinkah I perlu menulis di ruangan baru? Di ruangan yang tak ada sesiapa kenali I? Supaya penulisan I lebih terbuka, telus dan benar-benar lahir dari hati? Supaya tiada peniruan dari segi gaya bahasa dan teknik penceritaan?

Untuk masyarakat sekarang, mungkin I kedengaran pelik. Pelik kerna tak mahu limelight, tak mahu sebarang hebahan, tak mahu sebarang kemasyuran. Di alam maya, maksud I. Entahlah. Untuk I yang bekerja dalam bidang IT/Network, I bukanlah seorang yang gemar menjadi hamba kepada teknologi dan gadjet. I tak mahu menghabiskan masa berjam-jam depan laptop/smartphones/tablets hanya untuk memaparkan kehidupan I di layar media sosial. Sedangkan, kita mengabaikan orang yang duduk di hadapan kita di meja yang sama.

Teknologi mendekatkan yang jauh, menjauhkan yang dekat. Bukan?

Kan I dah pernah kata, I ni old-fashioned. I mungkin silap zaman, mungkin lebih sesuai kalau hidup di zaman Victoria.

Love,

Izzie

4 thoughts on “Solitude of 2015.. “I have 589 friends on Facebook, yet I am lonely”.

  1. Tetiba rasa macam pelik je dgn entri ni… ada seseorg yg cuba mengusik kah? then baca balik entri lama punya komen. okeh dah dapat jawapan.
    komen daripada manusia yang tak berapa nak beriman tp perasan beriman tu yang lebih.
    emmm abaikan izzie! manusia tak kan pernah senang melihat kesenangan manusia lain…
    kalau kamu ikut dia maknanya dia berjaya…!
    tapi tapi tapi….. kalau betul nak berhenti menulis nampaknya aiolls kena add FB uolls la cenggini…
    nanti ai rindu tak dapat baca coretan2 u T.T
    tapi… jangan la berhenti lagi….😥

  2. I feeellllll youuuuuuu, so much! Betul, jadi tak seronok bila ada restriction menulis. Walhal it’s our own space, and I don’t mind people judging, but just keep it to yourself.

    And haih, yeslah. Ada masa memang stress and annoyed bila scroll down the timeline, tengok orang mengeluh benda yang sama all over again and ada benda kecil pun nak share dalam FB. For example: “aku lapar” or “headache headache headache”. What is that? If lapar, carilah makan kenyangkan perut tu, if sakit kepala, then makan lah ubat and rest. Why are you still on FB then?

    And bila kita meluahkan ‘kemenyampahan’, orang akan kata tak suka silalah unfriend, silalah unfollow. Well, so much to my pleasure. Memang I remove pun. Tapi, sentap pula lepas tu?

    Tapi tu lah, kadang-kadang tanpa sedar kita pun buat benda yang sama. But i am trying very hard untuk limitkan sharing things like that dalam media sosial, I takut orang menyampah. That’s why I blog, to put on my frustration, to let out my anger and to share happiness. It’s not for other people, but it’s for me. For me to look back things I’ve done and to remind when I forget. And tak semua orang tahu I ada blog pun. And people can alway opt not to read, rather than FB or Twitter or Instagram, suka tak suka kadang-kadang terbaca juga.

    Haha, anyway thanks for writing, Izzie. I tahu you menulis dari hati and ikhlas, and honestly its like falling in love with your writing. Yes, I’m scary like that. Hahaha.

    and oh, I cuma ada 301 friends in FB and I would like to join you untuk hidup di zaman Victoria, please?

    • “And tak semua orang tahu I ada blog pun. And people can alway opt not to read, rather than FB or Twitter or Instagram, suka tak suka kadang-kadang terbaca juga.”

      trust me, kalau derang tau you ada belog..eventhough they dont really fancy you, they will still read because they want to know about you. curious much, i say.

      but yeah, kita manusia. hati tak suci mana. sebab tu masih tak berjaya naik awan guling

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s