Bengkok

  • Minggu lepas gua coti seminggu tiba-tiba. Tak pergi ke mana-mana pun, cuma bawak Mak sama Apieq balik kampung. Macham tak sampai hati derang datang rumah gua tapi gua pulak kena kerja. Oleh yang demikiannya, bercotilah kita. Dan memandangkan Makcu macham dah mengeluarkan kenyataan supaya jenguk-jenguklah ke kampung sebab KL-PEKAN dan dekat, tedalah tempat lain yang afdhooool untuk dituju.
  • Ahad: KL-PEKAN. Khamis: PEKAN-KL. Jumaat: KL-PENANG. Sabtu: PENANG-KL. Penat hoi memandu sorang-sorang dengan jarak perjalanan yang jauh. Kena pulak time coti sekolah, kereta atas lebuhraya macham ulat taik. Tambah lagi kalau ada construction/betulkan jalan. Bengkok lutut gua.
  • Pandu kereta di waktu siang dan panas terik, tanpa cermin mata gelap. Sebab gua takmo dan takut untuk pakai contact lenses dah. Kerap sangat kena conjunctivitis sampai satu tahap mata jadi terlalu sensitif. Pakai contact lenses sekejapan pun mata dah terasa pedih dan kering. Kalau dulu? Gua siap tidur, mandi, swimming, snorkeling bagai dengan contact lenses.
  • Tahun ni gua nekad nak buat LASIK. Dari awal tahun asyiklah bertangguh. Mula-mula dulu gua cadangnya nak buat kat Hospital Pakar Mata Tun Hussein Onn. Tapi sekarang gua beralih arah ke Prof. Muhaya.
  • Dijangkakan baki akaun bank gua akan bengkok. Kalau buat standard LASIK: RM7-8k. RELEX SMILE: 12-13k.
  • 26hb Disember ni gua akan menjalani Pre-LASIK untuk Eye Assessment.
  • Untuk orang yang dah rabun dari usia 10 tahun, kemudiannya power mata dah menjangkau 500++, hidup memang dah terlalu bergantung dengan cermin mata kalau nak melihat dan memandang. Dah umpama orang buta. Kalau nampak gua meraba-raba tu, tolong jangan gelak.
  • Kalau berjaya, mungkin LASIK ini akan bertahan untuk tempoh 10 tahun++ (umur gua 40 tahun) sebelum faktor usia (rabun dekat) datang menjengah. Waktu tu, memang perlu kembali pakai cermin mata jugaklah. Gua redhoooooo.
  • Sebenarnya, gua cuak. Tolong doakan untuk gua ya!

One thought on “Bengkok

  1. Its been a month and 14days from this entry, and 24days passed 2015. Manaaaa youuuu? Hahaha. Anyway how’s Lasik babeh? I miss your writings, please make a comeback, gituuuu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s