Lembu pun lagik femes!

Masa gua outstation itu hari, dari BKI ke KCH first time gua naik MAS Wings. Transit kejap kat BTU sebelum sambung semula perjalanan ke KCH.

Yang paling memberikan gua kejutan budaya masa inflight passenger announcement untuk door closure dan safety demo.

<Matikan segala peralatan elektronik>. “Kami tahu anda sangatttttttttttttttttttttttttt sayangkan telefon bimbit anda.”

Dia punya sebutan SANGATTTTTTTTTTTTTTTTT tu gila punya sarkastik! Lembut tapi menusuk kalbu. Hahahahahahaha.

<Seandainya berlaku kecemasan dan perlu keluar melalui pintu keluar>. “Sila tinggalkan kasut tumit tinggi dan beg anda, walaupun ianya mahal.”

WALAUPUNNNNNNNNN!!!

Hahahahaha. Paling win wehhhhh!!! WINNNNNN!!! Sila sentap!

IMG_0278

View dari bilik gua di Hotel Grand Margherita, Kuching. Sahaja gua request bilik dengan river view kerana Allah Taala.

“Sayang Sarawakkkkkkkkkk sungainya sempit.”

TAK SEMPIT PUNNNNNNNNNNNNNN!!!

Luas je gua tengok Sungai Sarawak tu dengan air sungai kaler cekelat. Pastu gua terbayangkan Bujang Senang. Hahahahaha. Imaginasi memang bekerja lebih masa.

Gua tak tinggal lama dekat Kuching sebab lepas habis kerja, terus qada’ tidor kat hotel. Besoknya terus terbang pulang ke KUL naik belon. Mungkin gua kena repeat ke Bumi Kenyalang ni sebab short visit cenggini memang tak berikan impresi yang begitu baik pun untuk pelancong (eceh!) seperti gua. Gua yakin banyak lagi tempat yang menarik di Sarawak, yang berunsurkan alam, yang mampu meninggalkan kesan kepada setiap pengembara.

Ok, habis cerita seminit dari Sawarak. Secara rasminya gua pada usia 28 tahun barulah lengkap jejak kaki ke seluruh negeri di Malaysia. Hahahahahaha.

Berbalik kita kepada Sabah.

Meneruskan perjalanan mencari kedamaian yang hilang, gua ke Kundasang bersama-sama nyonya Marina dan Nash. Selain daripada tempat yang mendamaikan, faktor lain yang penting adalah the right companion. And they were there for me. Puas dapat cakap loghat Utara kalau dengan depa ni, penuh perasaan tanpa holding back. Hahahahaha.

[Jambatan Tamparuli]

Nak naik jambatan ni, kena nyanyi lagu Jambatan Tampuruli dolu. Sila hapal ye anak-anak sekalian.

IMG_0365

IMG_0367

[Mesilau Nature Resort]

Nash cadangkan untuk bermalam di sini. Gua pernah sampai ke Mesilau Nature Resort masa trip dengan Abang Alfian, masa first time gua melawat Kota Kinabalu dolu. Cumanya kami tak tidoq sini, minum aja di coffee house. Mahai nak mampuih!

IMG_0389

Bunga lili putih sebagai penyeri di coffee house.

Nyaman, aman dan tenteram.

IMG_0386

Jauh dari hiruk-pikuk kota. Yang ada cuma ditemani unggas di kaki Gunung Kinabalu. Tenang wehhhhh, tenang. Tapi sejuk gila babi. Waktu malam kena pasang heater, bungkus badan dengan comforter, pakai stoking, pakai baju tebal. Sejuk macham haroooommmmmm. Gua kat Stockholm pun tak sejuk macham ni. Dalam bilik rilek je pakai baju selapis.

Kebetulan masa gua di Kundasang dan Mesilou, ada 28th Mt. Kinabalu International Climbathon sekali dengan Pesta Kobis. Kobis -sayur paling gua tak minat. Hahahahaha. Memang meriah pekan Kundasang dengan macham-macham pesta.

Lepas breakfast di coffee house, kami bertiga jadik tukang sorak. Paling sentap bila tengok kategori vateran. Makcik-pakcik lagi tua wehhhh tapi fit gilaaaaaaaaa. Sentap sat 5 minit.

Lepas tu dah boleh makan dengan bahagia semula tanpa rasa bersalah.

IMG_0399

IMG_0387

Boleh nampak puncak gunung dari kaki gunung. Priceless!

Untuk pengetahuan umum, Mesilou adalah salah satu pintu untuk mendaki ke Gunung Kinabalu.

[Fish Spa, Ranau]

IMG_0445

Nasib baik tak boleh tangkap. Gua berzikir je dalam hati mohon disabarkan nafsu gua yang bermaharajalela. Mana tidaknya, ikan sebesor lengan gua T_____T, bakor cicah ayaq asam kompom nasik tambah 3 pinggan.

Bayaran masuk RM5 (kot?). Hahahaha. Hilang ingatan. Boleh main ikan selama 15 minit. Ikan kecik-kecik tu suka dok gigit kaki. Elok. Silalah makan daki-daki di kaki beta wahai rakyat jelata. Aherherher.

Ada satu gerai kat luar pintu masuk tu juai goreng pisang sedap-rangup-panas krup krap krup krap. Gua selaku peminat tegar goreng pisang meng-approve goreng pisang tersebut. Singgit dapat 6 keping kot. Nash beli 2 ringgit. Dapatlah 4 keping sorang. Rogi di situ sebab beli sikit. Demmit!

[Desa Cattle Dairy Farm]

IMG_0404

IMG_0405

Fine! Gua dah sampai sini. Dolu takdok lagi, dan memandangkan segenap rakyat di Semananjung sangat hype pasal lembu-lembu di New Zealand yang bermastautin di Kundasang, makanya gua pun kenalah mencemar duli dan melawat kawasan.

Bayaran masuk RM4 (kot?). Hahahaha. Hilang ingatan lagi. Rasanya lain kali kena tulis dalam buku nota supaya dapat berikan info yang tepat. Maafin.

Pemandangan chantek dengan rumput menghijau dan saujana mata memandang. Tambah pulak dengan pagar putih, lembu dengan corak tompok-tompok hitam-putih, cuaca sedikit dingin, sepertinya di luar negara.

Tapi sekali angin bayu membawa bau lembu..perghhhhhhhh!!! Bau lembuuu! Hahahaha. Tapi sumpah, lembu sini sangat femes sebab semua orang nak tangkap gambor dengan lembu-lembu tersebut. Manusia yang datang pulak ramai macham ulat taik!

Setiap jam 3 petang, lembu-lembu akan beratur masuk ke kawasan perahan susu. Susu kemudiannya akan terus diproses. Ada yang dipaket dalam kotak sebagai susu segar, dijadikan aiskrim, yogurt, dan segala macham lagi. Kalau nak coba, ada kaunter yang menjual produk tenusu di sini. Cenderamata pun ada.

Dua benda yang gua rasa boleh diperbaiki di masa depan di Desa Cattle;

1. Proses pemerahan susu secara automatik sesuai dijadikan proses pembelajaran kepada pelajar sekolah. Malah, dari pengamatan gua memang banyak rombongan sekolah yang datang melawat Desa Cattle. Cumanya masa proses pemerahan ni, tak ada penerangan secara audio mahupun tulisan. Pelawat hanya memerhatikan proses pemerahan dari deck pemerhati. Macham mana lembu berbaris untuk tunggu giliran susu diperah, macham tu jugaklah pelawat berbaris di hadapan cermin melihat lembu diperah susunya.

2. Kebersihan. Disediakan kerusi dan meja untuk pelawat untuk berehat dan menikmati produk tenusu. Sayangnya, kesedaran sivik masih kurang. Cawan-cawan aiskrim/yogurt dibiarkan di atas meja. Sisa tenusu pun tidak dibersihkan dan menjadi habuan lalat. Tak manis dilihat pelancong luar dengan keadaan sebegini, bukan?

IMG_0266

Sebelum gua mengakhiri kalam, terimalah gambar makanan dari Fook Yuen. Sebab tak lengkap hidup Izzie Z. tanpa makanan disuapkan ke tembolok beliau. Gua dan makanan, berpisah teda.

Okbai.

2 thoughts on “Lembu pun lagik femes!

  1. izzuuueee!!!!

    suka makan… makan banyak… selalu cerita bab makan… tapi still kurus!!!! (merujuk pada gambar post sebelum ini berbaju putih)
    amboihhhh camne buat tu? cer ajo!!

    • berat i naik almost 62kg lepas raya, ieyza. tak tahu kenapa, sebab rasa (ceh!) i makan macham biasa jugak. cuma i makan masakan mak i. hahahahaha. well, masakan yang penuh dengan kasih sayang, yang sepinggan takkan pernah cukup T____T. i rasa gerun bila tengok diri sendiri dalam cermin bila pakai seluar. seriously, sangat menyedihkan. nak tutup lemak dan bonjolan, i banyak pakai long skirt. tapi itu penyelesaian sementara.

      i jenis tak boleh diet tanpa makan. itu gila pada i. i tak boleh skip meal. itu pun gila pada i. i kena makan. i tak boleh kawal napesu makan. kalau sedap, memang i akan makan banyak. kalau tak sedap, memang i tak makan terus. konflik identiti sungguh di situ.

      so, i cuba dengan makan nasik sekali sehari. selalunya tengah hari masa kat ofis. pagi i minum susu for breakfast. kalau rajin (kalau sempat sebelum pegi ofis), i makan cereal with high fibre. malam, selalunya i buat salad with grilled chicken/salmon/lamb, pasta, tomyam sayur, sup ayam etc. i still indulge myself with desserts here and there, i still drink caramel macchiato (sometimes for the taste, sometimes to cure my migraine).

      tapi i perasan, susah nak turunkan berat i walaupun i dah kawal makan. nak taknak, kena senam jugak. walaupun physiotherapist i tak bagi buat senaman berat sebab keadaan lutut i, tapi i takde pilihan lain. nak swimming, i malas. nak berbasikal pun malas. i pilih dancing sebagai alternatif.

      eh, panjang pulak cerita ceriti. hihi. malu ai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s