Mi casa su casa

IMG_9589

Ini adalah pemandangan waktu malam dari balkoni rumah gua. Indah bukan? Boleh nampak KLCC, boleh nampak KL Tower, boleh nampak Menara TM, boleh nampak lebuhraya (pagi-pagi boleh semak keadaan trafik sebelum pergi kerja).

IMG_9723

Selain daripada kamar tidur gua yang merupakan tempat yang ter-terpaling gua suka, kamar ini jugak adalah tempat yang gua terpaling suka. Hik hik hik.

Reading room/prayer room.

Itu ari gua beli rak buku kat IKEA, lepas tu gua letak satu sofa, dengan lampu untuk ambiance. Sofa tu sekarang gua letak teddy bear besar gajah dua ekor, maka jadiklah meraka penunggu setia di situ.

High-pile rug nanti gua nak carik yang berkenan di hati. Agak-agak mahal tak patut, gua kensel je.

Lu tengok buku gua, hahaha. Ni masa baru siap pasang, tengah nak kemas-kemas. Memang terpaksa susun cenggitu. Jadik double layer. Tu pun masih tak cukup tempat, gua redho je lah guna rak kecik yang langsung tak colour-coordinate dengan tema bilik bacaan/bilik solat gua.

Notakaki: Nampak kotak merah tu? Itulah box-set Harry Potter gua. Hadiah penuh chenta dan kasih sayang dari Jas Jamal. Sila jelly.

Walaupun gua ni kalau membacha adalah dalam pelbagai posisi, tapi gua kengkonon nak membacha sambil duduk atas sofa, bukak lampu bachaan, letak secangkir teh Earl Grey di meja sisi, sambil berhenti sejenak mendongak ke langit tatkala otak mula bekerja keras berimaginasi sambil angin dari balkoni bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Tempat yang gua paling suka seterusnya adalah dapur. Tak perlu gua jelaskan kenapa dan mengapa gua suka dapur. Untuk orang yang kuat makan macham gua, dapur dan gua ibarat irama dan lagu.

Dah disebabkan gua punya teman-teman yang ohsem, depa siap mai masak kat rumah cheq. Housewarming lah konon tapi bukan tuan rumah yang masak, tetamu ye..tetamu yang datang masak.

Eh. Datang rumah gua takde makna nak jadik tetamu ke apa. Mi casa su casa. Sila buat macham rumah sendiri.

Housewarming Izzie-Lela's insta

Gambor gua cilok dari Instagram Chegu Lela. Adik manis Yuu menjadi ketua chef, manakala mak tiri Leanne dan Chegu Lela adalah sous-chefs. Tuan rumah adalah cleaner. Adik manis masak makanan Korea dan Mediterranean.

1. Pan-seared Salmon.

2. Sundubu Jiggae with Egg.

3. Pear and strawberry salad with raspberry dressings.

4. Couscous with almond and dried cranberries.

5. Salad with aged balsamic vinegar and feta cheese.

6. Grilled chicken frankfurter.

7. Grilled chicken.

8. Chapjae.

9. Sundubu Jiggae with udon.

Serius semua sangat sedap! Adik manis memang sangat pandai masak. Tengok balik gambor ni semua terus lapar tahap batu belah bertangkup balik.

Notakaki lagi: Rugi kanda Massabrina tak dapat join sekali. Hik hik. Lain kali ye? Kak Long pun jemput datang jugak tau!

Adik manis, next round tu kita buat cepat sikit, boleh? Kena tanya ahli jemaah dengan kadar segera ni. Gua tak sabar sebab adik manis nak makan masakan ala Mexico pulak.

Lepas tu kita buat slumber partayyyyyyyyy. Yeeeeehaaa!

Notakaki lagi sekali: Geng pakau, tangan dah menggeletor ni! Banker yang sangat kapitalis tunggu masa nak kutip cip. Bilaaaaa? BILAAAAAA???!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s