Magenta is back!

Ada satu entry dulu gua penah sebut pasal Magenta (boleh baca kat sini). Entah, gua suka baca penulisan dia, dari pandangan dan pemikiran yang berbeda yang bukan setakat kadang-kadang tapi memang akan buatkan gua angguk-angguk setuju serta hantuk kepada sendiri kat dinding sebab dah setepek kena kat batang hidung sendiri.

Seorang stranger yang tak pernah kenal kau tapi seolah-olah dia bercakap dengan kau kat sebelah.

Gitulah yang gua rasa.

Gua seorang yang introvert, segala perasaan gua pendam dan sudahnya akan makan gua sendiri dari dalam. Kadang gua rasa dah habis upaya dengan segala musibah dan dugaan hidup. Kadang gua rasa dah tak terdaya nak tanggung segala beban di pundak gua. Kadang gua selalu tertanya kenapa gua dan bukan orang lain? Kadang gua dah putus asa sampai dah tak rasa nak buat apa-apa. Kadang gua rasa sudahlah, sudah. Sebab gua tak kuat. Dan gua dah terlalu penat.

Sudahnya gua cari jalan mudah dengan mengimpikan sebuah kehidupan fantasi. Bila gua kembali ke alam realiti dah masih perlu menghadapi segala onak dan duri, gua sakit sekali lagi.

Hari ini gua tergerak hati bukak belog Magenta. Dia dah menulis kembali. Penulisan penuh berisi. Sekurang-kurangnya bila gua baca mampu untuk gua tampal luka sendiri. Sebab walaupun berkali-kali gua kata kepada diri sendiri bahawa ada lagi orang yang lebih susah dan lebih banyak dugaan yang Tuhan berikan, tapi hati ni masih rapuh dan terlalu mudah mendengar bisikan syaiton.

Kadang-kadang gua perlukan ketukan realiti yang kuat untuk bangun dari khayalan. Dan gua perlukan pertolongan.

Tolong ingatkan gua.

.

i.Z.Z.i.e:

Bilalah Che Huna nak update belog dia pulak?

2 thoughts on “Magenta is back!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s