Relevankah lagi menulis belog?

Berapa ramai bloggers yang dahulunya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, yang berlumba-lumba menulis dan meng-update belog setiap 5 minit (hiperbola sangat!), yang masih lagi menulis secara konsisten?

Berapa ramai pula yang masih lagi rajin menjengah dah membaca belog-belog tersebut?

Belog gosip tidak dikira.

Ataupun musim sudah berubah. Bloggers tidak lagi seperti dahulu yang hanya duduk mengadap komputer riba 24/7. Belog-belog yang gua sendiri rajin lawati dahulunya pun dah sendu dan sepi. Banyak komitmen lain yang menuntut masa dan tenaga yang tak berkesudahan barangkali.

Lu perlu tahu yang itu semua adalah alasan lapuk gua. Mukadimah walpanjangberjela sekadar untuk menutup sebab musabab yang terpaling benar untuk tidak menulis dan menjengah belog sendiri sekian lama..

M-A-L-A-S.

Penyakit malas kalau dah datang memang tak boleh nak diubati lagi. Jirus dengan air Yaasin pun belum tentu nak terbakar syaitonnnnnnn yang dah bermaharajalela dalam badan.

Eh. Syaiton pula yang disalahkan.

Melayu memang macham tu. Tak ubah seperti “Bangau, Oh Bangau”. Asiklah menyalahkan orang lain. Nama nak mengaku salah sendiri, jauh sekali.

Eh. Melayu pula yang dipertanggungjawabkan.

Dari mana gua nak mula bercerita? Sungguh, gua ni bukanlah rajin mana. Kalau nak dikira cerita-ceriti-taik-mata-buat-inti yang nak gua kongsi (it rhymes!!) memang takkan sudah sampai ke pagi (it rhymes again!!!). Alah, kisah kehidupan gua sehari-hari yang lu wajib tahu sebab nanti nak jawab soklan exam dalam kubur.

Duh!

Sarkastik. Kalau itu pun lu tak paham, baik terjun lombong.

Nak tangkap gambor pun malas. Abih tu, macham mana nak kongsi dalam Instagram dan Facebook? Tangkap gambor adalah penting supaya semua manusia seantero donia tahu apa yang gua sedang buat dan sedang makan dan sedang lalui dan sedang bercoti!! Kalau gua tak letak hashtag ootd macham mana semua manusia seanterto donia tahu apa yang gua sedang pakai walaupun berat badan gua sedang mencanak-canak naik dan baju dan seluar dan segala macham yang ada dalam gobok dah sendat dan sentat tapi masih lagi ada hati nak pakai saiz M?

Sebenarnya gua nak bagitau yang gua belom habis hidup dalam denial lepas tengok old flame gua, wakil dari Korea Selatan. Ni semua gara-gara tertengok pembukaan rasmi Sukan Asia di Incheon lepas tu tertengok oppa bersut putih. Laju-laju sel otak gua berhubung dan terus berhubung lalu terbentuklah sejenis hubungan intim.

Hyun Bin dan Jang Dong-Gun.

Nantilah gua sambung royanan gua walaupun dah ketinggalan keretapi.

4 thoughts on “Relevankah lagi menulis belog?

    • ohooooooo hoi! *baca dengan nada m.daud kilau*
      rasanya ni first time gua nampak lu tepek komen kat sini, kan kan kan?
      gua rasa, dah lama gua kepam belog gua ni supaya low key agar tak ramai yang jumpa lepas jaman rajin tulis review dolu, dan lepas jaman gua private belog dolu
      ..gua tak expect new readers akan memunculkan diri

      hi alin! lu ex-cabin crew?
      aha! kebaya airlines atau skirt merah airlines?
      meh sini meh..gua nak kawan *senyum Cheshire cat*

      • Haaaa, itu namanya jodoh dan chenta datang tanpaa di dugaa. Ooo hoiii!

        Hahahaha.

        Kebaya pernah, skirt merah pun pernah. Pakai topi je tak sempat lagi!

        Anyway, jangan details sangat decribe hero-hero semua ni nakkkk, mak tertelan-telan ailio baca!

      • kah kah kahhhhh. ayat mau power!
        pasal apa tak sempat pakai topi? brenti sebab kawen, kah? gua suka tengok cabin crew, kalau naik flight kompom gua amek aisle seat. sudahlah wangi, kain yang dipakai pulak ngam-ngam. aummm!! pastu suka tengok french-twist yang cabin crew kebaya airlines bikin, lawa dowhhhhh!! kalau bior lepas rambut nampak serabai.

        adoiyai mokcik..kena pahamlah gua ni nak orang meroyan secara berjemaah..marilah kita sama-sama telan air lior. hik hik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s