“Dasar pandang ke Timur” by Izzie Z. [sebuah siri kelangsungan hidup dalam penafian]

Kali terakhir gua tonton K-drama adalah di penghujung tahun 2010 dan awal tahun 2011, Secret Garden. Gua punya sawan tangis tahap cakor dinding kepada Kim Ju-won oppa memang masih menebal dan terlalu kuat untuk gua beralih ke drama lain. Gua ini ibaratnya Gil Ra-im. Hik hik.

Lu bilang aja babak mana yang gua tak hapal?

Sit-up scene.

Human tissue paper scene.

Wedding night scene.

[Bacha sini] *blushing*

Cukuplah gua senaraikan tiga aja dolu. Kang lebih-lebih mau sampai sudah gua senyum macham Cheshire Cat sambil tarik rambut sampai nak naik botak kepala gua ni. Bukan apa, sebab chemistry antara Hyun Bin dan Ha Ji-won tu umpama sungguh-sungguh lah hai! Macham ye-ye je! Cara pandang, cara pegang, cara cakap, cara senyum.

Lebih dua tahun gua perlukan masa untuk mula menonton semula K-drama. Tu pun setelah gua semakin pasrah dengan Damon Salvatore. Tambah pulak sekarang Ian Somerhalder dah pun putus dengan Nina Dobrev dan mula berpacaran dengan Nikki Reed, makanya gua terasa sepertinya putus sudah kasih sayang (buat sementara waktu).

Maka sudah tibalah masanya untuk Izzie Z. kembali semula dengan “Dasar pandang ke Timur”. Gua belek-belek dalam lubuk external hard disc gua, kemudian gua pilih Master’s Sun. Mak Tiri bilang dramanya bagus jugak. Lain dari yang lain. Habis 17 episode, gua tercarik-carik lagi kalau ada drama yang boleh gua marathon lagi.

[A Gentleman’s Dignity]

120919-jang-dong-gun-merge-wide

Oh. Drama yang gua download semata-mata kerna ternampakkan Jang Dong-gun oppa dalam gazet di mana begnya tersangkut akan benang merah dari knitted sweat dress seorang wanita.

Aummmmmm!!!

Lu perlu tahu, Kim Do-jin (Jang Dong-gun) dalam drama ni adalah seorang arkitek.

ARKITEK.

A-R-K-I-T-E-K!!!

Lu perlu tahu betapa gua sangat sawan dengan dua jenis profesyen yang ada wujud di muka bumi ni. PILOT & ARKITEK. Ahahahahahahaha.

Tengok! Gua dah mula nak kena sawan lagik dah. Gua harap bini Pak Zin tak tau lah anak dia sekarang ni makin kronik penyakit sawan dan meroyan. Kalau tidak nescaya gua kena dengar tazkirah.

Oh, tujuan utama gua menulis ini adalah untuk mengajak lu orang semua untuk turut sama meroyan berjemaah bersama-sama gua. For the record, gua ‘agak’ [read: SANGAT!!!] berjaya dalam menjalankan misi sebegini sebelum-sebelum ni. Hik hik hik *evil grin*

Tengok!! Sebagai tanda nak menolong (atas kesalahan yang tak disengajakannya), siap ikat kain pulak kat heroin. Tapi memandangkan beliau adalah seorang arkitek, makanya haruslah berseni, KANNNNN???!! Aishhhhhh…

GD6-00023

Omoooooo~~~

Kok gini babaknya, gimana gua bisa kekal warassssssssssssss????!!! PANASSSSSSSSSSSSSSSS~~~!!!!

Gua terpaksa rewind-play-pause babak ini sebanyak patplohpatkali.

Kali pertama gua tengok babak penuh lengkap dengan baca sari kata.

Ulang babak yang sama untuk kali kedua mata hanya fokus pada oppa.

Ulangan kali ketiga mata fokus kepada dada oppa.

Kali keempat, abs oppa.

Kali kelima, ekspresi wajah oppa.

Kali keenam, senyum nakal oppa.

Kali ketujuh, sinar (kemain!) mata oppa yang penuh makna.

Kali kelapan, mendengarkan suara oppa yang begitu dalam dan garau umpama halwa di telinga gua.

Kali kesembilan, lenggok badan oppa.

Kali ke patplohpat, barulah gua ulang sebab nak tengok postur badan heroin Seo Yi-soo (Kim Ha-neul) yang begitu lentik dan menggetarkan jiwa.

Serius lawa sungguh perempuan ni punya badan hoi! Kalau gua yang perempuanpun lap air lior tengok, tidak tergetar kah dada oppa yang berada begitu rapat dengannya?

Ataupun Kim Ha-neul tak nebes kah berada dalam posisi sebegitu?

Kalau gua, kompom dah ternoda. Dapat gua bayangkan yang kanda adalah sangat wangi..hik hik hik.

Eh, ehhhhhhh….

Maaf. Terlanjur pula berbicara. Hik hik.

Gua nebes.

Nebes.

Dup dap di dada.

Mau pecah rasa dada gua yang ketika dihimpit oleh kanda sedemikian posisinya. Aummmmm!!!

Mampooooooo kah nak tepis godaan sebegini ropaaaaa????!!!

Banyak lagi babak yang menggetarkan iman gua yang senipis kulit bawang ni tapi rasanya eloklah gua berhenti takat ini sahaja. Takut pulak belog gua nanti kena tukar daripada tontonan umum kepada 18SX. Bwahahahahaha.

Memang gua akan terbawak-bawak dengan watak hero yang sedemikian ropa. Sudahlah kachak bergaya, romantika dan begitu penyayang pulak tu. Awwww..rasa nak peluk kanda ketat-ketat! Bagaimanakah gua bisa untuk hidup dalam donia realiti kalau cenggini godaan yang gua hadapi? Rasa sangat tak redho nak kena berpijak semula ke donia nyata.

Selain daripada Jang Dong-gun yang menjadi sebab musabab utama gua tengok drama ni, gua tak terjangkakan kisah persahabatan 4 orang lelaki yang menjengah ke angka 40-an begitu menghiburkan. Lain daripada persahabatan di kalangan orang perempuan yang kadang-kadang gua rasa (maaf cakap) –fake.

Orang lelaki kalau bersahabat, memang sungguh-sungguh. Kalau bergaduhpun habis di situ. Perempuan kalau dah mintak maaf pun, masih lagi simpan dendam. Depan-depan kemain comolot, belakang-belakang rasa macham nak terajang.

Bercakap pasal lelaki 40-an, tetiba gua perasan yang taste gua sejak dua menjak ni dah berubah. Dah tak sior dengan hero-hero jambu yang muda belia, tapi lebih tertarik dengan hero-hero yang lebih berusia. Rasa macham aura lain macham sungguh! Rawr!!

Kedengaran agak sesuatu di situ. Abaikan.

Gua rasa kalau berchenta kat Korea Selatan ni memang seronok. Nak keluar dating kompom tak mati idea mana nak pergi sebab tempat dia chantek-chantek. Macham mana lu tengok dalam drama/filem, memang macham tu jugaklah keindahannya. Tambah pulak dengan cuaca dan 4 musim yang berubah, ahhhhhh…

Gua kongsi sikit gambar masa gua di Seoul pada musim luruh. Subhanallah, memang terlalu indah pemandangannya. Tak terucap dengan kata-kata.

Picture 1896

Picture 1524

Picture 1902

Cak! Gua tak berapa rajin nak watermark-kan segala gambor gua. Janganlah tuan hamba sekalian cilok pulak ye. Gua tak redhoooooooo.

Gua masih lagi tiap-tiap hari balik rumah ulang siaran drama yang sama.

Gua masih lagi senyum sampai telinga sambil gigit bantal sambil malu-malu manja saat digoda oleh kanda.

Gua memang macham tu. Comel, kan?

Auuuwww!!

Kalau ada laki kat sebelah (baring atas katil), kompomlah dosa malam pengantin sangat! Lu jangan mintak gua elaborate pulak kenapa ada dalam kurungan perkataan baring atas katil tu. Gua malu nak terus-terang. Hik hik.

.

i.Z.Z.i.e:

Disclaimer: A Gentleman’s Dignity still pictures are taken from Google.

7 thoughts on ““Dasar pandang ke Timur” by Izzie Z. [sebuah siri kelangsungan hidup dalam penafian]

    • Sudahlah lutut sengsara nak panjat 291 anak tangga, sejuk gigil-gigil lagi nak buleh sampai ke puncak. Tapi bila dah sampai kat atas, rasa berbaloi menggigil kepala lutut segala.

      Dinda redhooooooo.

      Tahun depan ya, adik manis! Rindu!

      Rindu jugak nak merasa menyedut oksigen dan berada di bawah langit yang sama dengan kanda, kanda, kanda, kanda sekeliannya. Hik hik.

      • spring trip x lepas lagi, dh pikir winter trip (tp kita mmg terkenal dgn keje gile pon lol!)
        but yeah…setakat nk book Namsan Guesthouse tu apa salahnya, bukan kena bayor lg hehe~

        trip jalan2 cari makan this time…asam pedas, nasi hangit, the best kimchijeon in da world, odeng.
        Pengsan sbb makan huaaaaaa!

      • Walaupun i tahu yang winter trip nanti kompom i akan gigil tahap petala ke-lapan, dengan baju entah berapa lapis, i redhooooooo.

        Sexcited gila rasanya!

  1. apa machiam gua baru perasan entry ni… aishhh!
    baru je lepas tengok secret garden…
    ohhh myyyyy tetiba terjatuh chenta pada hyun bin….
    gua (tetiba nak tiru cara cakap) suka laki yang konon perfect, garang acah2, annoying
    macam jangkeun suk tu…. skrg dh tberalih pada hyun bin…
    gentleman dignity tu baru nak tgk… jgn gua tsangkut dgn lelaki tu pulak sudah… haha
    skrg baru tgk cheomdamdong alice…. lambat nau nak habis.

    ohhhh beshnyer dah pergi korea… aaaa jeles!

    • nanti tengoklah a gentleman’s dignity tu. pengarah yang sama untuk secret garden jugak. hi hi. tapi hero-hero sekalian jangan sentuh, gua marah tau!

      gua pegi korea tu musim luruh 2012. sana memang chantek sangat, tapi untuk gua yang tak tahan sejuk ni memang berlapis-lapis la baju kena pakai. dah rindu, kena repeat lagik nampak gayanya😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s