Alin suruh update :p

Haha! Kejap je rajin tulis belog, lepas tu malas. Pastu tulis sikit, pastu malas banyak. Susah woooo nak berperang dengan kemalasan diri sendiri ni.

Kan gua sudah bilang, asal gua balik rumah je gua terkedang nonton drama Korea. Waktu rehat pun gua sibuk dengan mendownload di Torrent. Queue gua panjang berjela, maklumlah sementara masih ada internet dengan kelajuan cahaya ni ada baiknya gua menggunakan beliau semaksima mungkin.

Untuk pengetahuan, gua adalah manusia yang boleh tengok download progress gua di Torrent bagaikan gua menonton filem. Hahahahaha. Saikosis.

Tak cukup dengan laptop, tablet pun gua gunakan sebagai hub Torrent. Sebab gua tamak. Download banyak-banyak, lepas tu simpan. Belom tentu nak tengok terus, sampai berjaman pun masih terperuk tapi takpe..janji ada. Sekarang pulak banyak link dah mati. Sakit jiwa gua. Oleh yang demikian halnya, moh lah kita buat stok awal-awal.

Minggu lepas gua download balik Rurouni Kenshin a.k.a. Samurai-X (anime). Tapi low kualiti, makanya gua sedang mendownload semula dengan kualiti yang lebih baik. Anime lama ni legend, nak dapat yang decent quality pun susah. Gua pulak suka original dubbed, takmo yang English dubbed ni. Takdak feel.

Tapi kan, suara Kenshin yang original Japanese tu suara perempuan. Kalau English punya sedap sikit pasal suara lelaki. Auuuwww!! Gatai!

Oh, Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno (Part II) berjaya masuk panggung Malaysia. Gua pegi jugaklah tengok minggu lepas sebab nak tunggu Bluray nanti kompom lambat. Tak menahan dah rasanya. Best woahhhhhh!! Sama dengan anime, Takeru Satoh pulak memang samaaaaa macham Kenshin, lawan-lawan pun samaaaaaaaa sebijik-sebijul. Lajuuuuuuuuu whoahhhh dia main pedang!!! Semua karektor pun samaaaaaaaaaa. Tu pasal kalau live action, let the Japanese do the magic. Kalau Hollywood buat live action, mampos jahanamlah! Tengoklah apa jadik kat Dragon Ball sama Street Fighter. Huh!

Oi, oi! Tengok Fruits Basket (Furuba) tak? Best woahhhhh!! Pergi tengok cepat!

Attack On Titan pun nanti ada live action jugak. Weeeehuuuuu!!!

Stop kejap pasal anime/live action/download. Phew! Semputtttttttttt sebab berada di sexcited state ni.

Nanti-nanti kalau gua rajin, gua hapdet lagik. Mak gua sama Apieq ada kat Kay El ni. Gua pujuk-pujuk suruh datang jugak-jugak. Mak gua ni bukan jenis suka berjalan pasai dia suka duduk rumah. Kalau tak pergi beli barang dapur, memang tak ke mana-mana pun. Paling jauh dia pergi pun bila bali kampung masa raya. Tapi awatnya anak dia langkah panjang tatau? *krik krik bunyi cengkerik*

Bila Mak ada kat rumah memang terasa bahagia. Hahahaha. Makanpun gua rasa walaupun masih jugak macham biasa tapi dengan kehadiran bonda terchenta, teruih semuanya lazat bersari lalu menjadikan lemak tepu kembali berlipat dan berlapis di segenap badan gua. Aura seorang ibu kot?

Satgi petang Mak buat puding karemel. Pastu nak mintak Mak buat nasik lemaklah hari Sabtu ni, esok buat Kuih Cara. Aummm!! Nasib baik mak tak bawak kuali lepiaq [read: leper] dia, kalau tidak boleh request Mak kirai roti jala. Aherherherher.

Tengok! Gua dah atur menu. Sobs! Boleh nampak masa depan akan menjadi lebih lebar kalau berterusan lagu ni.

Uih, awat tiba-tiba lapaq tatau. Okbai. Gua nak balik makan tengah hari kat rumah. Yeeeehuuuu!!

4 thoughts on “Alin suruh update :p

    • Taukah you Alin bahawasanya ada IRIS II tapi kali ni Jang Hyuk pulak hero? Ahahahaha. Sawan i wehhhh sawannnnnnn!!! I am a heavy downloader, so called tokanšŸ˜›. Nak copy kah?

      • babe, biasa dengan dropbox? u ada internet connection kat rumah or unlimited internet kuota..?
        then it should be okay to share all the movies/series yang i ada.

        see, tokan dan mula bertanduk. hahahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s