Pusara di jalanraya

Tiap kali memandu melalui Jalan Gasing dari NPE, terasa aman dan saujana dipayungi pokok-pokok yang merimbun. Kalau berjalan kaki, memang langsung tak terasa terik mentari. Rimbun.

Tengah hari tadi gua melalui jalan yang sama yang tiap kali akan memberikan sedikit ketenangan. Sebuah kehijauan di tengah-tengah hiruk-pikuk kota. Tapi ketenangan gua bagaikan direntap apabila dari jauh gua ternampakkan sebuah kelibat putih bertompok yang terbaring di atas jalan raya di lorong kiri. Semakin gua menghampiri kelibat putih bertompok itu, semakin berdebar gua rasakan. Dada berombak kencang.

Anak kucing.

Kereta yang gua pandu melintasi jasadnya yang terbaring kaku. Mata gua memandang ke belakang, tiada kereta kelihatan. Pantas stering kereta gua paut ke kiri tanpa memberikan signal.

“Ahhh..tiada kereta yang membuntuti.” Kata hati yang sekadar memujuk diri sendiri.

Pintu kereta gua buka. Pandangan terus terarah ke arah jasad putih itu. Deru angin yang bertiup di sekeliling menyapu lembut bulu-bulu putih bertompok itu dan meliuk-lentuklah ia mengikut arah angin.

“Allahu Rabbi.”

Masih baru. Bermakna ia tidak lama di situ. Perlahan langkah gua aturkan. Lemah longlai, tak sanggup untuk berhadapan dengan apa yang akan disajikan sebentar lagi. Gua tak kuat, gua tak punya hati besi untuk berhadapan dengan sebarang kematian lebih-lebih lagi kalau binatang selemah ini. Yang tak berdosa, yang tak punya akal fikiran seperti manusia.

Gua lihat jasadnya masih elok, tak hancur atau penyek digilis. Darah yang mengalir dari kepalanya gua lihat membentuk tompokan darah di permukaan jalan. Gua kaget. Tak pasti bagaimana harus gua alihkan jasadnya yang kaku. Bagaikan orang bodoh gua tercegat di tengah-tengah jalan tidak pasti apa yang harus gua lakukan.

Sebuah motosikal lalu melintasi. Di wajah lelaki tua separuh usia itu seolah-olah memandang gua dengan riak kurang senang. Ahhh..mungkin anggapannya gua bersalah melanggar anak kucing itu. Biarlah.

Kaki gua laju melangkah ke arah kereta dan bonet belakang gua buka lalu gua ambil suratkhabar lama yang memang terdampar di situ. Gua berpaling semula ke arah jasad kaku. Deretan kereta dari kejauhan jelas kelihatan. Sekali lagi gua kaget. Bagaimana kalau dengan tidak sengaja jasad anak kucing itu digilis lumat?

Gua hanya mampoo memberikan tanda isyarat dengan menunjukkan ke arah jasad putih itu. Kereta yang lalu-lalang mula memperlahankan kelajuan. Seboleh-boleh mereka cuma mengelak daripada melenyek jasad putih bertompok yang terbaring kaku. Lega.

Tangan gua menggeletar. Geli, takut, kesian. Perasaan yang bercampur-baur gua rasakan. Berlapikkan dengan kertas suratkhabar lama, perlahan gua angkat jasad kecil itu.

Masih suam.

Dada mula terasa berat bagaikan seketul batu menghempap kuat.

Jasadnya masih lembut. Langsung tak keras kejung.

Mata mula berkaca.

Dan titis darah mengekori tiap langkah gua sewaktu mengangkatnya. Di bahu jalan, berteduh dengan sebuah pohon yang merimbun gua tinggalkan ia di situ.

Longlai langkah gua atur ke arah kereta untuk menyambung kembali pemanduan untuk sampai ke destinasi yang tergendala sebentar tadi.

Hati tisu yang remuk ditemani air mata yang menderu-deru. Sebuah perjalanan yang paling lama gua rasakan.

.

i.Z.Z.i.e:

Gua sengaja tak gua perkataan bangkai. Sekian.

2 thoughts on “Pusara di jalanraya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s