Faktor lanjut usia

Kalaulah ada mesin yang boleh menterjemahkan segala idea dan buah fikiran gua ni ke dalam bentuk tulisan untuk dikongsikan, alangkah bagusnya.

Kalaulah..

Kalau, ‘if’, ‘what if’ ni memang perkataan syaitonnnn sungguh!

Gua nak bagitau yang gua banyak benda nak cerita tapi gua selalu malas nak taip panjang-panjang sebab kompom makan masa berjam-jam nak siapkan satu karangan yang berjela. Bila asik peram, lama-lama gua malas dah nak tulis pasal dah basi, dah tak seksaited lagi.

Oleh yang demikian halnya, sementara gua masih punya tahap keseksaitedan yang tinggi dan ingatan gua masih tidak mengalami short-term memory lost, kasik peluang gua pok-pek dolu eh?

Minggu lepas gua Kota Kinabalu. Saja melepaskan segala bebanan yang gua terasa semakin menekan. Pergi kali ini langsung teda kaitan dengan tugasan seperti dua minggu sebelumnya, jadi aktiviti lebih relaks dan punya lebih masa untuk berjimba-jimba.

Yang jimba tu lain siaran. Tapi siaran kali ni nak kesahkan pasal pillow-talk gua dengan nyonya Marina.

“Faktor lanjut usia”.

It’s nice to talk and really open up with your feelings to someone that you can trust. Someone who won’t judge you. Teman yang boleh ketuk kepala kau supaya kau dapat berfikir dengan waras semula. Teman yang walaupun tak selalu telefon, whatsapp, sms, tapi kau tau dia ada. Dia ada untuk kau.

Dan apabila kau berada dalam situasi dan persekitaran yang penuh dengan stress untuk suatu jangkamasa yang lama, secara tak langsung akan mengheret diri kau sendiri terjun ke dalam perigi yang tak bertali. Susah untuk keluar.

Gualah orangnya itu.

Gua masih ‘tersangkut’ di sini. Di posisi yang tidak memberikan erti yang hakiki.

Kerja dan tugasan. Tak terhitung entah berapa lama gua rasa sesak yang tidak teragakkan untuk menelusuri tiap hari dan waktu. Bangun pagi dengan hati yang memberontak, penuh soalan di benak, “Berapa lama harus gua teruskan dan bertahan?”.

Tanggungjawab kepada klorga. Bukan orang tua yang menduga kesabaran tapi orang muda yang membuatkan jiwa gua berantakkan. Kalaulah gua ini anak yang lebih tua, mungkin lebih mudah untuk berbicara. Malangnya gua ini anak yang paling muda, yang kurang makan garam berbanding yang lainnya.

Kalau lagi..

Chenta. Percayalah, bukan mudah untuk mempunyai pasangan yang berlainan bangsa, lebih-lebih lagi yang berlainan agama. Walaupun Mr.K seorang yang begitu supportive dalam menangani emosi, pe’el dan mood swing gua, banyak lagi isu lain yang berada di luar kawalan kami berdua yang lebih menekan jiwa. Kalaulah hidup gua dan dia hanya gua dan dia, mungkin lebih mudah dan lain kesahnya. Tapi mana mungkin. Masakan klorga, saudara-mara dan rakan-rakan dapat ditolak ke tepi.

Kalau lagi..

Berat badan gua cecah 62kg. Makan masih dengan kadar yang sama, teda yang luar biasa. Bila dirujuk dengan doktor, mudah diagnosisnya. Stress. Ah, doktor! Itu gua sendiripun tahu!

Berapa lama gua langsung tak menghiraukan diri sendiri? Kalau ke mana-mana, gua enggan lagi bersiap rapi. Nak tengok diri sendiri dalam cerminpun gua benci.

Menyampah!

Pakai baju apapun rasa tak kena. Buruk. Tambah pulak dengan muka makin galak ditumbuhi jerawat. Puas letak macham-macham masih sibuk nak terjojol keluar. Hey, bukan ke jaman jerawat ni untuk teenagers je ke? Gua 28 dah kot! Pasal apa untuk teori jerawat ni langsung tak tergunapakai kepada gua tapi osteoarthritis pulak yang gua dapat???!!

Osteoarthritis. Lutut kanan gua. Gua mula rasa sakit sejak dari kolej kesan daripada terlalu aktif semasa di sekolah dahulu dan pernah mengalami kecederaan semasa bersukan, tapi bila dah berkerja sakit makin menjadi-jadi pulak. Dah bertahun gua buat physiotherapy, tapi keadaannya masih gitu-gitu jugak. Memang teda cara menyembuhnya, cuma physiotherapy akan dapat membantu untuk menguatkan otot supaya dapat menyokong lutut gua.

Gua dinasihatkan supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh memberikan tekanan kepada lutut. Hanya boleh berbasikal dan berenang. Jogging, hiking, dancing, dan yang sewaktu dengannya bolehlah kirim salam. Segala kasut tumit tinggi pun gua boleh pandang (sahaja).

Tiap kali memandupun gua menahan sakit. Untuk tahun-tahun seterusnya, begitulah yang gua perlu hadapi. Benda lain mungkin boleh bertolak-ansur lagi tapi ini kaki. Nak pakai lama. Namun apakan daya, kenalah menyeringai tiap kali menahan sakitnya.

Banyak yang gua rasakan tak adil untuk gua. Untuk seorang Islam, gua perlu kembali ke qada’ dan qadar. Mana mungkin untuk terus-terusan menyalahkan takdir. Itulah, aqidah kena kuat. Mudah saja untuk terpesong kalau tak kembali mengingati Yang Esa.

Perlahan-lahan gua mula terima seadanya. Tak boleh hidup dalam ‘kegelapan’ untuk jangka masa yang lama. Boleh buat gua jadik gila!

Hari ini, berat gua 58kg.

Gua kembali menari. Gua tarikan tarian salsa yang begitu gua chentai. Gua belajar asas dan gerak langkah bersama-sama melodi. Walaupun sakit yang gua terpaksa tanggung tiap kalinya, gua rasa berbaloi. Gua puas!

Gua kembali melihat diri sendiri dalam cermin. Betapa gua menzalimi diri sendiri.

Rabu yang lalu seorang teman yang begitu rapat dengan gua, Khairie Rahman mengajak gua untuk menghadiri persembahan stand-up comedy. Kalau dipikirkan kerja, memang terasa malas untuk ke mana-mana. Pulang dari pejabat selalunya gua sudah terlalu penat untuk buat apa-apa, selalunya katil adalah pilihan gua.

Why not, for a change? Kerja takkan pernah habis!

https://i2.wp.com/redtix.airasia.com/events/HarithIskander/images/harith_poster.png

I had a good laugh. I had a good night. Overall, it was a good show.

Laughter is the best medicine.

Gua bukanlah perempuan yang akan menghabiskan berjam-jam di depan cermin semata-mata untuk melawa. Tambah pulak waktu ‘kegelapan’, seluar jeans/baju tee, atau baju yang longgar lebih selesa gua rasakan. Mukapun sekadar tepek bedak Johnson & Johnson.

Untuk persembahan malam itu, gua gigih geledah gobok baju. Gua capai dress biru gelap dengan material lace paras paha (malas nak gosok dan tak perlu gosok!), gua sarungkan thermal leggings berwarna hitam, tali pinggang di empire waist, dan kitten heels. Sedikit pembayang mata bersama-sama celak, tanpa maskara (gua lupa!), pemerah pipi, akhir sekali gua oleskan sedikit gincu.

It was a good feeling. Good vibes.

https://i1.wp.com/photos-f.ak.instagram.com/hphotos-ak-xaf1/10731562_277630795768789_1848774042_n.jpg

Tak kira macham mana beban di jiwa, perlu sayang diri sendiri lebih sikit berbanding benda lain. Teda siapa akan tolong gua, kalau bukan gua sendiri. Perubahan mungkin perlahan, tapi perlahan lebih baik daripada kosong.

Kan?!

2 thoughts on “Faktor lanjut usia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s