Betapa sukarnya gua untuk kembali ke realiti selepas membaca novel, namun lebih sukar untuk gua kembali ke alam nyata selepas menonton drama..

..Korea.

Assalamualaikum wahai penunggu kubur.

Hik hik.

Gua umpama zombie lagi hari ini, selepas hanya berjaya ketiduran pada jam 4 pagi. Kalau gua khabarkan kepada Mr.K sebab dan musababnya (selain daripada sebab yang gua insomnia) yang gua tidur lewat lagi kerana menonton drama/baca novel nescaya gua akan dapat kata-kata semangat daripada beliau.

“Good! Buatlah lagi lepas ni.”

Tengok! Beliau begitu supportive!

Drama Melayu? Sudah gua kuburkan semuanya ke dasar laut. Apa tidaknya, lepas drama Kerana Terpaksa Aku Relakan & Rindu Awak 200%, gua langsung sudah berhenti mengikuti apa-apa jenis drama Melayu di telly. Jalan cherita hampir sama, bermula dengan pertemuan yang membawa kepada kahwin secara tak rela, suami/isteri yang mula-mula tak suka dengan pasangan masing-masing kemudiannya akan lembut hati. Ending sure lagik sampah sebab banyak sangat plot yang tak perlu dengan pelakon tambahan asik menempel sana-sini. Lepas tu agak-agak nak dapat lagi tinggi rating, buat telemovie sempena raya. Padahal telemovie tu tak ada apa isi dan cherita, sekadar flash back yang berleluasa dari mula sampai habis drama.

Dan SEMUANYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA drama yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang gua rasa nak tepuk dahi sendiri.

Gua lansung berhenti tengok siaran saluran tempatan. Gua cuma sambungkan external hard disc gua ke telly lalu fail yang sama gua pilih untuk gua tontoni LAGI. Marathon LAGI.

Kalaulah menonton secara marathon itu sama sepertinya marathon secara fizikal, nescaya gua adalah manusia paling kurus dengan body fat 5%. Aherherher.

[Sherlock] → Kadang-kadang gua sengaja ulang sebab nak dengar suaranya yang begitu sultry di telinga gua ini.

IKLAN: Jerit bagai nak gila bila dapat berita yang Benedict Cumberbatch is engaged and soon to be married. Oi, apasal gua tak tak tahu diri ini dah banyak kali ditunangkan dan dikahwini oleh kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda kanda gua sekalian?

[Harry Potter] → Throwback masa gua di sekolah dolu-dolu. Banyak kenangan yang gua kutip sewaktu di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

[LOTR] → Belajar sejarah Middle Earth. Penguat semangat semustinya abam Legolas yang berambut emas muda dengan telinga tajam.

[Twilight & Twilight Saga] → Rindukan senyuman manis dari pemiliknya selalu sahaja berjalan umpama seorang model dari kereta Volvo C30 dan XC60. Dan jugak saat jari-jemari runcing itu menari-nari dia atas piano sambil memainkan alunan lagu yang merdu.

Mr.K akan tahu implikasi kalau gua mula menonton. Yang paling beliau gusarkan kalau gua kembali menonton drama Korea kerna pasti akan memberikan impak maksima kepada imaginasi dan halusinasi gua.

Aherherher.

Gua akan mula mengutarakan soklan-soklan dan idea kepada beliau kerna terbawa-bawa aksi dalam drama.

“Will you fight and protect me, no matter what circumstances you have to face?”

“Let’ go stargazing and lie down in some meadows.”

“Let’s get drench under the rain?” – He easily down with fever if kena hujan, even hujan rintik.

“Share the umbrella with me?” – Because he hates using the umbrella, rela basah!

Respon yang selalu gua dapat dari beliau adalah, “Are you okay?”, atau, “You watch too much of dramas.”.

Apa boleh buat, gua ini adalah hopeless romantic. Dan teori bahawasanya opposite attracts itu boleh diterima dalam kisah Mr.K dan gua. Baiklah, dinda redhooooooo *lap ayer mata satu liter padu*.

[Scent of A Woman]

Gua tengok drama ni semata-mata Lee Dong-wok (LDW), not knowing who the heroine is. Episode pertama gua tengok saat dalam penerbangan ke Kota Kinabalu dan Kuching akhir September/awal Oktober yang lalu untuk tugasan di sana. Episode pertama aja sudah buat gua rasakan tidak selesa dengan wajah heroine tersebut, sepertinya gua pernah lihat sebelum ni.

Dengan mimik muka, dengan suara, dengan mata..semacham ada suatu perasaan tidak suka. Lesbian mode gua ini selalunya akan beroperasi secara otomatis dengan heroine dalam drama/filem tapi tidak untuk yang ini. Puas gua coba ingati siapakah beliau, habis semua lipatan memori gua godek.

Dang!!!

Kim Sun-ah, heroine yang sama dalam My Name Is Kim Sam-soon dan bergandingan dengan Hyun Bin oppa! Drama yang gua tak mampu nak tengok ke episode ke-dua walaupun gua chentakan oppa sebab tak mampoooo nak pujuk hati dengan heroine yang tak berapa nak mencuri hati.

Dan kini, sekali lagi!!

The only thing that keeps me going is the Tango. Gua tabahkan hati untuk terus sambung dari satu episode ke episode seterusnya hanya kerna muzik dan tarian Tango dalam Scent of A Woman ni. Sekarang gua baru sampai ke episode 11.

Untuk seorang perempuan yang takkan tahu berhenti kalau dah mula menonton drama, yang akan marathon 16 episode tanpa henti walaupun ada peperiksaan esok harinya, ataupun kena masuk kerja pada jam 8.30 pagi, ataupun kena bertolak awal kerna perlu mengejar flight atau memandu jauh di dinihari, jangkamasa sebulan lebih untuk sampai ke episode 11 adalah suatu petanda. Petanda bahawa betapa sukar dan seksanya gua nak menghabiskan drama ini.

Gua give-up! Gua dah tak mau teruskan lagi. Ya, LDW pun tak mampooooooooooo nak obati hati gua (walaupun mungkin akan ada LAGI babak mandi dengan memaparkan susuk badan beliau yang putih-mulus-gebu-gebas dan six-packs abs ittewwwww). Dinda redhoooooooooo.

[Fated To Love You]

Tiga hari lepas, konon-konon gua saja nak tengok satu episode dahulu sebagai teaser (katanya!) sementara episode seterusnya yang sudah queue dalam Torrent siap 100% . Al-maklumlah, Mak Tiri dah spazzing bagai nak gila di FB. Gua nak meroyan sama memang tidaklah, sebab gua tak sior nak tunggu tiap minggu hanya sekadar dapat tengok 2 episode aja.

GUA SILAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP.

SILAP LANGKAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

Untuk seorang perempuan yang takkan tahu berhenti kalau dah mula menonton drama, yang akan marathon 16 episode tanpa henti walaupun ada peperiksaan esok harinya, ataupun kena masuk kerja pada jam 8.30 pagi, ataupun kena bertolak awal kerna perlu mengejar flight atau memandu jauh di dinihari, menonton satu episode sahaja tidak akan pernah cukup!!!

Jang Hyuk oppa dan Jang Na-ra.

Jang Hyuk oppa.

Kanda!

AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH~~

Ini adalah remake dari drama Taiwan dengan tajuk yang sama. Gua tak pernah tonton drama yang asal jadi gua takkan dapat buat perbandingan. Namun, pada gua..gandingan dua pelakon ini memang takkan dapat disangkal lagi chemistry-nya. KEBABOMMMM!! Jalan cherita, plot, babak comel dan lucu, dan sweeeeeeeeeeeeeeeeeet, dan babak half nekkid aherherherherherherher. Phew! *lap peluh* Is it hot in here or what?

Cliffhanger (pengarah drama/penulis skrip Korea patut dapat anugerah sebab sangat pandai dalam bab ini!) itulah yang membuatkan gua tak mampoooooooooo nak cukup dengan satu episode sahaja, lalu gua sambung dengan episode ke-2. I went awwwwww, ahhhhhhhh, uhhhhhhhhh, hahahahahahaha, miauuuuuu, rawrrrrrrrrrrrr, aummmmmmmmm *blushing*.

Tiba-tiba gua rasakan panahan petir. Episode ke-3 masih dalam progress! Ini bermakna gua tak dapat nak sambung tengok episode seterusnya!!!

Petir berdentum-dentam. Kilat sabung-menyambung. Hujan lebat dalam hati gua. OPPA!!

Bagaimana gua nak teruskan hidup untuk malam ini? Bagaimana bisa gua nak tidur lena? Oh, terasa begitu lama untuk menantikan complete download di Torrent. Episode 3, 4, 5 siap. Kelmarin pulang dari kerja terus gua tonton ketiga-tiganya. Sekali lagi gua rasakan panahan petir. Episode ke-6 masih dalam progress! Ini bermakna gua tak dapat nak sambung tengok episode seterusnya!!!

Episode 6, 7, 8, 9, 10 completed. Semalam gua sambung lagi. Sekali lagi gua rasakan panahan petir. Episode ke-11 masih dalam progress! Ini bermakna gua tak dapat nak sambung tengok episode seterusnya!!!

Jam menunjukkan jam 1.30 pagi. Hati gua resah kerna di penghujung episode 10 ada memaparkan preview untuk episode 11. Gua coba alihkan perasaan tak keruan gua dengan menyidai kain, mencuci pinggan, bersihkan bilik air dan menyapu lantai. Namun segalanya sia-sia. Perasaan gelisah gua langsung tak berkurang walau 0.01%. Dengan lemah, gua melangkah ke kamar.

iPhone gua capai di pembaringan. Laju gua taip di paparan skrin, “dramabeans+fated+episode 11”. Satuuuuuuuuuuuuuu recap aja. Satuuuuuuuuuuuu aja!! Gua perlu tahu apa yang berlaku selanjutnya. Kalau tidak, kompom gua tak bisa tidur!

Siapa-siapa yang kenal dan biasa bacha Dramabeans, musti akan tau macham mana derang spazzing dalam recap of each episodes from the dramas yang ditayangkan di Korea.

Gua habis bacha recap Dramabeans (minus the comments of the blogger) pada jam 4.00 pagi, di episode 20 (Final Episode).

..

..

..

Nampaknya, gua perlukan tesbih untuk teruskan hari-hari mendatang.

10 thoughts on “Betapa sukarnya gua untuk kembali ke realiti selepas membaca novel, namun lebih sukar untuk gua kembali ke alam nyata selepas menonton drama..

  1. adui la cik izzie, kenapa kah kita sering kesamaan…
    sama2 minat secret garden, sama2 minat hyun bin oppa, sama2 suka tgk legolas
    dan sama2 menyampah perempuan dalam cerita samsoon pemenda ntah itteww…
    mula2 rasa lahai beshnya dapat tgk oppa, alih2 ppuan dia menyesakkan dada… lantas terus tutup youtube…

    beshnya dapat dload2… pls share de dload file dgn iolls… iolls pya cerita2 seme nak abis dh.
    skrg last drama utk ditonton – gentleman dignity, habis je drama ni takdelah stok drama dh T.T
    sbb nak dload dh tkleh… sobsobsob

    • dropbox ni kekdah nya sama jugaklah macam u download, cuma konsep dia akan snyc the files dalam ur device dan u boleh copy/cut and paste terus ke dalam external hard disc contohnya.

      tapi kalau internet connection pun ada kuota, susah jugak. say the total size of one drama 20GB++ (720p), confirm kuota internet u pun tak cukup jugak

  2. yup…. sama je sbb kuota ai just 2Gb… uhuk2…
    kecuali memang tak yah dload, terus masuk mail… and boleh extract terus kenkononnya.
    dah kehabisan stok…. nyesal pulak dulu tak dload banyak2 sbb tatau cerita apa yang besh
    haishhhhh~

    • since i pun tak tengok banyak sangat k-drama, cuma based on my friends’ recommendation dan kesetiaan kepada oppa oppa oppa sekalian..i boleh suggest a few (yang i dah tengok). as i mentioned, dah lama jugak i tinggal dramaland lepas SeGa until recently sambung tengok A Gentleman’s Dignity.

      1. Master’s Sun (dah abis tengok. best!)
      2. Fated To Love You (dah abis tengok. best!)
      3. You Who Came From The stars/My Love From Another Star (baru tengok episode 3 tapi jalan cerita memang best).

  3. memang bosan gila tulisan ini… sudah la panjang gila… nasib baik saya telah membaca amaran yg dinyatakan di atas… tak la rasa terkejut sgt… kalau tak mau keluar caci maki dari mulut abg yg beriman ni.

    • laaaa..abang yang beriman salah baca belog ni. ini bukan tempatnya untuk orang-orang yang beriman macam abang. sudahlah bosan, bahaya nanti kalau silap-silap rasa nak maki hamun. habis pahala kat bahu kanan tu nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s