Berlari ke langit

Secara lahiriahnya, gua memang perlu berlari untuk bisa terbang ke langit. Berlari umpama seekor burung yang terbang bebas, dengan di bawahnya adalah pokok-pokok menghijau dengan kelihatan sebuah lembah di hadapan.

IMG_0377

IMG_0502

[Paragliding]

Dah lama teringin nak coba. Tiap kali ke KK kalau atas urusan kerja, memang tak sempat nak curik-curik masa. Mana nak cover letih lagi. Sungguhlah tak best. Sebab tu gua kembali semula walau tak sampai 2 minggu berikutnya. Senang, teda melibatkan kerja oleh itu gua bebas untuk berliburan.

So, let’s play tourist!

Entah. Gua suka Negeri Di Bawah Bayu. Mukabuminya chantek, udaranya nyaman, suasananya permai. Laut dan pantai di sepanjang Kota Kinabalu, cuaca dingin di Kundasang, kaki Gunung Kinabalu di Mesilou, makanan laut yang segar dan enak-enak.

Gambar di atas bukan sekadar hiasan. Senyuman jugak adalah sebenarnya untuk menutup rasa gugup di hati. Sebelum memulakan penerbangan, marilah kita mengucap duakalimah syahadah dolu.

Paragliding perlu bergantung kepada angin dan udara panas. Kalau takdak angin, tak boleh nak take-off. Kalau udara panas kurang, kurang jugaklah masa yang dapat untuk gliding di udara.

Perasaan terbang tu? Perghhhhh…!!

Ni baru sikit gua rasa jadik burung. Best siot kot jadik burung!

Errr. Burung yang tak boleh terbang tu tak masuk dalam senarai.

IMG_0477

Ini di Ranau. Salah satu spot yang biasa untuk paragliding. Tempat berkumpul adalah di Kompleks Sukan Ranau. Kemudian team paragliding yang diketuai oleh Major (B), akan bawak naik 4×4 ke take-off point.

Disebabkan gua takde flying license, makanya kena ada escort. Paragliding jenis ni dipanggil Tandem Paragliding. Seorang pilot yang bertauliah akan bawa seorang passenger. Passenger duduk di depan, pilot di belakang. Sebelum terbang, gua diberi taklimat ringkas dan cara-cara untuk take-off, kedudukan tangan dan kaki semasa di udara nanti, dan landing.

Jilaka! Banyak pulak tu benda gua nak kena buat! I kenot brain it at all. Hahahaha. Nebes siot nak terbang sampai apa yang instructor cakap pun gua dah dengar-tak-dengar.

Seeloknya, pakai pakaian yang bersesuaian. Nampak memang mudah, tapi kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Kasut perlu selesa, seeloknya kasut sukan sebab nak kena berlari masa take-off. Masa gua fly dengan Major, dia suruh gua landing dengan bontot dan angkat kaki horizontally. Nampak gear yang gua pakai macham bag tu? Yang tu lah guna untuk landing. Kalau pilot, depa landing like a boss -dengan kaki.

Paragliding -pengalaman yang paling priceless!

4 thoughts on “Berlari ke langit

  1. 1. Aku memang suka sabah. Pernah panjat gunung kinabalu, tapi takdela plan nak panjat lagi hahahahah pancit! Berangan nak pegi lagi sebab nak tengok lembu new zealand hihihi.

    2. Masa muda, aku berangan jugak nak buat paragliding. Tapi dah tua ni lupakan sajalahhhh. Lutut pun dah tak kuat sangat haha.

    • 1. Gua pun pancit. Plus, lutut dah ketor. Panjat memanjat memang kena bersara hahahaha. Weh, gua pegi tengok lembu tu. Nanti story lain.

      2. Kena coba jugak. At least, once in your lifetime. Pastu nanti dah tua boleh brag sama anak cucu. Hahahaha.

  2. Omaigok! Adrenaline rush I baca ni! I so waannnttt to do this. Tapi I faham perasan you bila dapat instructions berjela dari pilot tu. Bertambah kalut!

    Hahaha. I naik ATV punnnnn kaluutttt nak memahamkan instructions, for god sake its only brake and acceleration je pun. Memang dasar lembab I ni! Hahahah.

    Anyway, how much it cost to glides?

    • I nebesssss!! Nebessssssss!!! Tapi menggeletik nak try, cuma tak sanggup bila nak kena pahamkan instruction. Why oh why???!!!

      Price range untuk paraglidin is varies, dalam RM150-RM250 cenggitu. Sincerely Alin, you should try.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s