20 fakta tentang gua (atau kalau agak-agak gua mati idea, gua buat 10 aja)

Gua ada masalah tak kenal diri sendiri. Kadang-kadang gua rasa gua kenal diri gua, apa gua suka, apa gua tak suka, tapi kadang-kadang gua tak nampak apa jenis kelebihan (soft skill) yang gua miliki tapi perlu pandangan orang terdekat tak kiralah klorga atau kawan-kawan yang terdekat untuk beritahu gua.

Jadik, gua coba nak buat 20 fakta tentang diri sendiri secara narcissist-nya. Seperti tajuk di atas, kalau gua rasa-rasa mati kutu tak tau mana nak korek lagi fakta, gua brenti takat 10 (atau takat mana yang sebelum gua mati kutu).

.

1. Gua adalah seorang penari tradisional dari kecik sampai ke universiti.

2. Gua sangat meminati Ballroom dancing. Tak pernah ambil mana-mana kelas Ballroom tapi belajar asas tarian dari ranchangan So You Think You Can Dance, ataupun mana-mana filem berkaitan dengan tarian.

3. I dance, but I don’t sing. Gua malu nak nyanyi, rasa suara sendiri sangat tak sedap bila menyanyi dan vokal kelaut. Kalau kawan-kawan ajak karok, gua join tapi gua adalah orang yang duduk kat tepi jadik cheerleader dan makan.

4. Lagu classical dan instrumental adalah lagu yang gua selalu dengar, yang akan gua pasang ulang-ulang dalam kereta. Lagu berentak paso doble, tango, salsa, cha-cha, flamenco jugak adalah sebahagian daripadanya.

5. Buku dan novel. Beli dan kumpul walaupun masa nak bacha belum tentu bila, asalkan ada di rak gua. Bau buku adalah sangat inzal.

6. Bercakap soal bau, lelaki wangi jugak adalah sangat turn me on. Hik hik.

7. I am a foodie.

8. A heavy downloader. Very heavy. Modus operandi: Torrent. Jenis fail: Bluray 1080p, atau paling kurangpun 720p. Lagi afdhol kalau dapat UNCUT, EXTENDED EDITION *if you know what i meannnnnnn*.

9. POTTERHEAD!!!!

10. Tak pernah warnakan rambut dan tak pernah warnakan kuku dengan bahan kimia.

11. Traveling. Gua rasa kalau tulis pasal “Biodata Saya”, rasanya ini adalah benda yang semua orang akan tulis. KOT.

12. Introvert.

13. Belajar Spanish by heart sebab minat dan terlalu banyak menonton telenovela dan dengar lagu-lagu seangkatan dengannya. Dapat belajar asas dalam Bahasa Sepanyol masa di universiti untuk satu semester, semester seterusnya Ketua Jabatan tak bagi ambil sebab lebih 1 credit hour. Masih lagi boleh faham dan menulis, tapi sangat berkarat. Apa-apa bahasa kena rajin bertutur, kalau tidak..lupa.

14. Hobi: tido. Mampu untuk tido selama 12 jam berturut-turut tapi gua tak mampu untuk power nap/nap. Paling kurang gua kena ‘nap’ untuk 2 jam. Tidur selama 5-10 minit akan buat gua sakit kepala.

15. Night person. Mr.K pulak morning person. Gua rela skip sarapan pagi untuk tido tapi Mr.K pulak wajib bersarapan pagi. Nampak tak permainannya di situ?

16. Oh! Lelaki dalam pakaian berwarna putih sangat menggoyahkan iman. White suits, white shirts, white t-shirt. Aummmm!! Lelaki berbaju Melayu berwarna putih…? Allahuakbar!

17. Swearing is my middle name bila gua pegang stering kereta. Keluar dari perut kereta gua akan kembali normal sebagai seorang wanita yang pemalu, lemah-lembut dan sopan-santun.

18. Rabun gua tahap hampir buta. Oke, gua sangat ekzejeret. Tapi sungguh, kalau gua tak pakai cermin mata gua tak nampak apa-apa. Kira macham buta lah kan?! Kalau lu nampak gua tengah raba-raba mencarik cermin mata atas katil dan sewaktu dengannya, fahamilah perasaan gua. “Tidakku minta cacat begini..”

19. Gua tak pandai melukis. Langsung. Dan gua sangat jelly dengan orang yang tangannya berseni.

20. Pantangggggggggggg dengan orang yang berjanji tapi lambat. Lambat datang, lambat bersiap, lambat lambat lambat. Grrrrr!

.

Eh. Berjaya siapkan sampai 20! Hoyehhhh!!

4 thoughts on “20 fakta tentang gua (atau kalau agak-agak gua mati idea, gua buat 10 aja)

  1. No 5 sama pulak dgn aku. Rak sedia ada dah penuh dengan buku ilmiah. Sekarang tengah menyimpan dan berkira-kira nak beli yang lebih besar sebab since pindah, ada dua kotak besar buku bersifat lagha masih suci tak bersentuh sebab tak ada ruang nak letak.

    Btw, that day aku kena tag jugak buat menatang ni, tapi sebab aku pun ada masalah kenal diri sendiri, aku suruh laki buatkan hahahaha.

    Tapi sebenarnya, aku nak tau apa dia pikir pasal bini dia ni hihi bijok kan? Hahaha.

    p/s: faireen bukan nama sebenar. Identiti masih misteri hahaha!

    • nanti BBW ada balik bulan 12, gua tengah contemplating sama ada nak buat lawatan ke tidak. buku dah penuh, berlambak tak baca. silap-silap reban rak tu nanti sebab dah berat sangat. tapi kalau tak pergi kang..gua rasa gua tak mampooooo nak tidur lena. abih, lagu mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s